Solat Qasar & Padang Masyar
From: syed muhammad
Date: 2010/2/4
Subject: Saya berusia 14 tahun
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun alaikum tuan,
Saya berumur 14 belas tahun dan sudah beberapa bulan ikut laman tuan.
Tujuan saya mengirim surat ini kepada tuan adalah kerana hendak bertanya sedikit menyenai solat qasar seperti ayat yang berikut
“Dan apabila kamu berjalan di atas muka bumi,maka tidaklah jadi kesalahan bagi kamu untuk mengqasarkan solat kamu” (Surah An-Nisa:Ayat 101)
Saya berasa keliru sedikit menyenai qasar yang diterangkan didalam ayat tersebut.
Seterusnya, saya ingin bertanya tentang waktu di padang masyar. Mengenai di padang masyar,mengikut ulamak yang penah saya dengar, mereka mengatakan bahawa kita akan didirikan di situ dan semua manusia akan menonton semula apa yang dilakukan sewaktu di dunia. Kedua, sewaktu melalui titi silaturahim (tak silap saya), 1 helai rambut di belah 7 dan kita harus melintasinya. Saya berfikir secara logik, bolehkah manusia berjalan di atas sesuatu benda yang amat nipis dan senang untuk putus. Saya sering bertanya kepada guru-guru. Kebanyakkan nya mereka menjawap itu kuasa Allah. Jadi saya ingin bertanya, adakah benar mengenai titi tersebut?
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis dan melayari laman web kami.
Lazimnya, bagi pengirim seperti SM, kami bertanya tentang izin daripada bapa sebelum menulis kepada kami. Di sini kami tidak bertanya kerana bapanya telah menulis kepada kami terlebih dahulu.
Selain itu, kami beri nasihat supaya tidak bergaduh dengan orang lain, termasuk ustaz atau ustazah di sekolah sebab pegangan mereka di luar al-Qur'an. Kami juga akan menyeru supaya percaya kepada coexistence atau kewujudan bersama. Dan tumpukan kepada pelajaran serta cuba dapat markah tertinggi, termasuk dalam pelajaran agama.
Untuk menjawab soalan mengenai solat qasar, pertama diturunkan ayatnya:
"Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu." (4:101)
Maka solat qasar bermakna memendekkan solat. Ia dilakukan dalam keadaan kecemasan. Sekiranya percaya kepada rakaat-rakaat dalam solat, maka solat dipendekkan kepada, misalan, satu rakaat sahaja. Itu adalah contoh cara memendekkan solat.
Mengenai padang, titi, dan sebagainya di situ, mereka tidak disebut di dalam al-Qur'an. Lantaran itu, mereka tidak akan berlaku kerana orang yang ceritakannya tidak tahu. Untuk mengetahui apa sebenarnya akan berlaku sila lihat artikel Hari Kiamat yang dipetik daripada Kitab Allah. Sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
Akhir kata, kami rasa bangga bahawa SM telah menggunakan akal dalam hal agama. Itu yang Allah hendaki.
Selamat maju jaya!
Allah disanjung!
7 Februari 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman