Hudud PAS (Respon)

 

 

 

From: Jamalkhair Mohamad <toyol85@gmail.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Mon, August 2, 2010 11:51:44 AM
Subject: Keterangan Artikel di E-Bacaan (Hudud PAS)

 

Assalamualaikum, saya merasakan ada kekeliruan yang cuba pihak tuan sampaikan di situ. Terutamanya apabila anda mengatakan bahawa Undang2 Hudud yang cuba dilaksanakan oleh PAS bercanggah dengan Hukum Al-Quran. Kalau dibuka mana2 kitab tafsir seperti Tafsir Ibn KAthir dan sebagainya...jelas bahawa apa yang cuba dilaksanakan oleh PAS itu adalah benar. Contohnya berkenaan kes mencuri. Di mana pesalah dihendaki potong tangan...tepai saudara menidakkan dengan mengatakan bahawa hanya tangan kanan...sedangkan byk hadith soheh telah menguatkan ayat tersebut bahawa sekiranya pesalah tetap berdegil maka kaki kirinya pula dipotong...dan begitula seterusnya...  Satu pesan saya bahawa setiap hujah jgnlah dibuat mengikut akal semata2... AL-Quran mesti selaras dengan Hadith...kalau sekiranya anda berpegang Pada AHli Sunnah Wal jamaah...kerana baginda Rasulullah pernah berpesan, baginda hanya tinggalkan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan utk umatnya.

 


Salamun alaikum,

 

Pada mulanya kami bercadang untuk tidak beri sebarang respon terhadap e-mel di atas, tetapi setelah kata-katanya berbunyi "AL-Quran mesti selaras dengan Hadith" tidak dapat dilepaskan daripada fikiran kami, maka kami batalkan rancangan tersebut.

 

Kata-katanya bermaksud Kalam Allah mesti selaras dengan Kalam Bukhari, dll (kitab Hadis bukan kalam Muhammad, baginda tidak menulis kitab Hadis). Ini memeranjatkan! Dan kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan terhadap orang yang meletak Allah di bawah status manusia (Bukhari dll adalah manusia, begitu juga Nabi dan Rasul).

 

Bagi kami, orang-orang yang bertuhankan Allah tidak akan berkata sehina itu. Sebaliknya mereka berkata, "Hadis atau karangan lain mesti selaras dengan al-Qur'an!"

 

Sehubungan itu, diturunkan sebuah ayat berbunyi,

 

"Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling." (23:71)

 

Misalannya, kerosakan yang sedang dilakukan oleh golongan Sunni dan Syiah di beberapa negara Islam, sedangkan dalam Peringatan dilarang bergolongan dalam agama (bermazhab adalah ajaran daripada keinginan sesetengah manusia). Apa yang dibimbangkan ialah kerosakan seperti itu dengan pertumpahan darah berlaku di negara kita, memandangkan golongan Syiah dikatakan ramai dan sedang membiak dengan cepat.

 

Balik memperkatakan e-mel di atas. Kes mencuri telah disuratkan sebagai satu contoh di dalamnya, dengan penjelasan.

 

Sudah maklum bahawa Allah telah tetapkan potong tangan ke atas pencuri, tetapi Ibn Kathir tetapkan lebih daripada-Nya, iaitu termasuk kaki. Izinkan kami bertanya pula, "Siapakah yang lebih benar, Allah atau Ibn Kathir?" Dan soalan kami selanjutnya, "Siapakah Tuhan sebenar, Allah atau Ibn Kathir?"

 

Tanpa menggunakan akal (beliau tidak menggunakan akal kerana dilarang oleh agamanya, walhal Allah menyuruh menggunakan akal yang diberi-Nya) beliau dengan senang hati memilih Ibn Kathir sebagai yang lebih benar, dan Ibn Kathir juga sebagai Tuhannya yang sebenar!

 

Kami rasa lebih baik kami berhenti di situ sahaja. Sebelum itu, kami menarik perhatian kepada kenyataannya tertulis "tepai saudara menidakkan dengan mengatakan bahawa hanya tangan kanan" yang kononnya terkandung di dalam artikel Hudud Pas (Sunni) berbanding hudud Allah. Sila lihat apa sebenarnya yang kami tulis:

 

Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itu had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya, 

“Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).

 

Oleh kerana kami tidak mengatakan "hanya tangan kanan" maka kenyataannya merupakan satu penipuan yang sengaja dibuat. Tidakkah ayat di atas ditulis dengan maksud yang jelas? Begitu juga dengan ayat-Nya. Mengapa pula ditambah dan kemudian berasa benar pula? Tidakkah agama ASWJ-nya ajar kata-kata Allah seperti di bawah ini?

 

"Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (6:115)

 

"Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu dapati tiada perlindungan." (18:27)

 

Maaf jika tersinggung.

 

(Sekiranya saudara Jamalkhair Mohamad ingin memanjangkan lagi tentang Hadis dan sebagainya, kami syorkan pergi ke ruangan Perpustakaan terlebih dahulu dan baca karangan-karangan bersabit. Jika masih tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang dibentang di situ, maka ketahuilah bahawa agama kita adalah berlainan. Dan biarlah Allah sahaja yang hakimkan.)

 

 

Allah disanjung!

 

4 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman