Batal Puasa dan Haid

 

 

From: ayyohpeen
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, August 20, 2010 4:03:12 PM
Subject: Batal Puasa

 

 

Salamun Alaikum,

 

Dulu saya cukup takut dengan puasa saya kerana terlalu banyak pantang larang ciptaan manusia yang mengeksploit nama Nabi Muhammad.  Cuba bayangkan korek hidung batal puasa, korek telinga batal puasa, mencium bau-bauan di larang, dan segala pantang larang yang buatkan kita rasa cukup berat Islam itu.

 

Cara mereka menghubungkaitkan segala larangan itu kini saya nampak seperti satu jenaka yang cukup menghiburkan.  Jika korek hidung dan telinga di kaitkan dengan masukkan sesuatu ke dalam rongga kerana hendak menunujukkan ianya perbuatan yang sama dengan makan dan minum adakah ianya mengenyangkan?  Atau kalau hendak di kaitkan dengan perbuatan 'bersama isteri', adakah perbuatan mengorek hidung atau telinga itu boleh buatkan kita 'klimaks'...geli sedikit adalah....KARUT!

 


From:
ayyohpeen
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Mon, August 23, 2010 9:16:17 PM
Subject: Haid ketika Puasa


Salamun Alaikum,

Panas hari ini dengan berita mengenai kalangan remaja perempuan dan wanita muda yang sudah bersuami ambil pil untuk tangguhkan haid gara-gara inginkan puasa yang penuh.  Nampaknya ianya hanya menambah dosa terhadap dosa yang sedia ada.

2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.

Pertama kerana mereka diberi cuti oleh habr mereka, bukan Tuhan mereka baik untuk kerjakan ibadah solat, puasa mahupun haji.  Umpama ikan yang masuk ke bubu, tiada jalan untuk berpatah balik selagi mereka mengharapkan bantuan habr-habr mereka dalam menjalani kehidupan sehingga mereka bukan lagi jadi hamba Allah layaknya, tetapi tanpa di sedari mereka sudah jadi hamba kepada habr-habr dalam mendapatkan nasihat-nasihat agama.

Bukannya AlQuran yang jadi panduan, tetapi mereka bergantung sepenuhnya kepada 'alim-ulama' mereka....

Allah di Sanjung......

 

From: ayyohpeen
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Mon, August 23, 2010 9:23:47 PM
Subject: Fw: Haid ketika Puasa

Salamun Allaikum,

Sebagai tambahan ada satu link mengenai haid tapi untuk kerja haji dan umrah


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kiriman-kiriman di atas, dan maaf kerana tidak dapat menerbitkan mereka lebih awal. Bulan puasa ini buat kami slow sedikit, dan rasa malas untuk menulis. Fening lalat semakin menekan!

Selamat meneruskan puasa. Allah disanjung!
 

25 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman