Puasa hanya dengan membisukan diri sahaja!


 

From: mohd abdullah <bacaanquran@gmail.com>
Date: 2010/1/5
Subject: Puasa:Menahan diri daripada makan dan minum atau menahan diri daripada bercakap?
To:
ebacaan114@gmail.com



Salam,

2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

 

Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa puasa kita adalah sama dengan puasa orang-orang terdahulu. Tapai bagaimana kita nak tahu puasa orang dulu-dulu. Adakah puasa mereka sama dengan puasa kita sekarang. Dalam Quran tidak ada dijelaskan puasa orang dulu-dulu, cuma satu ayat sahaja yang menyebut tentang puasa iaitu dalam ayat 19:26. Maka makan dan minumlah, dan gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun. Inilah yang dilakukan oleh maryam.

 

Daripada ayat tersebut seolah-olah beritahu kepada kita bahawa puasa itu sebenarnya menahan diri daripada bercakap dan bukannya menahan diri daripada makan dan minum.

 

Ini bertentangan pula dengan ayat 2:187...Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid...

 

Tujuan saya bukanlah nak menafikan puasa yang kita amalkan sekarang tetapi mahukan pekara ini lebih jelas, supaya kita dapat memilih yang terbaik.

 

Sekian


Salamun alaikum,

Entah kerana apa dia mengatakan "puasa kita adalah sama dengan puasa orang-orang terdahulu". Walhal, Allah menyatakan "dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu". Bermaksud, kita disuruh berpuasa sebagaimana orang-orang sebelum kita disuruh berpuasa.

Kemudaian dia berkata "Dalam Quran tidak ada dijelaskan puasa orang dulu-dulu". Kata-kata itu (maaf) seperti orang buta yang tidak membaca al-Qur'an (tapi guna nama bacaanquran@gmail.com) kerana al-Qur'an ada menyebut tentang orang-orang dahulu yang tidak dibenarkan menyentuh isteri sepanjang bulan puasa sementara kita dibenarkan pula buat demikian pada malam hari.

Oleh kerana baginya puasa harus sama dengan orang-orang dahulu maka puasa hanya menahan diri daripada berkata-kata, atau puasa hanya dengan membisukan diri sahaja. Dalil dikemukakannya ialah ayat 19:26. Mari kita lihat konteks ayat tersebut:

"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia (Mariam) berkata, 'Aduhai, sekiranya aku sudah mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan!'

 

Tetapi apa yang di bawahnya memanggilnya, 'Tidak, janganlah kamu bersedih; sesungguhnya Pemelihara kamu adakan di bawah kamu sebuah anak sungai.
Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.

 

Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah (berdingin mata); dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

 

Kemudian dia datangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, 'Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang aneh!
Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu perempuan jalang.'

 

Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, "Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil?"

 

Berkata (Isa), 'Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia beri aku al-Kitab, dan jadikan aku seorang Nabi.'" (19:23-30)

Setelah melihat ayat-ayat di atas dapat difahamkan iaitu:

Seterusnya jika kami mengandaikan orang-orang dahulu berpuasa seperti disebut ayat di bawah, jangan pula ada orang yang menafikannya tanpa bukti, atau berkata sesuka hati bahawa ayat-ayat Allah itu bertentangan antara satu sama lain:

"Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam" (2:187)

Lagi yang menarik perhatian kami ialah kenyataan berbunyi, "Tujuan saya bukanlah nak menafikan puasa yang kita amalkan sekarang" .... (maaf) sehingga di sini sahaja kali ini; dengan izin Allah, kami akan menyambungkan penghujahan esok.

 

Salam.

 

6 Januari 2009

 

Sambungan

 

Salamun alaikum,

Bayangkan dunia orang Islam dalam bulan Ramadan yang membisu pada waktu siang sambil sibuk menjalankan tugas harian masing-masing! Itukah Yang Bijaksana mahukan daripada hamba-hamba yang mentaati-Nya?

 

Kalau setelah bertungkus lumus sediakan hujah dengan dalil daripada al-Qur'an untuk menyatakan puasa itu menahan diri daripada berkata-kata, bukan menahan diri daripada makan dan minum, dan kemudian sampaikan kepada kami dengan tujuan untuk disebar - kalau tindakan itu dikatakan tidak cuba menafikan puasa yang diamalkan sekarang, maka beritahu kami, apakah niat sebenar di sebalik tindakan demikian?

 

Mungkin niatnya untuk menimbulkan keraguan lalu puasa tidak lagi jadi amalan bagi orang-orang al-Qur'an? Sungguh, kami dapati ada segolongan mereka yang tidak berpuasa lagi setelah mendengar hujah-hujah seperti diutarakan bacaanquran.

 

Beberapa hari sebelum kami terima e-mel di atas dia mengirim sepucuk e-mel untuk menafikan solat pula, seperti segolongan orang al-Qur'an yang tidak bersolat lagi. Perkara tersebut telah lama kami ketahui, sebagaimana kami tahu tentang puasa, dan ritual lain, dan tentang babi yang mereka katakan perkataannya tidak terdapat di dalam al-Qur'an tetapi hanya rekaan para ulama sahaja, lalu segolongan orang al-Qur'an didapati makan babi di khalayak ramai, contoh di restoran!

 

Kami tahu semua itu dengan hujah-hujah mereka, dan jika ada yang mengirim kepada kami mengenai salah satu daripada mereka, kami balas dengan baik sambil beri isyarat bahawa kami tidak bersetuju. Selepas itu hampir semua yang mengirim tidak menulis lagi, walaupun atas perkara bertentangan dengan kami yang lain.

 

Tapi tidak dengan dia. Setelah kami membalas dengan baik berisyarat ketidaksetujuan atas maksud solatnya, dia mengirim mengenai puasa pula (seperti di atas). Bagi kami tidakannya agak offensive. Lalu kami menulis seperti kami tulis semalam. Dan kami mohon maaf, kerana sedari bahawa kami harus mencurahkan kesabaran yang lebih banyak lagi.

 

Tentang solat yang disebut-sebut itu, berikut adalah hasil karyanya (yang ditelan bulat-bulat daripada orang lain):

 

From: mohd abdullah <bacaanquran@gmail.com>
Date: 2010/1/2
Subject: Lagi Mengenai Solat.
To:
ebacaan114@gmail.com



Salam Tuan,

 

Di sini saya sekali lagi bangkitkan tentang solat. Apakah sebenarnya solat pada pandangan tuan? Adakah solat itu satu ritual seperti berdiri, tunduk dan sujud pada masa-masa yang ditetapkan seperti awal pagi , lewat petang dan awal malam ataupun ianya merupakan satu komitmen atau tanggungjawab harian kita kepada Tuhan dan kepada masyarakat? Kenapa saya bertanya demikian? Sebabnya ialah kalau kita gantikan perkataan solat dalam ayat dengan perkataan komitmen atau tanggungjawab, ia nya juga bertepatan.

 

Saya ambil satu contoh ayat iaitu 17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

 

Ayat tersebut tidak salah rasanya kalau kita terjemahkan demikian," Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam komitmen atau tugas atau tanggungjawab kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.

 

Apabila kita tukarkan kata solat kepada komitmen, tugas atau tanggungjawab, ia tidak terikat kepada ritual solat. <dipadam>

 

Dengan demikian ..."Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu..." bukanlah merujuk kepada bacaan dalam solat seperti yang kebanyakan kita amalkan kini.

Apa pendapat tuan, maaf kalau saya silap. Mohon pencerahan daripada Tuan.


Sebelum kami mencurahkan pencerahan, ingin memaklumkan iaitu kami telah memadam sebahagian daripada kandungan dan mengasarkan beberapa patah perkataan.

Kami pilih untuk menakung perkataan melantangkan terlebih dahulu. Untuk tujuan itu kami ceduk ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan tersebut atau jahara dalam bahasa asal kecuali 17:110 yang telah dipancarkan tadi. Perkataan yang berkaitan dengannya ditimbulkan bersama. Ayat-ayat yang dimaksudkan seperti berikut:

"Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah Mendengar, Mengetahui." (4:148)

"Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa (diri) kamu, dengan rendah diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Jangan kamu jadi di kalangan orang-orang yang lalai." (7:205)

"Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian, sesungguhnya Dia tahu rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi." (20:7)

 

"Sesungguhnya Dia tahu ucapan yang dilantangkan, dan Dia tahu apa yang kamu sembunyikan." (21:110)

 

"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah naikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak jadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak sedar." (49:2)

 

"Kecuali apa yang Allah hendaki; sesungguhnya Dia tahu perkataan yang dilantangkan, dan apa yang disembunyikan." (87:7)

Maka dalam bahasa Tuhan, perkataan lantang adalah berkait rapat dengan perbuatan ucapan atau sebutan bagi perkataan-perkataan atau juga suara. Lantaran itu, janganlah ikut tuhan-tuhan lain yang beri maksud berlainan daripada-Nya.

 

Kembali kepada maksud yang diutarakan oleh bacaanquran lalu menyebut apa yang dikatakannya berbunyi, "Dan jangan kamu lantangkan dalam komitmen atau tugas atau tanggungjawab kamu".

 

Apakah maksudnya? Apakah maksud sebenar komitmen atau tugas atau tanggungjawab itu? Jika dipakai maksud seperti yang Tuhan ajar ia akan berbunyi, "Dan janganlah kamu melantangkan ucapan/perkataan/suara dalam komitmen atau tugas atau tanggungjawab kamu". Bagi kami maksudnya sangat kabur, walhal al-Qur'an itu jelas, kata Tuhan.

 

Kami tidak bercadang untuk menyimbah sebarang kekaburan atau kekeliruan yang akan berlaku apabila perkataan solat ditukar kepada komiten/tugas/tanggunjawab pada ayat-ayat lain yang mengandungi perkataan tersebut. Perbuatan itu akan memanjangkan lagi tempoh kekeruhan yang berlaku.

 

Maksud yang diutarakan oleh bacaanquran itu akan menarik kepada kepercayaan iaitu dalam Islam-Qur'an tidak ada sebarang ritual. Itu pilihan sendiri yang kami tidak hiraukan, tapi janganlah selalu mengetuk pintu kami dengan tegas mengenainya, sambil mengetahui benar daripada tulisan-tulisan kami di sini bahawa pegangan kami tidak serupa, kerana lazimnya kami sibuk dengan urusan yang jauh lebih baik daripada bertelingkah dengan orang lain. Harap dapat difahamkan.

 

Terima kasih.

Salam.

 


7 Januari 2010

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman