Teman yang dipercayai

 

From: UNCLE SEEKERS <uncleseekers@gmail.com>
Date: 2009/12/7
Subject: Qaren (Teman yang dipercayai) dan syaitan?
To:
ebacaan114@gmail.com



Salamun alaikum,
Tuan Pengurus Laman
Semoga Tuan Pengurus sentiasa berada di dalam pemeliharaan Allah dan berbahagia bersama keluarga hendaknya serta
Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah

Saya baru terjaga dari tidur kerana bermimpikan ayat dibawah tentang teman yang dipercayai atau qaren seperti yang sering diperkatakan umum.

Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai (43:36)


Pada pemahaman saya yang daif ini, saya merasakan jika seseorang itu 'dengan sengaja' membutakan diri daripada 'peringatannya' akan ada jin yang perangainya tidak elok, akan diutuskan jadi sahabat kepada setiap individu sebagai rujukan & sentiasa menghasut kita. (Maaf, kerana saya hanya membaca sebahagian ayat surah diatas tanpa pemahaman ayat sebelum dan selepasnya) Setiap individu dimuka bumi ini pasti kadangkala dengan sengaja (kebanyakannya) atau alpa (lalai, kurang mengendahkan - kamus dewan edisi keempat 2005) tentang perintahnya.

Bagaimana pendapat saudara dan teman-teman seperjuangan sekiranya kita mencelikkan mata keatas beberapa peringatan dan membutakan sebahagian peringatannya?

Sedangkan Nabi dan Rasul juga tidak terlepas tetapi Allah bantu.
"Kami tidak utus seseorang Rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan lemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah hapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah tentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana." (
22:52)


Saya juga sempat membaca secara rawak tentang info syaitan di
http://www.e-bacaan.com/artikel_syaitan.htm dan ianya sangat beri manfaat. Terima kasih

Sebagai seorang pengkaji paranormal sejak 2003 sehingga tarikh diatas, saya menyimpan sebaik-baiknya tidak kurang 200 pita rakaman imej paranormal yang berjaya dirakam. Selain dari itu banyak ribuan foto atau rakaman video tentang paranormal ini boleh disaksikan dengan mudah dalam youtube atau laman sesawang yang berkaitan dengan paranormal (ada juga yang di tafsirkan sebagai sahih imej tersebut dan ada juga tangan-tangan yang nakal telah mengubahsuainya).

Kadangkala saya terfikir adakah imej ini adalah Jelmaan Jin yang
1. Bodoh? - Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan (72:4)
2. Salih? - Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan.(72:11)
3. Muslim? - Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati (72:14)

yang berjaya dirakam ini. (Menurut kajian dan pengalaman team kami, ada diantara mereka tidak sedar bahawa kita sedang merakam aktiviti mereka dan yang paling lama imej yang berjaya dirakam adalah 54 saat satu lembaga hitam setinggi lebih kurang 12 kaki dan keluarkan suara yang tidak difahami dan jadi api akhirnya) Adakah dikalangan mereka ini sengaja membiarkan jelmaan mereka dirakam atau tidak sengaja terakam dan apa tujuan mereka buat demikian? Adakah kerana untuk menakutkan manusia atau menunjukkan kehebatan mereka?

Imej-imej mereka ini hanya berjaya dirakam manusia dalam warna hitam putih seawal abad 19 dan manusia ketika itu amat teruja!
Apabila zaman berubah tika ini, imej-imej jelmaan mereka semakin banyak dalam bentuk warna dan manusia juga semakin teruja!
Bagaimana 30 tahun lagi?

Kalau setiap manusia diberikan satu teman yang dipercayai dikalangan mereka untuk menyesatkan kita sekiranya kita membutakan mata , bagaimana pula ada lagi beberapa gangguan jelmaan lain? Siapa dan apa tujuan mereka?

Disini saya sertakan satu imej untuk dikongsi bersama untuk renungan. Imej ini dirakam tahun 60an diKedah. Kalau diperhatikan imej dua individu agak kabur tetapi jelmaan tersebut tetap jelas.

Mohon diizinkan pihak pengurus laman memaparkan imej tersebut untuk dapat pandangan teman-teman.

Sekian pendapat saya dan sila perbetulkan jika ada kekurangan dan kesilapan

Salam
Uncleseekers


Salamun alaikum,

Pertama, kami mohon maaf atas kelewatan menerbitkan kiriman yang menarik daripada US yang telah buat kajian tentang satu makhluk daripada alam ghaib. Di samping itu kami ingin ucapkan terima kasih kepada beliau atas kiriman tersebut yang berniat untuk berkongsi pengalaman. Sekali lagi, terima kasih US.

Kedua, atau memohon maaf kali kedua, kerana tidak dapat menyelitkan gambar seperti yang disebut di atas. Entah ke mana ia pergi semasa kami lakukan copy and paste atas kirimannya untuk diterbitkan di sini. Pun begitu, alamat US kami paparkan supaya sesiapa yang berminat boleh terus berutus dengan beliau. Kami harap US bersetuju dengan tindakan ini.

Selain golongan jin yang boleh jadi qaren, kami percaya sahabat US juga setuju bahawa golongan manusia juga boleh dimasukkan ke dalam grupnya. Kerana syaitan adalah daripada golongan jin dan manusia.

Surat di atas adalah antara beberapa yang kami terima semasa kami bercuti daripada menulis pada bulan lepas. Surat-surat lain akan diterbitkan kemudian, dengan izin Allah.

Sehingga berjumpa lagi, Terima Kasih.

Salam.


2 Januari 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman