Kalimah Allah jadi isu
From: nadzri
Date: 2010/1/6
Subject: Kalimah "Allah" jadi isu
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun alaikum
Tuan ,
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai kalimah Allah telah dibenarkan diguna pakai (permission granted) di dalam semua artikel/kitab Injil yg dikeluarkan oleh satu aliran Kristian (mazhab Katholik) baru-baru ini.
Isu yang sepatutnya remeh ini mengundang banyak kontroversi dari pelbagai pihak samada NGO mahu pun parti2 politik/agensi kerajaan serta individu2 tertentu.
Pada pandangan saya mereka 2 ini adalah:
- orang2 yang tidak mahu “memahami ayat” Allah –tidak merujuk kepada Al-Quran di mana tidak ada satu ayat pun melarang manusia lain menggunakan nama Allah lebih2 lagi pada penganut agama Kristian yang merupakan golongan ahli kitab.
- orang2 yang agak ketinggalan zaman di mana mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa perkataan Allah telah lama digunakan didalam kitab Injil/risalah di Negara Indonesia dan Negara 2 di asia barat (Lebanon, Syria, Iraq, Palestine, Mesir) di kalangan penganut2 agama Kristian.
- Tidak tahu nama Allah bukan saja digunakan secara formal di media massa malah disebut didalam pertuturan sehari-hari antara penganut Islam dan Kristian di negara2 tersebut.
Kesimpulannya tiada kontroversi melanda di negara2 tersebut kerana mereka memahami situasi tersebut secara terbuka berpandukan kitab masing2 (yang mereka percaya dari Allah yang satu).
Mungkin rakyat dari Negara yang disebut di atas mentertawakan orang2 kita yang masih ketinggalan di dalam memahami perkara asas mengenai kalimah Allah yang didakwa hanya milik mereka sahaja.
Harap ada input yang bernas dari Tuan serta para pembaca yang lain.
Sekian utk kali ini.
Allah disanjung.
Terima Kasih.
Nadzri
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Pendapat sahabat kami terima sebagai pendapat yang baik. Baik juga bagi perhubungan antara kaum dan agama di negara ini sekiranya pihak-pihak yang melatah tidak digeletek dengan fahaman selain daripada al-Qur'an.
"Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam." (1:2)
Ayat itu entah berapa kali disebut oleh mereka dalam sehari, tanpa sedari bahawa Allah adalah Tuhan semua alam, bukan Tuhan mereka sahaja. Dan nama itu harus dipuji oleh semua juga. Mengapa pula digelisahkan oleh perbuatan orang lain yang memuji nama-Nya dalam amalan anutan mereka?
Terdengar jugak geletekan bahawa Allah adalah perkataan Arab, mungkin daripada golongan penyembah bahasa Arab, dan bahasa itu hanya untuk mereka sahaja. Sekali lagi melatah tanpa sedari bahawa al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab adalah untuk semua golongan manusia.
Tidak, nama Allah tidak sepatutnya jadi isu!
Allah disanjung!
Salam.
8 Januari 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman