Beberapa Ajaran Yang Memesongkan

 


From: ika pieces
Date: 2010/5/20
Subject: isu serius yang sewenangnya mudah diterima oleh org islam kini..
To:
ebacaan114@gmail.com


saya seorang yang sangat mencintai Islam menurut Al-Quran sahaja.. mengimani Rasulullah adalah hanya mengikut Al-Quran sahaja.. apa yang menyedihkan saya adalah umat islam itu sendiri yang mengatakan islam tidak cukup tanpa mengimani hadis.. astaghfirullah.. saya mahukan isu ini ditekankan supaya mesej Allah yg sebenar dapat diterap dlm fikiran mereka..

Saya mohon pihak e-bacaan naikkan isu ini sebagai isu yang serius dlm memesong akidah umat islam kini..


Isu Haram yang tidak diharamkan Allah

1. Lelaki haram memakai emas & Sutera

2. Haram bg wanita nampakkan rambut walau sehelai.

3. Suara perempuan aurat


Isu dosa

1. Suami menanggung separuh daripada dosa isteri.


Isu najis

1. Anjing adalah najis mughalazah & malaikat tidak akan masuk rumah kalau anjing ada di dalamnya.


Isu akhirat

1. Orang yang meninggal malam Jumaat masuk syurga

2. Ramai perempuan yang dimasukkan dlm neraka berbanding lelaki


Isu pahala

1. Memulakan sesuatu dengan tangan kanan dpt pahala


ini diantara isu2 yang memang dipegang teguh oleh masyarakat islam lebih2 lagi di Malaysia.. setelah membaca dan mencintai al-Quran.. saya menganggap ini merupakan kes serius dlm membentuk jiwa yg taqwa.. saya minta supaya pihak anda beri kerjasama tetntang isu ini.. bagaimana harus diperbincangkan.. kerana saya juga perlu banyak lgi belajar tentang Al-Quran..

 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis untuk menyenaraikan beberapa ajaran yang memesongkan umat Islam. Sebagai tanda perestujuan kami atas saranan saudara bahawa isu-isu tersebut harus ditekankan maka kami menerbitkan e-mel saudara untuk diabadikan di laman web e-bacaan ini.

Isu-isu tersebut dikatakan memesongkan kerana tidak diajar dalam agama Allah (dan Rasul) yang terkandung di dalam al-Qur'an.

Allah disanjung!
 

24 Mei 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman