Tindakan Wajar
From: Sharizul Razli
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, July 20, 2010 10:12:21 AM
Subject: Mohon beri makluman jika terdapat kesalahan
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang
Kesejahteraan untuk kamu dengan limpah rahmat Allah dan berkat kuniaan-Nya
Tuan,
Saya amat khuatir dengan keadaan sekarang. Website ini boleh mengundang kemusnahan kepada individu yang ingin bergelar MUSLIM.
Setelah melayari website ini http://www.e-bacaan.com/emaile84.htm terdapat website link http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html ini mempunyai pengaruh ideologi dan dakwah diayah KRISTIAN. Mohon Tuan ambil tindakan yang wajar terhadap website dan e-mel tersebut.
Sekian, Terima kasih.
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis bertujuan untuk membantah kandungan emel lanlen09 - Hadis: Sepuluh Lagi yang kami terbit beberapa hari lalu. Selanjutnya kami diminta pula mengambil tindakan yang wajar ke atas emel dan website berkenaan.
Desakan yang hampir serupa telah (dan mungkin masih) kedengaran di beberapa ceruk alam cyber dengan laungan kata-kata termasuk hack, lapor kepada pihak tertentu dan haramkan yang dituju khas kepada website kami.
Walaupun laungan mampu
mengundang keburukan, namun, kami maafkan pelaung-pelaung kerana,
pada pandangan kami, mereka sedang terjerat dalam jemaah bergelar MUSLIM
yang lalai
daripada kebijaksaan petunjuk Allah, misalan daripada ayat berbunyi,
"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda." (39:18)
Adalah jelas bahawa Allah menyuruh mendengar semua pandangan dan pilih yang paling baik. Itu adalah jalan untuk dapat petunjuk dan jalan bagi orang-orang empunya minda (menggunakan akal).
Dengar semua dan pilih, kata-Nya, bukan yang selain daripadanya. Demikianlah itu juga pendirian kami. Lantaran, tindakan kami terhadap emel dan website tersebut tidak seperti diharapkan kerana kami tidak sanggup bertindak dengan tidak wajar, tidak bijaksana.
Dalam mendengar semua pandangan terdapat orang-orang yang memberinya. Mengapa tidak bilangan mereka ditambah dengan menyertai beri pandangan sendiri daripada bertindak seperti tidak empunya minda?
Sesuatu tindakan ada tindak balas. Sila lihat tindak balas, atau pandangan, orang yang berkaitan emel yang dibantah itu, selepas beliau dimaklumkan tentang emel SR di atas:
From: lanlen09
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wed, July 21, 2010 8:25:47 PM
Subject: RE: Mohon beri makluman jika terdapat kesalahan
Salam.
Tak salah kalau kita baca mana-mana sumber untuk kebaikan. Apa nak dibimbangkan kalau iman kita kuat dengan Kefahaman Ar-Rahman Yang mengajar. Marahnya seseorang itu kerana dia sendiri tidak yakin dengan pegangan dan keimanannya sendiri. Kalau sekadar membaca dari sumber yang bukan menurut keinginan kita, boleh mengugat keimanan kita, apalah maknanya pegangan agama kita selama ini? Mana perginya anugerah akal kita? Rapuhnya keyakinan mereka....
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
Terima kasih atas makluman tuan, maaf sekiranya artikel itu menimbulkan kegusaran pada mereka yang tidak menggunakan akal.
Kes kali ini diselesaikan di sini sahaja, tidak disambung lagi.
Terima kasih.
Allah disanjung!
23 Julai 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman