Pengunaan Alkohol selain Arak

 

From: anakseni
Date: 2010/5/18
Subject: pengunaan alkohol selain dari arak.
To:
ebacaan114@gmail.com


salamun alaikum, tuan pengarang

adakah alkohol itu haram? apa yg saya tahu alkohol itu sejenis kimia yg dihasilkan dari sumber minyak tanah, iaitu hasil pemecahan gasolin atau hidrokarbon yg menghasilkan ethene. Ethene bersatu dgn air utk menghasilkan alkohol. yg cuma sedikit kegunaannya didlm ubat2an atau perubatan zaman moden, minyak wangi, perwarna rambut dan pelbagai lagi selain daripada arak yg kita ketahui arak itu memabukkan dan tidak elok utk kesihatan dan juga telah dilarang oleh allah. setahu saya ada pelbagai jenis arak dibuat tanpa mengunakan alkohol seperti tuak dan lain2nya tetapi ia tetap dilarang sbb boleh memabukkan.

saya ingin meminta pendapat tuan tentang rambut yg berwarna dan minyak wangi yg mengandungi alkohol ketika kita ingin beribadat. adakah ia satu kesalahan atau tidak patut kita bersolat atau sebaliknya ketika kita masih berada dlm keadaan2 seperti berikut?

saya harap dpt dimenjelaskan tentangnya dan pohon dimaafkan andai ada kesilapan.

terima kasih dan salam,


Salamun alaikum,

Terima kasih. Maaf lewat membalas sebab pergi bercuti dan setelah kembali, terasa agak keletihan untuk menulis, dan pada hari ini, sakit gigi pulak!

Menyentuh mengenai pewarna rambut dan minyak wangi yang mengandungi alkohol. Alkohol pada mereka tidak jadi intoxicant atau arak yang mampu buat seseorang jadi mabuk, apabila diminum. Dan mereka tidak diminum. Justeru, menurut pendapat kami, mereka boleh dipakai semasa lakukan ibadat, kerana seperti solat, hanya keadaan mabuk yang jadi larangan, selain dalam junub (sila rujuk ayat 4:43). Di samping itu, cecair alkohol yang dihasilkan seperti disebut di atas, tidak disebut sebagai haram dalam agama Allah.

Sedia maklum, tajuk arak sudah dibincang di laman web ini, termasuk Alcohol: The Instrument of Oppression di bahagian English Articles.

Terima kasih. Salam.


24 Mei 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman