Sembahyang Gerhana
From: rizal
Date: 2010/1/15
Subject: Gerhana matahari 15-01-2010
To: <ebacaan114@gmail.com>
Salamun alaikum,Meminta pendapat mengenai Gerhana matahari pada hari ini 15-01-2010. Saya ada terjumpa hadis ntah dari mana dtgnya yg mengatakan Rasul menyuruh kita menunaikan solat apabila berlakunya gerhana matahari dan bulan. apa yg saya bayangkan ialah sama seperti masyarakat-masyarakat dahulu dan mungkin masih ada pada masa skrg nie yg menyembah matahari atau gerhana matahari dan bulan.
Rizal.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Gerhana matahari berlaku pada bulan baru, dan gerhana bulan pula pada bulan penuh. Pelbagai kepercayaan telah terbit di kalangan orang-orang zaman kuno, dan hingga ke zaman sekarang pun ada. Terdapat juga mereka yang adakan ritual khas apabila berlaku gerhana matahari dan bulan.
Seperti itu dilakukan oleh orang-orang Islam-Suni. Mereka mendirikan sembahyang (solat) khas dengan berjemaah, lelaki dan perempuan, pada hari gerhana berlaku, di masjid-masjid termasuk masjid negeri. Dengan itu, mereka menyembahyangkan matahari dan bulan apabila berlaku gerhana.
Sembahyang gerhana mereka seru Allah, sedangkan Dia sendiri tidak menyuruh buat demikian. Rasul yang ditugaskan-Nya untuk hanya sampaikan mesej-Nya pun sama. Oleh itu, tentu ada orang atau makhluk lain yang masih terbelenggu dengan tradisi kuno yang mengajak supaya matahari dan bulan apabila gerhana disembahyangkan, dengan ditambah janji-janji palsu.
Dengan mengadakan sembahyang khas untuk matahari dan bulan, kelihatan seolah manusia tunduk kepada matahari dan bulan, walhal Allah yang mencipta mereka, telah menundukkan mereka untuk manusia. Firman-Nya,
"Dan Dia tundukkan untuk kamu matahari dan bulan, yang sentiasa beredar, dan Dia tundukkan untuk kamu, malam dan siang." (14:33)
Ketundukan demikian selanjutnya kelihatan seolah sujud kepada mereka pula. Allah melarang dengan keras perbuatan tersebut dan larangan dimaksudkan berbunyi,
"Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah." (41:37)
Jika Dia benar-benar disembah, maka jangan buat apa Dia tidak suruh. Tentu ada sebab mengapa Dia tidak suruh bersembahyang pada hari gerhana matahari dan bulan.
Allah
disanjung!
16 Januari 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman