Respon: Al-Hafiz di Youtube & Cara Baru Berceramah

 

From: Sari Nande
Date: 2010/2/2
Subject: Respons kepada Al Hafiz di Youtube & Cara Baru Berceramah
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>


Pengalaman Hidup Seorang Muslimah V

 

Salamun ‘alaikum,


Tuan PL dan sahabat-sahabat yang disayangi, semoga sentiasa diberkati Allah. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Maklumlah banyak perjalanan jauh pandangan, panjang umur banyak pengalaman (sic).

Semasa menghadiri kursus Public Speaking, saya minta pendapat pensyarah, “Perlukah dilagukan ayat-ayat al-Quran dalam pengucapan awam?” Saya sengaja bertanya soalan tersebut untuk mencetuskan perbincangan. Juga untuk sampaikan maklumat.

 

51:55. Dan ingatkanlah; peringatan bermanfaat kepada orang-orang mukmin.

87:9-11. Maka ingatkanlah, jika peringatan bermanfaat, orang yang takut akan mengingati, tetapi orang yang paling sengsara akan menjauhinya,

 

Beliau mengaku tidak berapa arif dan meminta peserta lain yang menjawab. Salah seorang peserta lelaki mengatakan bahawa ia wajib. Dalilnya surah Muzzammil ayat 4 …, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar. (73:4)

 

Saya bertanya apakah erti tartil yang dimaksudkan itu. Antara lain katanya ialah adalah keperluan untuk bertaranum atau melagukan.

 

Saya menerangkan daripada apa yang saya pelajari bahawa tartil bermaksud bacaan yang sebenar iaitu membaca dengan mahraj di tempat yang betul dan sebutan yang tepat SERTA memahami erti sebenar dan merenung (mentaddabur) maknanya. Tidak perlu berlagu kerana ayat-ayat al-Quran bukanlah syair (36:69).

 

Dia membalas kerana mengikut fahamannya selama ini kebanyakan alim ulama’ buat demikian. (Two wrongs can’t make a right.) Ada juga yang mengangguk-angguk bersetuju. Saya dapat melihat dengan jelas kerana meja-meja kami disusun berbentuk U.

 

Baiklah kata saya, untuk mengakhiri perbincangan. Bayangkan satu surah yang mempunyai berbagai-bagai tajuk kecil. Jika anda membaca dengan satu nada, tidakkah ganjil bunyinya apabila anda faham maksudnya? Ibaratkan suatu pertandingan bercerita, bagaimanakah agaknya reaksi penonton. Begitu juga ayat-ayat yang disampaikan, sama ada ia mengenai kisah-kisah nabi, hukum-hakam, atau Peringatan, semuanya dengan nada dan lagu yang sama. Jika kita faham kita akan merasakan ia lucu.

 

Ketika waktu makan dia menghampiri saya. Saya tidak berminat untuk berbincang lebih lanjut. Rupanya dia ingin tahu tentang kelayakan atau kelulusan saya dalam bidang agama. Mungkin jika saya berkelayakan dia boleh pertimbangkan pendapat saya tadi.

 

Sekian.

Salam drp Putri Nande.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana menyumbang lagi. Tersenyum terutama ketika membaca bahagian akhir yang menyebut tentang kelayakan dalam bidang agama, kerana semasa budak-budak dulu, di sekolah agama (di tempat kami dipanggil sekolah petang) kami pernah terkandas di bangku Darjah 2 selama tiga tahun kerana tidak lulus perkara Bacaan Qur'an (perkara ini mesti lulus untuk naik kelas). Perkara lain seperti Adab dan sebagainya boleh dapat markah penuh iaitu 100! Nasib baik pada akhir tahun di kelas tersebut cikgunya baik dengan arwah bapa. Kadang-kadang selepas sekolah beliau singgah di rumah untuk minum kopi. Kami tidak lama berada di sekolah petang (sehingga Darjah 3 sahaja, tapi lulus dalam peperiksaan!) kerana dipilih masuk ke sebuah sekolah asrama penuh. Sijil berhenti sekolah agama itulah saja yang kami ada untuk menunjukkan kelayakan dalam bidang agama kami. Sedih kan?

Allah disanjung!


3 Februari 2010

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman