Pembaziran dan Islam
From: janggutputih
Date: 2010/1/6
Subject: Pembaziran dan Islam.
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun 'alaikum Tuan.
Saya ingin mendapatkan pendapat Tuan mengenai apa yang terjadi pada dunia masa kini. Baru-baru ini telah dilancarkan pembukaan menara Burj Khalifah atau Burj Dubai, yang telah telan perbelanjaan ratusan juta dolar. Seperti yang diketahui umum, Dubai yang terletak di dalam negara Emiriah Arab Bersatu yang kerajaannya Islam, adalah sebuah bandar futuristik, hebat dan serba indah.
Saya tidak pernah berbangga dengan pencapaian Dubai; perlukah saya ?. Walaupun U.A.E (United Arab Emirate) adalah sebuah negara Islam. Bagi saya perbelanjaan sebesar itu hanya kerana sebuah menara yang kegunaannya terhad untuk orang-orang V.I.P, bukanlah satu pelaburan yang baik dari sisi agama. Negara U.A.E dan negara-negara Arab yang kaya dengan hasil minyaknya, berjiran dengan negara-negara Afrika yang miskin dan mundur. Perbelanjaan sebegitu besar jika disalurkan kepada yang memerlukan, alangkah baiknya.
Tuan yang dihormati. Bukankah pembinaan menara dan bangunan serta monumen yang mewah, gah dan menunjang tinggi adalah kebanggaan orang-orang tidak percaya?.
~28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak tahu bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakan api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkan untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat lihat Tuhan Musa, kerana aku sangka dia termasuk pendusta-pendusta."Yang akhirnya akan dimusnahkan !.
~22:45. Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi runtuhan, dan istana yang tinggi!
~9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.
Tuan yang saya hormati. Ciptaan apakah dan monumen apakah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ? Tiada. Yang ditinggalkan hanya al-Qur'an dan Sunnahnya.
Orang-orang kafirun disekeliling bertanya; "Apa hebatnya Islam ? Islam bukan pencipta teknologi. Islam bukan yang terkaya. Islam bukan yang terhebat dari segi tentera. Itu semua sudah berlalu. Islam kini mundur dan hina !".
Islam hebat kerana ia membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya, dengan izin Allah Pemelihara Seluruh Alam berlandaskan al-Qur'an yang mulia!.
~2:257. Allah ialah Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang keluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
Apa pendapat Tuan ?.
Salam.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Kami tersenyum tatkala membaca ayat Firaun diturunkan sebagai contoh. Sungguh nakal!
Kami setuju dengan hujah mengenai pembaziran itu. Manusia berusaha untuk membina yang tertinggi, terpanjang, dan terbesar di dunia. Mengapa pula negara Islam tidak berusaha untuk mendapatkan, misalan Nobel Prize dalam bidang sains atau lain, yang terbanyak di dunia? Atau negara yang beri bantuan kebajikan yang terbanyak, tanpa mengira agama hamba-hamba Allah yang memerlukan?
Tentu ada lagi soalan mengapa mengenai negara Islam dan rakyatnya!
Yang mundur dan yang membazir adalah bukan Islam ....
Allah disanjung!
8 Januari 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman