Hubungan Jenis
From: UNCLE SEEKERS
Date: 2010/2/24
Subject: Seks Dalam Islam (Part 1)
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Seks Dalam Islam (Part 1)(Seks adalah emosi dan keperluan manusia tetapi bukan identiti agama)
Setelah keluar tiga artikel saya dalam laman yang mulia ini, ramai teman-teman meminta saya menulis isu tentang seks pula! Saya tidak arif dalam hal sebegini sebab ia akan melibatkan fakta yang cukup kukuh untuk mengupas isu yang jadi tabu dalam masyarakat Melayu dan pasti akan melukakan hati banyak pihak serta mengundang musuh yang lebih ramai lagi!
Setelah berfikir semasaknya, saya dengan ini bersedia akan bertanggungjawab diatas penulisan ini walaupun akan dikritik dan dicemuh. Ditelan mati emak diluah mati bapak…
Saya meminta jasa baik pembaca agar jangan berbohong pada diri sendiri atau berlagak poyo (berlagak bagus – kata-kata remaja masa kini) kerana setiap detik pasti diluar sana hendak,
<dipadam>
Sebelum menggelecik isu panas ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus laman kerana sudi siarkan artikel saya dialam lamannya. Terima Kasih banyak-banyak.
Potong stim
16 tahun yang lalu ketika persiapan majlis akad nikah saya yang kedua, ada seorang rakan lama dari Johor Bahru yang kuat berpegang pada fahaman Syiah Imamiyah menelefon saya ucapkan tahniah kerana bernikah sekali lagi setelah menduda 7 tahun dan sempat menasihati saya “Beb, malam ni dan seterusnya jangan tengok harem (isteri atau perempuan) anta punya faraj masa tu nanti dapat anak mata buta, jangan bersuara nanti dapat anak bisu, jangan bercakap nanti dapat anak pekak dan jangan lupa berselimut!”
Saya berbisik didalam hati “berapa punya banyak jangan daa..tu tak boleh ini tak boleh” Saya mula terbayang negatif macam-macam. Parah aku macamni. Dalam otak dah plan pelbagai aksi akan dipraktikkan malam nanti. Betul-betul potong stimlah mamat ni!
Dipendekkan cerita kita teruskan sajalah isu ini sebab cerita dalam kelambu tak boleh cerita kat orang. Tak gitu pengurus laman. He he
<dipadam>
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Maaf lewat menerbitkan kiriman yang mengandungi tajuk karangan tidak pernah dibincang di sini, walaupun sudah diajak beberapa kali.
Untuk membalas kiriman orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah agak senang kerana terdapat banyak ayat yang jelas dan tegas, termasuk beberapa perumpamaan yang buruk terhadap mereka.
Lain pula bagi hubungan jenis. Ayatnya tidak banyak, dan Dia didapati amat halus dalam memperkatakan hal tersebut, seperti mengguna perkataan ladang dan menyentuh untuk beri gambaran ia adalah suatu yang malu dibincang dengan mendalam di khalayak ramai.
Kerana itu kami tidak siarkan beberapa pertanyaan mengenainya. Apatah lagi bila adegan-adegan yang bukan utama ditanya.
Pun begitu, kami percaya kita harus berterus-terang di sini, demi pengetahuan, dan dengan cara itu juga diharap dapat mengelak daripada beberapa keraguan ditanya lagi pada masa depan. Untuk buat demikian, satu penyelidikan harus dijalankan, dan syukur, sahabat US telah laksanakannya dengan mendalam dan ingin berkongsi pula dengan para pembaca.
Hasil penyelidikan beliau dibahagi kepada empat bahagian, dikirim kepada kami melalui empat e-mel, dalam tempoh seminggu, kalau tidak silap. Kami tidak siarkan ia di sini tetapi boleh didownload melalui link yang akan ditunjukkan nanti.
Beliau telah merujuk kepada al-Qur'an, Hadis, dan pakar-pakar atas tajuk yang diberinya. Lalu dapat beri input yang berguna dalam buat pertimbangan sebelum menerima atau menolak. Antara mereka kami dapati ada pulak yang lucu, seperti disenarai di bawah ini:
"Telah ceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta iaitu anak."
Sa’ad bin mas’ud melaporkan bahwa Ustman bin Maz’um bertanya kepada Rasulullah Saw.:“Ya. Rasulullah, saya senang melihat kemaluan istri saya, tapi ia tak pernah melihat kemaluanku” Rasulullah Saw. menjawab :“Kenapa demikian, Allah telah jadikannya pakaianmu dan kamu adalah pakaiannya. Aku sendiri juga melihat kemaluan istriku dan ia juga melihat kemaluanku.”
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. kurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan jadi seorang yang berjari enam atau empat.”
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. kurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu jadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
“Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. kurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
“Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
Dan banyak lagi. Bagi mereka yang dewasa dan ingin membaca keseluruhan artikel, sila klik di sini. Terima kasih.
Salam.
11 April 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman