From: AH
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Mon, September 13, 2010 11:36:30 PM
Subject:
Salam,
Email terbaru dari UncleSeekers (13 sept) memang menarik... sampai ke akhir perkataannya saya baca.. :) Benarlah, kalau nak berdakwah, kena guna cara terbaik... (ayat yang mana satu ye, dah lupa..)
p/s:
Kalau nak letak email ni kat website, tak perlulah letak nama dengan email saya.. maluu :p
- Anonymous (konon)
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Kami hormat orang yang
appreciative, dan percaya
Ayat yang ditanya ialah 16:125. Tapi itu bukan tujuan kami menulis kali ini. Terdapat suatu yang menarik pada kiriman di atas, dan kami bercadang untuk memanjangkannya dengan turunkan beberapa ayat di sini. Apa yang menarik perhatian kami ialah sifat malu yang kami anggap mulia.
Justeru ayat-ayat yang mengandungi perkataan malu di dalam al-Qur'an adalah seperti di bawah:
2:26. Allah tidak malu buat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka ketahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah hendaki dengan ini sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia sesatkan ramai, dan dengannya Dia beri petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak sesatkan kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan),
15:67. Dan penduduk kota itu datang, mereka gembira (setelah mengetahui kedatangan dua lelaki).
15:68. Berkata (Nabi Lut), "Mereka ini tetamuku; jangan malukan aku.
15:69. Dan takutilah Allah, dan jangan aibkan aku."
28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya (Nabi Musa), berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami."
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
Ayat-ayat sudah jelas dengan sendirinya dan ada yang memerlukan bacaan tambahan untuk mengetahui cerita selanjut. Semoga mereka menambahkan lagi waktu untuk buat renungan pembaca pada hari ini.
Allah disanjung!
15 September 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman