Mencari Intan Asli
From: ajalilnasir
Date: 2009/10/7
Subject: Pertanyaan
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun alaikum,
Saya telah ikut hampir 4 bulan e-bacaan. Laman ini diperkenalkan kepada saya melalui seorang rakan yang pada hemat saya beliau sekarang ini salah seoraang yanag amat kuaat mengamalkan Quran. Nama saya Abd. Jalil dalam kehidupan selama 20 tahun terakhir ini saya telah melalui perkumpulan tarikat, selain mendampingkan diri dengan kumpulan tablig juga jadi pengikut yang kuat hampir 10 tahun didalam perkumpulan Jamaah Quran Hadis yang dibawa dari Indonesia. Setelah melihat pelbagai kekalutan hadis diguna pakai didalam Jamaah Quran Hadis pada awal tahun ini saya telah keluar dari perkumpulan tersebut. Kemudian dari itu saya mendampingkan diri pula dengan islam sunni Wahabi, islam ASWJ puak salafi yang berpengkalan dari mekah yang mengaggungkan Albani sebagai pakar hadis. Saya mengenali hampir kesemua tokoh2 habr dari semua kalang ini walaupun tidak pernah berjumpa.
Sebelum di temukan dengan e-bacaan saya sendiri pun sebenarnya sudah mula kehilangan kepercayaan dengan kaedah pembawakan islam oleh pelbagai gulungan ini. apabila saya ditemukan dengan e-bacaan ia seolah-olah satu lembaran baru. Yang tidak ada sebarang streotaip sama sekali. Berbeza sama sekali dengan apa yang saya pernah lalui dan amalkan selama ini. Dalam Jamaah quran hadis pengajian khusus saja sekurang2nya 2 kali seminggu, samada pengajian hadis atau alquran kaedahnya ialah memaknakan setiap perkataan. Dalam perkumpulan islam salafi juga menggunakan kaedah yang hampir serupa.
Saya berharap selepas ini saya berserta keluarga diberikan petunjuk sebenar oleh allah untuk laksanakan islam yang benar2 murni, tulin menurut kehendaknya yang boleh selamatkan saya sekeluarga didunia apatah lagi diakhirat.
Mencari intan yang asli diantara intan buatan yang juga mempunyai kekuatan yang sama.
<dipadam>
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis untuk memperkenalkan diri sambil berkongsi pengalaman. Kini diperkenalkan pula kepada sahabat-sahabat lain, yang kami percaya turut mengalu-alukan kehadiran saudara.
Petunjuk sebenar daripada Allah sudah sampai kepada saudara untuk selamatkan saudara dan keluarga di dunia dan akhirat. Maka dampingilah ia dan ikut mana yang boleh. Lama kelamaan apa yang sukar sekarang akan jadi senang. Dengan izin Allah.
Selamat menempuh dunia al-Qur'an!
9 Oktober 2009
Halaman
Utama Terkini
Perpustakaan Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim
Sudut Pelajar Senarai Penulis
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman