Kitab Sebelum

 


From: yj.msteen
Date: 2009/10/14
Subject: Baina yadaihi
To:
ebacaan114@gmail.com

 

Salamun alaikum.

 

Semoga saudara, keluarga dan sahabat-sahabat dirahmati Allah.

Kebiasaannya perkataan “bayna yadayhi” (بين يديه) di dalam Al-Quran diterjemahkan kepada “yang sebelumnya” termasuklah di dalam Bacaan.

 

Cuba kita ganti dengan terjemahan terus dari kamus iaitu “bayna yaday hi” di terjemahkan kepada “diantara tangannya” atau dalam bahasa Inggeris “between his hand”. (maaf jika salah)

Ini menunjukan bahawa sebuah Al-Quran yang lengkap telah pun berada ditangan Nabi Muhammad.

 

-------------------------

 

2:97. Katakanlah (Muhammad), "Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa diantara tangannya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin."

 

3:3-4. Dia turunkan kepada kamu al-Kitab dengan yang benar, mengesahkan apa diantara tangannya, dan Dia turunkan Taurat dan Injil, sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan Dia turunkan Pembeza. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka, azab yang keras; dan Allah Perkasa, Pendendam.

 

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, dan mengesahkan apa diantara tangannya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.

 

35:31. Dan apa yang Kami wahyukan kamu daripada Kitab adalah yang benar (al-haq), mengesahkan apa diantara tangannya; sesungguhnya Allah sedar, melihat hamba-hamba-Nya.

 

46:30. Mereka (jin-jin) berkata, "Wahai kaum kami, kami telah dengar sebuah Kitab yang diturunkan selepas Musa (kitab selepas Musa iaitu Injil dan Al-Quran), mengesahkan apa diantara tangannya, beri petunjuk pada yang benar  (al-haq) dan pada jalan lurus.

 

Maaf sekiranya terjemahan saya salah. Harap betulkan.

 

Salamun 'alaikum.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi tampil ke muka, membawa suatu yang kami gemari iaitu kandungan al-Qur'an, atau lebih tepat, mecari maksud sebenar bagi sesuatu kandungannya, demi pencerahan bagi para pembaca. Oleh itu kedatangan saudara dialu-alukan.

Tujuan kami menulis bukan untuk membetulkan tetapi untuk kemukakan pandangan sahaja. Sebab bahasa itu hidup, berkembang, seperti makna perkataan yang tidak terhad kepada satu sahaja, dan sebagainya.

Daripada Concordance (Kassis, 1983) frasa yang disebut di atas disenaraikan di bawah perkataan tangan, atau hand, dalam bahasa Inggeris. Dan frasa tersebut dimaksudkan kepada before (sebelum) atau in front of (di depan), ditulis seperti berikut:

yad (dual yadan; plural aydi) - hand;
(bayna yaday) before, in front of

Mungkin ciri serupa itu berlaku pada beberapa perkataan al-Qur'an lain, seperti dalam bahasa Melayu, di mana apabila disebut ke sungai kecil tidak bermaksud pergi ke sebuah anak sungai.

Kami berhenti di situ kerana bukan itu yang kami ingin beri pendapat. Kami melihat kepada perkataan di antara atau in between. Ia bermaksud dalam lingkungan atau di kalangan.

Justeru frasa di antara tangannya yang diguna untuk mengganti sebelumnya bermaksud dalam lingkungan tangannya atau di kalangan tangannya. Juga bermaksud tangan seseorang, dan tangan itu jamak.

Dengan demikian maksudnya, pergi pula kepada salah satu daripada ayat yang dicatat di atas. Kami pilih ayat berikut:

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, dan mengesahkan apa diantara tangannya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.

Ayat menyebut, dengan ringkas, tentang sebuah Kitab yang diturunkan, yang mengesahkan apa di antara tangannya. Timbul pertanyaan, apakah Kitab yang diturunkan itu, dan apa pula yang ada di antara tangannya (tangan Nabi Muhammad) yang disahkan oleh Kitab tersebut?

Kita faham bahawa Kitab yang diturunkan itu ialah al-Qur'an. Apa pula yang ada di antara tangan Muhammad yang disahkan oleh al-Qur'an?

Dan kita selanjutnya difahamkan iaitu di tangan baginda tidak terdapat sebuah kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan, menurut ayat-ayat berbunyi,

"Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)

"Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan; tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu beri petunjuk pada jalan lurus," (42:52)

Justeru, pendapat kami atas bayna yadayhi yang terdapat di dalam ayat 6:92, sebagai contoh, kekal seperti yang sedia ditulis iaitu,

"Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka." (6:92)


Terima kasih.

Salam.

 

15 Oktober 2009

 


Dikemaskini untuk memuatkan respon seperti di bawah:


From: yj.msteen
Date: 2009/10/16
Subject: Bayna yadaihi
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamun 'alaikum.

Semoga saudara, keluarga dan para sahabat dirahmati oleh Allah.

Saya amat berbesar hati dan amat berterimakasih atas respon saudara. Jawaban saudara amat bernas dan tepat sekali.

Sekali lagi saya ucapkan ribuan terimakasih dan semoga saudara teruskan perjuangan saudara.

Salamun 'alaikum

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Semoga saudara dan keluarga dirahmati Allah jua.

Maaf atas kelewatan membalas e-mel sahabat.

Salam.
 

26 Oktober 2009

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman