Makanan: Ikan yang diketuk kepala
From: tj.tokjanggut
Date: 2010/1/1
Subject: Makanan Satu Pendapat
To: e-bacaan <ebacaan114@gmail.com>
Salam,Saya ingin mengemukan satu pesoalan lagi tentang makanan. Minta maaf kalau dah ada dalam laman ni, mungkin saya belum menemuinya. Merujuk kepada ayat di bawah,"Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. ....... Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (5:3)
Yang saya nak sentuh di sini ialah berkaitan dengan bangkai, yang dicekik dan yang dipukul.
1) Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bangkai. Adakah ikan(besar atau kecil) yang mati dianggap sebagai bangkai?
2) Saya ke pasar beberapa hari yang lalu, banyak orang menjual ikan haruan yang besar-besar, maklumlah bulan 12 ni banyak ikan darat(istilah kepada ikan haruan, keli, sepat dan sebagainya). Ada yang sampai beratnya 2 kilo seekor. Masalahnya mereka matikan ikan tersebut dengan cara memukul atau mengetuk kepala ikan tersebut dengan kayu sehingga ikan itu mati dan ada juga yang mematahkan leher ikan tersebut. Adakah istilah itu boleh disamakan dengan yang dicekik atau yang dipukul seperti dalam ayat Allah? Maaf kalau soalan saya ni bodoh sikit.
Sekian terima kasih
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Bagi kami, ayat 5:3 adalah mengenai binatang/haiwan darat yang darahnya harus dibuang sebelum dimakan. Darah seperti itu adalah haram dimakan. Cara lazim untuk keluarkan darah ialah dengan menyembelih haiwan berkenaan.
Sebahagian daripada ayat tersebut berbunyi "dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut". Fokus kepada frasa "kecuali kamu korbankannya dengan patut" di mana perkataan mengorbankannya, pada hemat kami, bermaksud menyembelihkannya atau keluarkan darah.
Justeru, haiwan yang dicekik, dipukul, ditanduk, yang jatuh lalu mati, atau yang dimakan binatang buas boleh dimakan setelah disembelih, atau sebelum ia jadi bangkai. Satu daripada tanda bagi bangkai ialah baunya busuk.
Lantaran itu ikan, atau haiwan laut, yang diketuk kepala atau leher dipatah, untuk mematikannya tidak termasuk dalam persoalan di atas, lalu tidak haram dimakan, kerana ia tidak disembelih untuk keluarkan darahnya, seperti haiwan darat. Haiwan laut tidak berdarah seperti haiwan darat.
Sekian pendapat kami.
Salam.
6 Januari 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman