Pengalaman dengan Ayat al-Qur'an

 


From: sky5ire
Date: 2010/3/6
Subject: Pengalaman - Qaf ayat 16 dan Al-Mulk (kerajaan)
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com
>


Salamun'Alaikum,

Semoga tuan sekeluarga berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, begitu juga dengan para pembaca

 

Tiada banyak perkara yang hendak diketengahkan buat masa ini namun terasa rindu untuk menulis sekali lagi.

 

 

6:126. Inilah jalan Pemelihara kamu, yang lurus; sesungguhnya Kami telah jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengingati.

 

Ada diantara kita apabila membaca bacaan dapat 'melihat' dengan lebih jelas akan message yang disampaikan, mungkin kerana pengalaman yang dilalui atau mungkin petunjuk dari Allah.

 

Contoh;

 

50:16. Sesungguhnya Kami cipta manusia; dan Kami tahu apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

 

Pada ayat yang saya bold itu, ada diantara kita mengatakan, ape sahaja yang kita fikirkan atau berkata-kata didalam hati Allah tetap mengetahuinya

Namu begitu berdasarkan mengalaman saya ianya membawa maksud seterusnya,...

 

Suatu ketika dimasjid sedang saya duduk tertunduk berwirid sambil memejamkan mata tanpa menghiraukan keadaan keliling, saya dikejutkan dengan suatu bisikkan suara yg saya dengar datangnya dari dalam diri saya berkata "ada orang nak salam"(berjabat tangan)...lalu saya membuka mata perlahan dalam keadaan tertunduk itu saya melihat seseorang sedang menghulurkan tangan kearah saya, dengan pantas kami berjabat tangan

saya tertanya-tanya suara siapakah itu kerana suara yang saya dengar itu mirip suara saya sendiri

 

perkataan 'jiwanya membisikkan kepadanya' ...Demi al-quran yang jelas, ianya membawa maksud seperti seseorang membisikkan kepade seseorang...tidak begitu?

Dan apabila saya membaca ayat 50:16...sepantas kilat saya teringat akan peristiwa itu..Allah disanjung!

 

Atau mungkin kita mempunyai pandangan yang lain kerana ade yang mengatakan kepade saya itu suara malaikat dan seterusnya namun ayat itu sudah cukup untuk menyakinkan saya akan ape yang saya lalui

Allah lebih Mengetahui dari ape yang kita ucapkan

 

 

73:3. Separuh daripadanya, atau kurangkan sedikit,

73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat.....,

 

Tidak kisahlah surah mane dan ayat yang keberape yang kita hendak baca tetapi bacalah dengan bacaan sebenar dan semudah yang dapat 

 

Seperkara lagi, sudah berulang kali hingga hilang hitungan saya membaca surah Al-Mulk (kerajaan) dan saya tidak tahu kenapa saya begitu tertekun membacanya berulang kali tapi yang pasti setiap kali saya membaca ayat dibawa ini, hati saya terasa begitu sebak dan bergetar menangis dan takkala menulis ini pun terasa sebak dan getarannya...terutama sekali ayat yang saya bold kan

 

67:16. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan buat bumi telan kamu sedang ia bergoncang?

67:17. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan tahu bagaimanakah dengan amaran-Ku?

67:18. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan; maka bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

67:19. Tidakkah mereka renungkan burung-burung yang di atas mereka mengembangkan sayap-sayap mereka, dan mengatupkannya? Tiada yang menahan mereka kecuali Yang Pemurah. Sesungguhnya Dia lihat segala sesuatu.

67:20. Atau, siapakah ini, dia yang akan jadi tentera bagi kamu untuk menolong kamu, selain daripada Yang Pemurah? Orang-orang tidak percaya hanyalah dalam keadaan tertipu.

67:21. Atau, siapakah ini, yang akan beri rezeki untuk kamu jika Dia menahan rezeki-Nya? Tidak, tetapi mereka berterusan dalam penghinaan dan pelarian.

67:22. Apa, adakah orang yang berjalan terlungkup di atas mukanya (wajahnya) lebih dapat petunjuk daripada orang yang berjalan tegak di atas jalan lurus?

67:23. Katakanlah, “Dia yang tumbuhkan kamu, dan buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit syukur (terima kasih) kamu tunjukkan!”

 

Hingga bertemu lagi,

Salam


Salamun alaikum,

Terima kasih. Kami juga percaya bahawa tiap-tiap pembaca dan pengikut al-Qur'an akan mempunyai pengalaman dan pengertian tersendiri dengan ayat-ayat al-Qur'an. Kadang-kadang, pengalaman dan pengertian itu tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain.

Memang terdapat bukti daripada al-Qur'an bahawa jiwa berkata-kata kepada kita. Ada kata-katanya baik dan dan ada juga yang jahat. Satu daripada ayat-ayatnya berbunyi,

"Dan aku tidak kata bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan, kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku kasihani; sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih." (12:53)

Justeru jiwa harus selalu mengingati Pemelihara kita supaya bisikan yang jahat, termasuk daripada syaitan, tidak dapat mengawal diri kita. Firman-Nya,

"Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan berasa takut ..." (7:205)

Juga benar ialah tangisan atas ayat-ayat Allah. Siapakah yang menangis? Ayat-ayat berikut menjelaskan:

"Katakanlah, 'Percayalah kepadanya, atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,
Dan berkata, 'Pemelihara kami disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.'
Dan mereka jatuh di atas dagu-dagu mereka, menangis; dan ia menambahkan mereka dalam kerendahan hati mereka." (17:107-109)

"Mereka itulah orang-orang yang Allah telah rahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami beri petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis." (19:58)

Selain menangis, ada juga mereka yang mencucurkan air mata kerana mengenali yang benar, yang diturunkan kepada Rasul. Kemudian mereka berdoa. Demikianlah menurut ayat-ayat di bawah:

"Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.
Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?" (5:83-84)

Dan, ada juga yang tidak menangis, tetapi ketawa apabila ayat-ayat Allah didatangkan kepada mereka. Mereka adalah orang-orang yang hairan atau tidak percaya kepadanya:

"Maka adakah kamu berasa hairan dengan hadis ini (al-Qur'an),
Dan kamu ketawa, dan kamu tidak menangis," (53:59-60)

Sekali lagi, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami semua.

 

Allah disanjung!

 

31 Mac 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman