Pengalaman Dangkal vs Pemikiran

 


From: lanlen09
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Cc: alraj
Sent: Sat, July 24, 2010 5:36:12 PM
Subject: PENGALAMAN DANGKAL VS PEMIKIRAN


Salamun alaikum.

Tuan Pengurus Laman dan para pendokong Kebenaran. Bersyukur saya dapat bersama menimba ilmu dengan sahabat-sahabat yang sudi menggunakan akal dan banyak sudah saya pelajari dari laman web ini. Terasa kekerdilan diri dengan sedikit pengetuan yang Ar-Rahman ajarkan kepada saya, dan melihat kesungguhan tuan mengendalikan laman web ini menguatkan saya untuk terus mendengar dan mencari yang terbaik dari yang baik. (39:18)

Kalau dulu, saya bukanlah orang yang suka membaca, lebih-lebih lagi membaca Al-Qur’an, sebab saya tak pandai baca Arab, bimbang kalau terus baca dalam keadan yang tak betul, nanti dapat dosa….Jadi saya jauhkan diri dari mendekati Al-Qur’an.

Bodohnya saya masa tu, tak dapat nak pikir dan itulah amalan saya sebelumnya, iaitu malas dan tak mahu pikir. Seorang yang jahil dan ummiy, seumpama binatang ternak, malah lebih sesat dari binatang ternak. Hinanya saya masa tu. Itupun ada makwe yang suka, dahlah bodoh, hina lagi. Makwe yang suka ni pun dua kali lima macam saya jugak (Nasib baik tak kawin dengan dia). Tapi masa tu rasa macam macho aje…..Rupa-rupanya itulah adalah sangkaan menduga sahaja, saya perasan bagus! Sebenarnya TIN @ KOTAK KOSONG! Nasib baik Allah tak matikan saya masa tu….kalau mati, macam mati katak agaknya!!!

Sengaja saya kongsikan sedikit pengalaman ini untuk nampakkan kekalutan, kemabukan, dan persangkaan saya sendiri tanpa mencernakan fungsi akal sebenarnya. Sehingga syaitan bertenggek semahu-mahunya atas kedangkalan pemikiran dan persangkaan saya. Puncanya hanya satu; iaitu akal saya dihumbankan ke belakang punggung oleh kejahilan, ‘keummiyan’ dan kesombongan saya sendiri!

Bagaimana saya dapat keluar dari KOTAK ANUTAN SANGKAAN ini? Sudah tentu dengan menggunakan sedikit kelebihan untuk berpikir sejenak. Dan ada segelintir peristiwa yang mendorong saya mula berpikir. Saya mula mempersoalkan perkara-perkara di sekeliling saya, perkara-perkara yang telah diajarkan kepada saya sebelum ini dan juga membaca keadaan sekeliling. Ditambah dengan jodoh pertemuan dengan laman web tuan. Sebelum itu, saya terserempak dengan laman web lain yang mempersoalkan kepercayaan syahadah. Alhamdulillah, Allah telah membuka minda saya.

Dan apabila diteliti secara mudahnya, segala kemusykilan yang merujuk kepada Al-Qur’an akan menemukan kita dengan jawapan yang standard walaupun yang membicarakan itu datang dari segenap pelusuk alam. Terbukti pada saya, yang dapat menyatukan manusia, terutama yang ingin tunduk patuh pada Allah hanyalah dengan Al-Qur’an semata.

Pengkajian demi pengkajian kita sanggup buat dengan sumber-sumber yang melata di luar sana, apa salahnya kita beralih angin mengkaji Al-Qur’an yang Allah tidak letak syarat apa-apapun untuk kita mempelajari dan mengkajinya! Kalau saya orang yang sangat marhain dapat menemukan pelajaran dari Al-Qur’an, sudah tentu semua orang juga boleh, jika dia benar-benar ikhlas dan tunduk patuh pada ayat-ayat Allah.

Kita janakan penemuan-penemuan dan pelajaran-pelajaran dari Ar-Rahman untuk kesejahteraan kita semua seperti apa yang tuan pengurus laman ini sedang laksanakan. Sebelum saya undurkan diri, dengan perasaan rendah diri, saya ingin merujuk ayat 38:29.     


38:29. Sebuah Kitab Kami turunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang empunya minda renungkan ayat-ayatnya. 
 

Soalan pertama, mengapa kita terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan kita tinggalkan dan yang seharusnya kita jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras meraih kebahagiaan hidup di akhirat?

Manusia ada alat berfikir. Tetapi kebanyakannya tidak menggunakannya sebagaimana mestinya. Bahkan, sebahagian manusia hampir tidak pernah berfikir.

Sebenarnya, setiap orang ada kemampuan berfikir tetapi ia sendiri tidak sedarnya. Ketika ia mulai menggunakan kemampuan berfikir, fakta-fakta yang tidak mampu diketahuinya sekarang, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya.

Semakin dalam seseorang berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya. Harus disedar bahwa setiap orang mempunyai keupayaan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.

Seseorang yang tidak berfikir berada sangat jauh dari kebenaran dan menjalani kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesesatan. Akibatnya ia tidak akan mengetahui tujuan penciptaan alam, dan erti keberadaan dirinya di dunia.

Padahal, Allah telah ciptakan segala sesuatu untuk sesuatu tujuan sebagaimana dinyatakan dalam ayat 44:38-39 dan 23:115.
 

44:38-39 : Kami tidak cipta langit dan bumi dan semua yang di antara keduanya dengan bermain-main, Kami tidak cipta keduanya melainkan dengan benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

 23:115 : Apa, adakah kamu sangka Kami cipta kamu hanya untuk bermain-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
 

Yang paling wajib untuk difikirkan secara mendalam ialah tujuan dari penciptaan dirinya, kemudian segala sesuatu yang ia lihat di alam sekitar serta segala kejadian atau peristiwa yang ia lalui selama hidupnya.

Manusia yang tidak fikirkan hal ini, hanya akan mengetahui kenyataan-kenyataan tersebut setelah ia mati. Ketika ia dipertanggungjawabkan segala amal perbuatannya di hadapan Allah; tetapi sudah terlambat. Seperti firman-Nya bahwa pada hari pembalasan, tiap manusia akan berfikir dan menyaksikan kebenaran atau rasa penyesalan timbul, ayat 89:23-24.
 

89:23-24. Pada hari itu, Jahanam didatangkan; pada hari itu, manusia mengingati; dan bagaimanakah peringatan baginya? Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya aku telah dahulukan untuk kehidupanku!"
 

Allah telah beri kita kesempatan hidup di dunia. Berfikirlah dengan penuh kesedaran untuk mengambil kesimpulan atau pelajaran-pelajaran dari apa yang kita teliti, fikir dan renungkan untuk memahami kebenaran – sesuatu yang bernilai bagi kehidupan di akhirat kelak.

Maka Allah mewajibkan seluruh manusia, melalui para Nabi, Rasul dan Kitab-kitab-Nya, untuk memikir dan renungkan penciptaan diri mereka sendiri dan alam semesta seperti dalam ayat 30:8.
 

30:8. Apa, tidakkah mereka fikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak ciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.
 

Setiap orang hendaknya berusaha secara ikhlas sekuat tenaga dalam meningkatkan kemampuan dan kedalaman berfikir. Sebaliknya, orang-orang yang tidak mahu berusaha untuk berfikir mendalam akan terus-menerus hidup dalam kelalaian.

Kelalaian membawa erti ketidakpedulian; iaitu “tinggalkan Kebenaran dalam Kekeliruan, Tidak Menghiraukan Kebenaran dalam Kekalutan“.

Kelalaian manusia yang tidak berfikir adalah akibat melupakan atau secara sengaja tidak menghiraukan tujuan penciptaan diri mereka serta kebenaran ajaran agama. Ini adalah jalan hidup yang sangat berbahaya. Allah mengingatkan manusia agar tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai dalam ayat 7:205 dan 19:39.
 

7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai.

19:39. Berilah mereka amaran dengan Hari Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak percayai.
 

Kesimpulan :

1.     Allah menyebutkan tentang mereka yang berfikir secara sedari, kemudian merenung dan pada akhirnya sampai kepada kebenaran yang jadikan mereka takut kepada Allah.

 

2.     Sebaliknya, orang-orang yang ikut secara taklid buta tanpa berfikir, ataupun hanya sekadar ikut kebiasaan yang ada, berada dalam kekeliruan.

 

3.     Ketika ditanya, para pengikut yang tidak mahu berfikir tersebut akan menjawab bahawa mereka adalah orang-orang yang menjalankan agama dan beriman kepada Allah.

 

4.         Tetapi kerana tidak berfikir, mereka sekadar lakukan ibadah dan menjalani kehidupan tanpa disertai berasa takut kepada Allah. Ini digambarkan dalam ayat 23:84-90.
 

Katakanlah, "Kepunyaan siapakah bumi dan sesiapa yang di dalamnya, jika kamu tahu?" Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu mengingati?" Katakanlah, "Siapakah Pemelihara tujuh langit, dan Pemelihara Arasy yang besar?" Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Tidakkah kamu bertakwa?" Katakanlah, "Di tangan siapakah dominion segala sesuatu; Dia melindungi dan Dia Sendiri tidak dilindungi, jika kamu tahu?" Mereka akan berkata, "Kepunyaan Allah." Katakanlah, "Bagaimanakah pula kamu disihir?" Tidak, tetapi Kami datangkan kepada mereka yang benar, dan mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

 

5.     Akal yang tidak digunakan untuk berfikir akan lumpuh, maka kita akan berperilaku sebagaimana seseorang yang tidak melihat kenyataan di depan matanya.

 

6.     Akal yang dimiliki untuk bezakan yang benar dari yang salah jadi lemah. Ia tidak mampu memahami sebuah kebenaran yang sederhana sekalipun.

 

7.     Ia tidak dapat bangkitkan kesedarannya untuk memahami peristiwa-peristiwa luar biasa yang terjadi di sekitarnya. Ia tidak mampu mendengar, melihat dan menilai peristiwa-peristiwa yang ada.

 

8.     Inilah yang menyebabkan masyarakat Islam secara keseluruhannya tenggelam dalam kehidupan yang melalaikan selama ratusan tahun serta jauhkan diri dari berfikir sehingga seolah-olah telah jadi suatu amalan tradisi dalam kelumpuhan akal ini.

 

9.     Marilah kita jadi Muslim yang berfikiran dengan penuh kesedaran, kerana Muslim yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah sentiasa memikirkan sesuatu agar kita sentiasa berada pada kebenaran dan bebas dari pendustaan (persangkaan) dan agar kita tidak menyesal di akhirat.

 

Allah disanjung!
 

Salamun alaikum,

Terima kasih atas usaha sahabat dalam mewarnai laman kami yang kecil ini. Harus dingati bahawa Allah menetapkan keimanan ke dalam hati golongan-Nya. Justeru, teruskan menjana ilmu daripada-Nya.

Segala Puji bagi Allah Pemelihara semua alam!


25 Julai 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman