Tayamum: Debu Tanah Yang Baik

 


From: husmali
Date: 2009/11/23
Subject: Tayamum: Debu Tanah Yang Baik
To: e-bacaan <ebacaan114@gmail.com>


Salaamun alaikum,
Tuan Pengurus Laman
 
Semoga Tuan Pengurus sentiasa berada di dalam pemeliharaan Allah dengan penuh ketenangan dan kebahgiaan.
Alhamdulillah atau Allah disanjung serta terimakasih di atas pandangan Tuan yang berdasarkan Quran berkenaan merai'kan kemenangan dalam perjudian.
 
Diharap tidaklah pula jadi suatu keberatan untuk Tuan Pengurus berkongsi pendapat berkenaan debu tanah yang baik yang digunakan di dalam melaksanakan perintah bertayammum bila tidak dapat air.  Ini didapati sebagaimana di dalam Bacaan:
 
4:43  ...Dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik...
5:6   ... maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik...
 
Frasa debu tanah itu asal perkataan Arabnya ialah sa i' dan.
Perkataan yang baik itu asal perkataan Arabnya ialah Thoiyiban
 
Sai'dan
Kemudian saya periksa perkataan sai'dan dengan The Roots Project List kepada huruf-huruf Shad, Ain, Dal melalui AlQuran Word Concordance, untuk perkataan sai'dan dan erti seperti di bawah ini diberikan:
 
(dust, soil, earth, surface of earth, barren soil, elevated land.)
 
Lalu saya meneliti pula erti-erti perkataan di dalam beberapa kamus dan dictionary dan menemukan definasi-definasi sebagai berikut:
 
Sai'dan:         Dust (AlQuran Word Concordance)
Dust:            Fine particles powder of earth or other matter (Collins New Gem Dictionary)
Dust:            Finely powdered earth (Kamus Dewan - English Malay Dictionary)
Debu:           Tanah kering atau bahan lain dalam bentuk serbuk halus yang menetupi bumi (Kamus Dewan)
Kaolin:          White earthly mineral clay
 
Yang paling menarik hati, ialah tentang bagaimana bedak atau powder itu diperbuat.  Sebahgian besarnya diperbuat daripada bahan bumi yang dikenali sebagai talcum atau kaolin atau tanah liat putih (white clay).
 
Kemudian Wikipedia Encyclopedia beri penjelasan yang agak terang berkenaan body powder atau talcum powder seperti di bawah ini:
 
Body powder is the generic name for alternatives to talcum powder.  It is usually made from a combination of tapioca flour, rice flour, cornstarch, kaolin, arrowroot powder, and/or orrisroot powder, but other powder may be used.
 
Selanjutnya apatah lagi, kekata talc adalah diperoleh daripada kata Arab "talq".  Demikianlah keterangan yang didapati daripada Wikipedia Dictionary.
 
Dengan keterangan yang serba ringkas ini, saya ingin mengemukan pendapat saya bahawa tayamum boleh dilakukan dengan bedak biasa selain daripada debu-debu yang sengaja disediakan dan dijual di toko-toko untuk tujuan tayamum.
 
Thoiyiban
Ini disebabkan bedak-bedak yang terdapat di pasaran biasanya diperbuat daripada bahan-bahan bumi yang telah melalui proses pensucian dan pendebuan untuk menjadikannya bermutu, baik dan selamat digunakan.
 
Lagipun, biasanya ia mudah didapati daripada isteri, anak perempuan dan adik beradik perempuan kita yang memang selalu menympannya di dalam tas mereka.  Ia mudah dan ringkas untuk digunakan lagi berbau harum.  Ini memang sesuai digunakan di dalam kenderaan bas, keretapi, kereta dan kapal terbang.  Dan ini bersesuaian pula dengan standard kebersihan yang tinggi yang dituntut oleh Islam.
 
Pohon maaf dengan isi kandungan yang agak panjang ini dan studi yang tidak begitu mendalam serta bahan-bahan rujukan yang tidak menyeluruh.  Namun, diharap semoga sudilah Tuan Pengurus buat koreksi dan tambahan dan kupasan selanjutnya yang bermanfaat berdasarkan Quran juga.
 
Terimakasih.  Semoga dirahmati Allah.
Allah disanjung!  


Salamun alaikum,

Terima kasih atas input mengenai tayamum yang dianggap baik. Kini ia dikongsi dengan para pembaca pula. Pun begitu, beberapa keraguan terbit di kepala dan dengan rasa rendah diri disuratkan di sini.

Bagi kami ayat yang disebut - "Dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik" (4:43) - mungkin dituju kepada kawasan yang tiada air, di mana buminya kering, dan kerana kekeringan, permukaan bumi yang bertanah jadi berdebu. Daripada debu itulah diminta pertolongan dalam pembersihan untuk melakukan solat oleh seseorang. Seolah kelihatan dia berada dalam perjalanan dan sedang melintasi sebuah kawasan gurun atau kawasan tiada air.

Andaian itu dibuat kerana adanya frasa Dan kamu dapati tiada air pada ayat tadi.

"Dalam perjalanan" didapati tertulis antara beberapa keadaan yang membolehkan seseorang lakukan tayamum. Keadaan-keadaan lain yang dimaksudkan dapat dibaca daripada ayat sebelum tadi, berbunyi "tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah..."

Selain gurun, ayat boleh disesuaikan dengan kawasan dilanda kemarau. Dan debu tanah yang baik diperoleh tanpa susah payah. Secara am, keadaan begini tidak berlaku di negara kita. Alhamdulillah.

Mengenai talcum atau talc seperti disebut sebagai bahan tayamum, ia adalah sejenis batu, dan ada pula yang mengatakan batu paling lembut di dunia.

Berikut adalah sebahagian daripada penjelasan mengenainya daripada halaman http://en.wikipedia.org/wiki/Talc. Perkataan rocks kami kasarkan demi ketegasan. Gambarnya juga dipamerkan di bawah:


"Talc is a metamorphic mineral resulting from the metamorphism of magnesian minerals such as serpentine, pyroxene, amphibole, olivine, in the presence of carbon dioxide and water. This is known as talc carbonation or steatization and produces a suite of rocks known as talc carbonates."


 

 

 

 

 

 

 


A block of talc


Oleh kerana talcum sejenis batu atau rock maka, pada hemat kami, ia bukan debu tanah seperti disebut Allah.

Selanjutnya, kami ingin menyentuh mengenai powder talcum pula, yang tidak berbentuk semula jadi seperti debu tanah. Telah tersiar di sebuah akhbar tempatan tidak berapa lama dahulu menyatakan antara powder tersebut terdapat yang mampu menyebabkan kanser. Di halaman wikipedia tadi terdapat penjelasan yang sama, berbunyi,


"Several studies have established preliminary links between talc and pulmonary issues, lung cancer, skin cancer and ovarian cancer. This is a major concern considering talc's widespread commercial and household use. In 1993, a US National Toxicology Program report found that cosmetic grade talc caused tumours in rats (animal testing) forced to inhale talc for 6 hours a day, five days a week over at least 113 weeks, even though it contained no asbestos-like fibres. Scientists have been aware of the toxicity of talc since the late 1960s, and in 1971 researchers found particles of talc embedded in 75 percent of the ovarian tumors studied. However, the U.S. Food and Drug Administration (FDA) considers non-asbestiform talc, that is, talc which does not contain potentially carcinogenic asbestiform amphibole fibers, to be generally recognized as safe (GRAS) for use in cosmetics."


Maka terdapat perbezaan pendapat. Namun, ikhtiar mencari maksud sebenar bagi debu tanah yang baik sangat dialu-alukan, kerana bagi kami juga, ia mungkin tidak bermaksud seperti secara literal yang kami hujahkan di sini.

Terima kasih.

Salaam.

25 Nov 2009

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman