Air Hujan - satu pengalaman

 

 

From: sky5ire
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, June 16, 2010 2:54:21 PM
Subject:


Salam,

 

Terpanggil untk menulis sekali lagi dan kali ini pengalaman saya mengenai air hujan (kerana hari sedang hujan lebat semasa saya menulis)

 

Sejak dari kecil lagi saya diberitahu yg air hujan tidak boleh diminum kerana airnya tidak serupa seperti air yg sudah berada/mengalir dibumi, yg turun melalui gunung (spring water) atau mata air atau yg sudah diprocess dan sebagainya.

 

Untuk menguatkan lagi teori yg air hujan tidak boleh diminum ialah demam, kerana kebanyakkan orang yg terkena air hujan akan jatuh sakit seperti demam panas, selsema atau batuk2 dan sebagainya, tetapi saya tidak pulak jatuh sakit kalau terkena hujan, sempat lagi main hujan (hehe)

 

Dan disebabkan hal-2 diatas maka saya tidak berani untuk meminumnya kerana takut jatuh sakit atau keracunan

 

Kini keadaan sudah berubah semenjak saya menemui lelaman e-bacaan terutama sekali mengenai ayat-2 al-quran(bacaan) yg dibaca dengan bahasa melayu kerana ianya mudah difahami dengan bahasa kita sendiri dan dapat memahami mesej-2 Allah

 

Perhatikan ayat dibawah ini,

 

16:10. Dia yang turunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya,...

 

mesej yg Allah sampaikan jelas mengatakan air hujan itu selamat untuk diminum dan,

 

25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih.

 

jaminan dari Allah yg air hujan itu bersih maka ade sesiapa yg berani meminumnya.???

 

Setelah saya memahami mesej-2 tersebut maka suatu hari semasa saya berada diatas tower crane, hujan turun dengan lebat dan saya ambil kesempatan yg ada untuk menadahkan air hujan kedalam cawan plastik

 

airnya jernih tidak berbau dan bersih, dengan parasaan berdebar saya meminumnya setitik demi setitik, maklumlah pertama kali nak minum air hujan (kolot punya perangai)

 

Selepas itu secawan demi secawan saya minum dan kalau boleh menangis memang saya akan meraung kerana apa yg Allah katakan adalah benar yg air hujan itu bersih dan selamat untuk diminum dan rasanya sangat sedap dan very refreshing

 

Buat beberape hari saya hanya minum air hujan yg saya tadah dan simpan didalam botol dan walaupun sudah beberapa hari ianya tetap bersih dan rasanya tetap refreshing dan untuk beberapa minggu itu pun saya tidak jatuh sakit atau keracunan.

 

Tapi sayangnya, saya tidak dapat meneruskan lagi meminumnya kerana beberapa minggu selepas itu hujan turun lagi dan seperti biasa saya menadah dan simpan kedalam botol dan pada keesokkannya saya dapati air itu berbau dan setelah saya meneliti airnya didapati kotor walaupun jernih tapi ianya mengandungi kotoran-2 seperti habuk hitam (black particle foreign object)

 

tadah buang tadah buang itu saja yg dapat saya lakukan kerana adekalanya air itu berminyak dan hitam warnanya dan berbau hanyir

 

Mungkin ini lah yg dikatakan air hujan tidak boleh diminum

 

Kenape..?

kerana cemaran yg dilakukan sendiri oleh manusia

 

Asap hitam dan debu dan sebagainya naik keudara buatkan air hujan itu tercemar dan jadi kotor Apatah lagi saya yg di singapura ini dikelilingi dengan pencemaran udara jadi air hujan yg bersih jadi kotor dibuatnya

 

Mungkin didaerah yg jauh dari kota seperti kampung mungkin air hujannya bersih. kalau dapat yg bersih cubalah minum, dan jangan lupa untuk memuji dan menyanjung Allah diatas pemberianNya supaya kita jadi orang-2 yg berterima kasih kepadaNya

 


Allah Disanjung

 

56:68. Adakah kamu fikirkan air yang kamu minum?

56:69. Adakah kamu yang turunkannya dari awan-awan, atau adakah Kami yang turunkannya?

56:70. Sekiranya Kami hendaki, tentu Kami membuatnya masin; maka mengapa kamu tidak berterima kasih?


Salamun alaikum,

Nampaknya, berada di tempat tinggi, heh heh, sungguh datangkan manfaat. Dan manfaat itu dikongsi pula dengan orang lain. Tidakkah kita patut berasa gembira dan berterima kasih?

Kami menulis ringkas sahaja (bukan kerana bola Piala Dunia!!). Sebelum berhenti, kami ingin menarik perhatian pembaca sekali lagi kepada pesan di hujung emel, oleh pengirim dan juga oleh Allah. Terima kasih.

Allah disanjung!


18 Jun 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman