Respon Mistis nombor 6666
From: Hakimi
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sat, September 4, 2010 12:18:36 AM
Subject: 6666-6236=430
Assalamu'alaykum
Saya juga bertanya-tanya, bagaimana 6666 ini bisa muncul. Namun akhirnya saya tak hiraukan lagi, bahkan saya anggap 6666 ini memang harus ada agar didapat selisih 430. Kenapa? Dengan tidak membicarakan angka 0 nya maka kita beroleh angka 4, dan 3.
4 adalah jumlah huruf nun di akhir ayat dalam Surat AlFatihah.
3 adalah jumlah huruf mim di akhir ayat dalam Surat AlFatihah.
4 juga merupakan jumlah kelompok kata dalam "la ilaha illa Allah"
3 juga merupakan jumlah kelompok kata dalam "Muhammad Rasul Allah"
4 merupakan jumlah huruf dalam kata "Allah"
3 juga adalah jumlah huruf basmalah di depan kata Allah (ba sin mim)
4 dan 3 jika dikalikan hasilnya 12
12 adalah jumlah huruf dalam kalimat "la ilaha illa Allah/dalam tulisan huruf Arab"
12 juga merupakan jumlah huruf dalam tulisan "Muhammad Rasul Allah/tulisan Arab"
12 dengan 12 jika dikalikan sama dengan 144
144 adalah jumlah huruf dalam Surat AlFatihah.
1, 4, dan 4 jika dijumlahkan adalah 9
9 adalah jumlah lubang yang ada pada diri manusia
Nah, tentu saja ini bukan sebuah kebetulan.
Sebagai penutup saya persilakan Bapak untuk melihat telapak tangan kiri Bapak, atau punggung telapak tangan kanan Bapak. Jika Bapak teliti itu akan terbaca sama. Dari kelingking ke ibu i terbaca "Allah"
Dialah YANG PUNYA NAMA, hehehe ...NAMA YANG PUNYA.
Terima kasih. Wassalam
Hakimi
Salamun alaikum,
Terima kasih. Maaf lewat membalas. Izinkan kami meringkaskan kiraan saudara, seperti di bawah:
- angka 0 + (x huruf) + (y huruf=lubang pada manusia) = 430 ayat = (6666-6236) ayat
Kiraan tidak termasuk "telapak tangan kiri ... atau punggung telapak tangan kanan" = "Allah". Atau ia sebenarnya tidak termasuk?
Maaf, kami tidak faham. Bukankah yang dipertikaikan ialah jumlah ayat al-Qur'an? Begitukah kiraan normal yang jadi jumlah 430? Bagaimana pula jumlah 6236 diperoleh? Bukankah al-Qur'an itu jelas, kata-Nya?
Sebelum ini, telah ada beberapa orang yang mengiakan jumlah 6666 tersebut, dengan beri alasan seperti jumlah yang kurang (430 ayat) adalah ayat-ayat yang tidak diqurankan, atau terdapat sebilangan ayat yang bukan dikira satu tetapi dua dan sebagainya (tanpa menunjukkan kepada naskah al-Qur'an yang buat demikian). Kesemuanya dilakukan demi menjadikan jumlah ayat al-Qur'an sebanyak 6666 dengan mistis!
Semasa menulis karangan berkaitan, Mistis nombor 6666, beberapa tahun lalu, kami telah dengan sengaja tidak menyatakan bahawa angka tersebut mirip angka mistis 666 yang terdapat di dalam Bible. Kini kami petik ayat berkenaan daripada Al Kitab (Bible Indonesia/Melayu):
"Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung binatang itu, kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam" - Wahyu 13:18
Yang dimaksudkan dengan binatang dan seorang manusia itu ialah syaitan. Filem The Omen ada mengisahkannya.
Maaf jika tersinggung!
26 September 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman