Seruan kepada Haji dan Pentadbiran

 

From: rajamaca
Date: 2009/11/18
Subject: seruan haji
To:
ebacaan114@gmail.com


Salam.

Semuga tuan di rahmati.Saya ada kemusykilan berkenaan Haji.Setelah amati ayat ayat ini

22:27. Dan serulah manusia
kepada Haji, dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas
tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang
dalam,
22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada
manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui
pada haiwan ternakan yang
Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya,
dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

Tuan,

Ayat di atas biasanya digunakan oleh para ulama sebagai dasar adanya perintah untuk laksanakan ibadah haji ke Mekah dan di mana haji merupakan salah satu rukun Islam yg hanya mutlak atau tertaluk pada orang orang islam sahaja.

Pemahaman tersebut bagi saya tidak melandaskan seruan ayat 22:27.(pendapat saya) Ayat itu mengingat seruan haji ditujukan kepada umat manusia, tidak khusus hanya kepada orang-orang beriman/islam (berbeda dengan perintah puasa). Bererti suruhan tersebut juga berlaku kepada non-muslim selama mereka masih jadi manusia.

Menarik lagi jika diperhatikan bahwa seruan tersebut adalah "BILHAJI" yg bererti "KEPADA HAJI". Sehingga jadi "berserulah kepada manusia KEPADA HAJI".

Mohon Pencerahan

Salam.
Allah di Sanjung.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kesudian menulis lagi kepada kami untuk menampilkan buah fikiran tentang Haji.

Kami setuju bahawa kawasan yang melibatkan Haji harus dibuka untuk semua manusia yang ingin menghormatinya berdasarkan sebuah lagi ayat berbunyi,

"Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih." (22:25)

Di samping itu kami berpendapat kawasan tersebut harus ditadbir oleh sebuah badan antarabangsa, supaya pengurusan jadi terbuka kepada semua kaum dan pelbagai fahaman dalam Islam, tidak seperti sedia ada yang terhad kepada sesuatu kaum dan sesuatu fahaman sahaja.

Badan tersebut akan jadi pusat penyebaran al-Qur'an, tempat diadakan perjanjian termasuk perjanjian dengan orang-orang yang sekutukan, atau non-muslim, seperti disebut ayat 9:7, dan sebagainya. Pendek kata, ia jadi umpama pusat Islam sedunia.

Kawasan dimaksudkan mungkin seperti ditunjuk di dalam peta berikut:

 

Perjalanan dilalui orang Haji dewasa ini

http://en.wikipedia.org/wiki/Hajj


Juga, tidak harus dilupakan ialah ayat mengenai melarang orang-orang yang sekutukan daripada mendekati Masjidil Haram berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana." (9:28)

Itu agak sukar dilaksana tapi buat permulaan, sebagai contoh, ialah penutupan kawasan Jamraat yang pernah dilanda kemalangan. Maaf jika tersinggung.

Sekian, terima kasih.

Allah disanjung!

20 Nov 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman