Salam dan Rindu

 

 

From: sky5ire
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Fri, August 20, 2010 4:15:31 AM
Subject: Salam...

Salam

 

Ketika membaca bacaan tentang ayat-2 Salam, rindu semakin menebal...

 

Tiada apa yang hendak ditulis buat masa ini, sekadar 'lalu' dan 'singgah' sahaja dilelaman ini kerana terasa rindu untuk beri ucapan SALAM kepade semua

 

Salam kepada semua dan Salam yang tiada penghujungnya....

 

Selamat berpuasa dan Salamun alaikum

 

Salam

dan Salam sekali lagi...

(andainya kita dapat memahami akan ape yg terbentang pade ucapan Salam itu, nescaya tiada ucapan yg akan kita dahulukan melainkan salam, salam, salam dan salam seterusnya...)

 

56:25. Di dalamnya mereka tidak dengar percakapan yang sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

56:26. Hanya ucapan, "Salam, Salam!"

 

(sangat indah dan sangat mengetarkan jiwa....Salam)

 

Salam

 

4:86. Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu

 

6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

 

33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka temui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia sediakan bagi mereka upah yang mulia.

 

36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.

 

56:25. Di dalamnya mereka tidak dengar percakapan yang sia-sia, tidak menimbulkan dosa,

56:26. Hanya ucapan, "Salam, Salam!"

  

"Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."


Salamun alaikum,

Terima kasih. Menulis lagi untuk beri peringatan tentang salam dan rasa rindu. Rindu yang dirasai itu adalah Quranik, disebut di dalam ayat berbunyi,
 

"...sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan menyeru Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami." (21:90)

 

Allah disanjung!

 

22 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman