Ayat 9:5, 9:111 dan Samurai
From: ahkamal
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, June 8, 2010 2:59:24 PM
Subject: 9:5
Salamun alaikum,
Disini ingin saya bertanya kepada tuan tentang Surah 9: Ayat 5 berkenaan.... Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka melakukan solat, dan memberi zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Persoalannya sekarang adakah kita dituntut utk membunuh mereka-mereka yang sekutukan jikalau mereka tidak mahu bertaubat seperti yang diterangkan...dan apakah hukumnya jika kita membiarkan shj mereka jika mereka tidak bertaubat dan lakukan apa yg dituntut oleh Allah dan disisi Allah adakah kita dianggap sekutukan juga jika tidak menurut apa yg disyariatkan didlm surah tersebut...ini benar2 buat saya keliru....kerana mengikut apa yg disyariatkan jika mereka tidak bertaubat dan lakukan apa yg sepatutnya adakah kita diwajibkan membunuh mereka2 yg menyekututkan...jika tidak bagaimana..harap tuan laman dpt beri buah pandangan tentang surah tersebut.
Allah disanjung.
Yang lemah dari hambanya yg sentiasa cuba memperbaiki diri dan amalan masing-masing.
Allah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
ps: harap tuan padam butiran address email saya krn saya menulis menggunakan email syarikat. terima kasih atas perhatian tuan.
From: ahkamal
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, June 8, 2010 3:57:10 PM
Subject: SURAH 9: AYAT 111
Salamun alaikum Tuan Pengurus Laman,
Di harap tuan sekeluarga sihat sejahtera, baru sebentar tadi saya baru menanya tuan tentang Surah 9 : Ayat 5, soalan yg ditanya berkaitan juga dengan soalan yg akan dikemukan disini, tujuan saya menulis disini juga kerana ingin mengetahui dengan lebih dlm tentang:
surah 9: Ayat 111 :Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikatNya di dalam Taurat, dan Injil, dan Al-Quran; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan denganNya; itulah kemenangan yang besar.
Oleh itu bolehkah saya mengatakan bahawa selama ini undang2 yg diamalkan oleh umat Islam kebanyakkan serata dunia tidak mengikut spt yg tertera di dalam surah 9:111 dimana kita dpt melihat mereka2 yg terbunuh dan dibunuh percaya pada yang dijanjikan oleh Allah dlm urusan jual-beli nyawa mereka dgn Taman setelah mereka2 yakin bahawa yg dibunuh itu adalah mereka2 yang sekutukan Allah...dan sebagai seorang yg mengaku Muslim patutkah kita terus sembunyikan kebenaran yang termaktub didalam surah tersebut. Pada pendapat saya, kita memang tidak suci dan juga jgn perasan suci dan juga kita tidak boleh sembunyikan kebenaran dlm surah 9 Ayat 111. Mungkinkah ini yg paling ditakuti oleh sekutu2 Allah selama ini iaitu perangi terhadap mereka2 yang sekutukan Allah. Hanya Allah Yang Mengetahui.
Oleh itu Tuan Pengurus Laman, adakah benar Tuan Pengurus Laman dan rakan2 lain bersedia dan yakin tentang apa yg dituntut oleh Allah didlm surah tersebut. Mana yg lebih saudara2 sekalian sayangi....maaf andaikata soalan yg diutarakan benar2 menakutkan bagi mereka-mereka yg lebih menyayangi dunia ini lebih dari Taman yg dijanjikan oleh Allah.
Allah disanjung.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Kami himpun kedua-dua surat pengirim di sini kerana mereka berkait-kaitan. Daripada mereka berdua dapat sedikit gambaran tentang apa yang berlegar di kepalanya, meskipun ditulis dalam bentuk pertanyaan.
Sepintas lalu, gambaran yang ditunjukkan tidak menyenangkan hati. Pertama, tentang pembunuhan orang-orang yang sekutukan pada hari ini (termasuk orang-orang yang mengaku Islam). Kedua, tentang kerelaan untuk mati (dalam peroses pembunuhan tersebut). Ketiga, pembunuhan dan kematian itu tidak harus didiamkan daripada orang ramai (bermaksud mengajak orang ramai supaya membunuh orang-orang yang sekutukan).
Dan keempat, bertanya sama ada kami dan orang-orang serupa kami rela mati dan tinggalkan harta dunia untuk tujuan tersebut. Lazimnya, orang yang bertanya adalah seorang yang berani, sanggup tinggalkan keduniaannya (seperti jawatan yang dipegang), dan sanggup mati.
Gambaran seterusnya diberi seolah seseorang mukimin serupa seorang Samurai, berjalan dengan membawa dua pedang, satu panjang dan satu pendek, dan memancung atau menikam siapa saja yang dianggap bersalah. Atau, seperti seorang koboi dengan dua pistol, tembak sana tembak sini!
Malangnya, kami tidak bersifat seperti Samurai mahupun seperti seorang koboi. Rakan-rakan kami pun sama. Dan tidak juga guna nama gelaran yang beri gambaran untuk menakutkan atau tunjuk berani mati. Tidak seperti sesetengah orang mengaku Islam yang kami jumpa, memakai gelaran, contoh pedang islam atau pedang terhunus atau soldier islam pada emel mereka, seolah dunia Islam sedang berperang dewasa ini. Akan tetapi, gelaran nama pistol islam atau teroris islam belum lagi kami temui.
Bunuh-membunuh dimaksudkan dalam emel di atas adalah dalam peperangan. Orang-orang mukmin hanya berperang dan membunuh terhadap orang-orang yang memerangi. Takut atau tidak, tidak ditanya, sebab orang yang enggan berperang kerana takut mati pun, apabila sudah ditetapkan ajalnya, akan mati juga di medan peperangan setelah diheret Allah ke sana.
Dalam peperangan terdapat gencatan senjata, semasa musim haji atau bulan-bulan haram, kecuali orang-orang yang sekutukan serang Masjidil Haram.
Perbincangan mengenai perang menurut ajaran al-Qur'an tidak dipanjangkan lagi di sini, sebab sudah ditulis di halaman lain.
Seseorang mukmin tidak akan lari setelah perang ditetapkan. Namun, pada hari ini, adakah terdapat di sini golongan yang memerangi mereka yang menyebar atau mempertahankan ajaran al-Qur'an, dengan senjata, macam zaman permulaan al-Qur'an dulu? Kalau pun ada, orang-orang mukmin tidak dapat membalas, walaupun ingin sangat membalas, kerana adanya pihak yang berkuasa atas keadilan dan pembalasan.
Pada hari ini, terdapat ribuan manusia yang berusaha jadi mukmin sebenar, dengan berpegang hanya pada al-Qur'an. Mereka tukar kepercayaan bukan setelah diperangi, atau setelah pedang atau pistol diacu kepada mereka, tetapi setelah membaca, terutamanya kitab al-Qur'an. Sementara orang-orang yang menyampaikan Mesej-Nya pula, termasuk mereka yang telah dianiayai kerananya, didapati tetap terus berjuang kerana Allah. Demikianlah kekuatan yang diberi Allah kerana ikut petunjuk-Nya.
Apapun, hanya Allah yang beri kemenangan kepada siapa Dia hendaki, bermaksud orang-orang mukmin boleh juga ditimpa kekalahan. Mereka yang mati di jalan Allah, iaitu menyebar atau mempertahankan al-Qur'an, akan temui apa yang dijanj-Nya. Lantas, tidak perlu lagi bertanya sama ada takut atau tidak. Atau, orang yang bertanya menanti jawapan seakan jawapan orang yang takbur? Lalu dia berasa gembira dan beri ucap tahniah, walhal itu bukan urusannya, atau dalam bahasa Inggeris, none of his business!
Allah disanjung!
10 Jun 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman