Persoalan dan jawapan

 

From: muhammadaizuddin
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, September 10, 2010 5:32:55 PM
Subject: Persoalan diri, dan jawapannya..


29:61. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi, dan tundukkan matahari dan bulan?" mereka akan berkata, "Allah." Maka bagaimanakah mereka dipalingkan?

29:62. Allah menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

29:63. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang turunkan dari langit air, dan dengannya hidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak faham.


Salamun alaikum..

Berkenaan dengan ayat di atas, apa yang saya faham, hanya perlu menjawab "Segala puji bagi Allah' dan bukanya menjawab "Allah" apabila ingin menjawab soalan yang seperti ayat di atas dan seiras dengannya. Seiras maksudnya, "Siapakah yang menghindupkan tanaman ini?", "Siapakah yang mencetuskan idea kamu?", "Siapakah yang menggerakkan tubuh badan kamu?", "Siapakah yang jadikan rupa paras kamu?" dan lain-lain. Dan soalan atau persoalan selalunya timbul secara monolog dalaman (diri kita sendiri). Boleh ke fahaman saya ini diteruskan atau ia hanya sebahagian andaian saya? Maaf andai ia hanyalah andaian saya. sekadar terfikir. Segala puji bagi Allah.

Salamun alaikum..

 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat yang kami pasti akan diterima dengan baik oleh para pembaca.

Kami tidak menolak pendapat sahabat, cuma terlintas di fikiran, apabila kejadian itu berlaku, dan setelah orang yang ditanya menjawab "Allah" maka adalah baik bagi penanya menyambung dengan kalimat "Segala puji bagi Allah".

Atau jika kita ditanya dengan soalan seperti itu, maka jawapan kita harus berbunyi, "Allah. Segala puji bagi Allah".

Jawapan "Allah" di situ disebut seakan menyanjung-Nya, dan amalan menyanjung-Nya ada pula dituruti dengan memuji-Nya. Demikianlah difahamkan daripada ayat-ayat berbunyi,

15:98. Dan sanjunglah kamu dengan memuji Pemelihara kamu,

25:58. Tawakallah kepada Yang Hidup, Yang Tidak Mati, dan sanjunglah dengan memuji-Nya.

Sekian, sekadar apa yang terlintas di fikiran, iaitu sebab mengapa Allah menyuruh lafaz ayat "Segala puji bagi Allah", sambil tidak menolak pendapat sahabat di atas.

Terima kasih.


11 September 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman