Menutup Aurat: Tunjuk Bukti

 

From: rugayah bte haron <ruqyahadhara138@yahoo.com.my>
Date: 2009/10/24
Subject: kenapa tak sebut sahaja ALLAH SUBHANALLAH TA`ALA.
To:
ebacaan114@gmail.com


 

Sesungguhnya bukan hanya satu sahaja ayat al-quran yang menyuruh wanita menutup aurat. Anda perlu terokainya lagi dan lagi dan  pelajarinya dgn org yg lbh alim. Bkn hanya berdasarkan pemahaman sendiri dan bukan berdasarkan terjemahan semata-mata. W`salam


Salamun alaikum,

Terima kasih atas kirimanan mengandungi dua perkara menarik perhatian, bukan sahaja perhatian kami malah perhatian orang lain juga.

Pertama ialah soalan yang tercatat di ruangan Subject di atas berbunyi, "kenapa tak sebut sahaja ALLAH SUBHANALLAH TA`ALA".

Kami tidak menyebutnya kerana pujian tersebut tidak diajar dalam agama Allah yang berpandukan Kitab al-Qur'an. Kitab itu mengandungi kalimat-kalimat yang jelas dan sekiranya di-scan untuk mencari frasa tersebut tentu mesej yang diterima berbunyi not found atau tidak dijumpai.

Kerana ia tidak ada, sekali gus tidak termasuk dalam ajaran agama Allah, sementara al-Qur'an itu dikatakan-Nya benar dan sempurna, maka kami tidak memakainya dalam amalan agama kami.

Sesungguhnya kami memandang serius perkara-perkara tidak diajar Tuhan yang dijadikan amalan agama, apatah lagi jika perkara-perkara itu dikatakan pula terdapat disebut beberapa kali di dalam Kitab ajaran-Nya.

Seperti sebuah kenyataan di dalam e-mel di atas berbunyi "Sesungguhnya bukan hanya satu sahaja ayat al-quran yang menyuruh wanita menutup aurat." Kenyataan itu adalah perkara kedua yang menarik perhatian.

Bercakap sewenang-wenang mengenai kandungan al-Qur'an mungkin dibenarkan dalam agama selain agama Allah, tetapi bagi kami, yang menuruti ajaran-Nya, berhak pula meminta bukti atas kenyataan tersebut.

Sungguh, meminta bukti umpama itu merupakan ajaran Allah. Justeru, kami minta ditunjukkan ayat-ayat al-Qur'an mengenai yang menyuruh wanita menutup aurat, seperti didakwa. Andaikata agama anda melarang menggunakan terjemahan maka kami hanya minta disebut nama atau nama-nama Surah dan bilangan ayat-ayatnya sahaja. Supaya kami dapat melihat sendiri serta memahami mesejnya.

Dan kami memohon supaya ayat-ayat yang telah diguna di laman web ini atas perkara yang sama tidak disebut lagi dalam sebutan ayat-ayat yang diminta itu. Sebab sudah jelas mereka tidak mempunyai kaitan dengan hal menutup aurat yang difahamkan agama anda.

Untuk menyenangkan sedikit kerja mencari ayat-ayat berkenaan, kami telah pun scan kalimat aurat di dalam al-Qur'an, dan ayat-ayat yang mengandunginya juga sudah (lama) diterbitkan. Mereka dapat dibaca di bahagian Kalimat Pilihan, dan maaf, kerana mereka hanya dalam bentuk terjemahan. Kalau tidak mahu membacanya, maka catat sahaja bilangan ayat-ayat, dan kemudian bacalah daripada al-Qur'an bahasa Arab, supaya hasrat Allah untuk Kitab-Nya difahami dapat disempurnakan.

Mungkin ayat-ayat tidak berada di situ tetapi di tempat lain di dalam al-Qur'an. Jika begitu, menunjukkan juga kepada kami supaya pendirian kami dapat dianjak.

Akan tetapi, jika anda tidak dapat buat demikian maka ketahuilah bahawa anda telah mengadakan dusta terhadap Allah dengan berkata "Sesungguhnya bukan hanya satu sahaja ayat al-quran yang menyuruh wanita menutup aurat." Mengadakan dusta terhadap-Nya adalah suatu yang amat berat dalam agama-Nya.

Dalam agama-Nya juga dinyatakan iaitu apabila seseorang dimasukkan ke dalam neraka dia tidak akan keluar darinya. Dia berada di situ buat selama-selamanya.

Lantas, fikir dan fahamkanlah!

Terima kasih.

 

26 Oktober 2009

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman