Bacalah Kitabku (69:19)

 


From: payauputih
Date: 2010/2/10
Subject: Ayat 69:19
To: E Bacaan Com <
ebacaan114@gmail.com>

 

Salaamun Alaikum Tuan yang dihormati.

 

Buat julung-julung kalinya saya mahu meminta pendapat tuan berhubung ayat berikut;

 

QS 69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

 

Siapakah yang dimaksudkan "Mari, bacalah kitabku" dalam ayat diatas ? Siapakah yang diajak untuk membaca kitab tersebut oleh si penerima kitab ?

 

Penjelasan tuan didahulukan ucapan terima kasih dan semoga kita semua dapat rahmat dariNya.

 

 

Yang benar
Payau

 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Ayat itu mengingatkan kami senario ketika pelajar-pelajar sekolah menerima slip keputusan peperiksaan awam. Ada yang sangat gembira lalu menunjukkan slipnya kepada guru seraya berkata dengan riang, "Tengok cikgu, saya dapat A!"

Kegembiraan di akhirat tentu lebih, hingga ada yang menyuruh orang lain membaca kitab amalan yang diterima. Pada hari penerimaan kitab tersebut manusia diseru bersama imam-imam atau ketua-ketua mereka. Ayat berikut menjelaskan:
 

"Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun" (17:71).
 

Justeru, boleh diandaikan iaitu orang yang diajak membaca kitab tersebut terdiri daripada golongan imam atau ketua manusia.

 

Andaian kelihatan dapat diterima setelah renungkan ayat berkenaan dengan konteksnya sekali. Padanya didapati disebut mengenai orang diberi kitab di tangan kiri, yang mempunyai harta dan kuasa semasa hidup di dunia. Orang itu kelihatan seperti seorang ketua. Ayat-ayat dimaksudkan adalah:

 

69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

 

69:20. Sesungguhnya aku sangka aku akan temui hitunganku.”

 

69:21. Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan hati,

 

69:22. Di dalam Taman yang tinggi,

 

69:23. Tandan-tandannya dekat untuk dicapai.

 

69:24. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup kerana apa yang kamu telah dahulukan dahulu pada hari-hari yang lalu.”

 

69:25. Tetapi bagi orang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, “Sekiranya aku tidak diberi kitabku,

 

69:26. Dan tidak tahu hitunganku!

 

69:27. Alangkah baiknya jika ia adalah penamat!

 

69:28. Hartaku tidak berguna bagiku,

 

69:29. Kuasaku hilang daripadaku.”

 

Oleh demikian, kami berpendapat orang yang diajak membaca itu adalah ketua orang yang mengajak, semasa hidup di dunia - ketua yang mempunyai harta dan kuasa tetapi hidup malang di akhirat.

 

Terima kasih.

Salam.

 


12 Februari 2010

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman