Tauliah

 

From: janggutputih
Date: 2009/11/23
Subject: Tauliah.
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun'alaikum Tuan yang dihormati.

Berdakwah perlukan 'tauliah'. Apa pendapat Tuan ?.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Subjek yang diketengahkan agak mencabar, apatah lagi apabila ia (tauliah), atau orang-orang yang harus ditauliahkan, atau pihak mana yang berkuasa mentauliahkan mereka, tidak disebut di dalam ajaran agama Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an.

Maka sistem tauliah hanya diadakan oleh pihak tertentu untuk melindungi kepercayaan dan kuasa mereka dalam urusan agama. Dengan kewujudan sistem itu, kepercayaan pihak berkenaan diragui akan kebenarannya, kerana nyata bertentangan kehendak Allah yang mahu manusia diberi kebebasan untuk mendengar semua pandangan dan pilih mana yang paling baik. Dengan buat demikian juga, manusia dihalang daripada dapat petunjuk yang benar. Demikianlah difahamkan daripada firman Allah berbunyi,

"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda." (39:18)

Bagi orang-orang yang berdakwah pula, mereka harus sampaikan ayat-ayat Allah sahaja, seperti para Rasul yang Dia tauliahkan (sekiranya mahu guna perkataan ini). Ayat-ayat berikut menerangkan,

"Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu kerana, jika kamu tidak buat, tidaklah kamu sampaikan Mesej-Nya." (5:67)

"Adalah hanya atas Rasul untuk sampaikan," (5:99)

Dan mereka harus terdiri daripada orang-orang yang tidak mengambil upah dalam sampaikan ayat-ayat atau ajaran agama Allah, juga seperti semua Rasul termasuk Nabi Muhammad. Firman Allah,

"Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka kami beri Kitab, dan Putusan, dan Kenabian..... Mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk; maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah, 'Aku tidak minta kepada kamu upah untuknya; ia hanyalah satu peringatan untuk semua alam.'" (6:89-90)

"Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu.'" (34:47)

Sebab tidak meminta atau menerima upah dalam sampaikan ajaran agama ditetapkan Allah di dalam ayat berbunyi,

"Ikutlah orang yang tidak minta upah kepada kamu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar." (36:21)

Justeru, pendakwah yang menerima upah dalam agama tidak harus diikuti kerana tidak dapat petunjuk yang benar. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya mereka berleluasa dalam alam dakwah! Tidakkah manusia yang mendengar dan menerima ajaran mereka akan turut bersama tidak dapat petunjuk yang benar?

Oleh demikian, sekiranya sistem tauliah ingin diadakan juga oleh pihak berkuasa, demi keselamatan dan kesejahteraan orang ramai terutama mereka yang malas membaca tapi suka mendengar cakap orang, maka bakal penerima surat tauliah harus memenuhi dua syarat sahaja:

Dengan syarat-syarat itu, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai - dunia dan akhirat - dapat diberi sebaik peluang, dengan izin Allah. Bagi pihak berkuasa pula harus tidak adakan hukuman atas kesalahan melanggar syarat-syarat tersebut tetapi teguran yang baik, yang boleh disiarkan untuk pengetahuan umum.

Sekian pendapat kami. Terima kasih.

Salam.
 

26 Nov 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman