Berlumba-lumba Mengejar Upah

 

 

From: NoraEss
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, August 10, 2010 9:44:51 AM
Subject: Berlumba-lumba Mengejar Upah


Salamun Alaikum,

 

Bermula dengan pemahaman bahawa jika kita berlumba-lumba lakukan "ibadat", ganjarannya adalah besar...

1.  Wuduk ke bahagian anggota2 lain,

2.  Solat di waktu2 lain, termasuk solat2 sunat dan hajat,

3.  Sebutan "pemujaan" kepada Nabi Muhammad,

4.  Makanan2 yang diharamkan,

5.  Mandi selepas bersetubuh ditambah pelbagai syarat2,

6   Haji dengan ritual2 yang pelbagai,

7.  Aurat yang jelas perlu diperincikan lagi,

8.  Pakaian dan perhiasan perlu lebih dijelaskan,

9.  Sampai potong kuku pun perlu diajar, dan

10.  Bacalah Al-Quran dalam bahasa arab walaupun tidak faham. 

 

Juga kerana ingin memudahkan, bukan menyulitkan

a.  Puasa dari Fajar ke Malam, ditukar dari Subuh ke Maghrib,

b.  Solat jamak dan qasar,

c.  Boleh Qada, ganti solat puasa yang tertinggal, dan

d.  Terima qada dan qadar.

 

Mungkin boleh dipanjangkan senarai tersebut, tapi cukuplah sekadar untuk permulaan.  Harapan agar ada sahabat2 yang boleh tambah yang terlepas pandang.

 

Yang pasti, menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada kejahatan telah juga disalah ertikan sehingga sanggup menggintai rumah orang untuk tangkap berkhalwat...

 

Sekian,

Nora Ess.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Sehubungan perkara di atas diturunkan beberapa ayat menyuruh manusia berlumba-lumba:


"Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (2:148-149)

 

"Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung." (3:200)

 

"Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan." (5:48)

 

"Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami hapuskan mata mereka, kemudian mereka berlumba-lumba ke jalan, tetapi bagaimanakah mereka lihat?" (36:66)

(berlumba-lumba dalam kebutaan)

 

"Berlumba-lumbalah kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar." (57:21)

 

Selamat Berpuasa!

 

Allah disanjung!

 

12 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman