Penzina dengan penzina
From: Latif
Date: Wed, Jun 2, 2010 at 4:55 PM
Subject: Re: Kalimat Zina di dalam Al Quran
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Salamun'alaikum Saudara <dipadam>,
Terima kasih kerana sudi membalas email saya.
<dipadam>
Mengenai 24:3, saya rasa ia ayat yang berbentuk "an observed condition", dan bukan nya berbentuk "arahan". Kerana tidak mungkin Allah mengarah supaya seorang yang percaya boleh dikahwinkan dengan seorang yang sekutukan. Tetapi saya mungkin salah dalam hal ini.
Terima kasih sekali lagi.
Latif
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Saudara datangkan satu persoalan, dan pandangan, yang menarik mengenai ayat 24:3 berbunyi,
"Lelaki yang berzina tidak kahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang sekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin." (24:3)
Pada pendapat kami pula, ayat boleh diguna sebagai satu amaran. Misalan kita beri amaran kepada seseorang dengan berkata, "Kalau kau berzina, kau akan dijodohkan Tuhan dengan seorang kaki zina, bukan seorang mukmin."
Atau dia yang berzina diterangkan sebagai sekutukan Allah, kerana tidak ikut larangan Allah tetapi ikut keinginan sendiri, lalu dijodohkan dengan seorang yang serupa, bukan seorang mukmin.
Itu pun, menurut pendapat kami selanjutnya, jika dia tidak memohon ampun dan bertaubat kepada Allah dengan taubat setulus hati atau taubat sebenar, dan jadi seorang mukmin.
Lantaran, kami bersetuju dengan pendapat saudara Latif bahawa ayat tersebut tidak merupakan satu arahan, atas sebab tidak tahu sama ada seseorang itu sudah lakukan zina. Sebaliknya, kalau dia mengaku, maka tidak mungkin seorang mukmin akan dengan rela hati kahwininya pula.
Demikianlah itu adalah hanya pendapat kami, yang harus dibetulkan apabila didapati salah.
Terima kasih. Salam.
7 Jun 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman