Hukum Islam yang mana?
From: rajamaca
Date: 2009/9/18
Subject: Hukum Islam yang mana?
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun alaikum,Ketemu lagi di akhir ramadan dengan tuan empunya laman dan sahabat sahabat seiman, semuga kita dirahmati.
Apabila saya melayari alam maya untuk mencari sumber sumber ilmiah maka saya terjumpa artikal berkenaan hukum islam (Hukum Islam yang mana?) yang akan di amal oleh umat islam dalam masa terdekat ini di sebuah negara yang majority nya adalah umat islam.Terkesan dalam hal tersebut saya dapati umat islam telah terbagi kepada dua jenis pegangan:
1. Pengikut nabi Muhammad( Yang hanya ikut Alquran)
2. Pemuja riwayat nabi Muhammad (ikut Alquran, Hadis, dan Sunnah)Sebagai manusia yang berpegang pada wahyu sahaja (Alquran) saya merasa sedih dan kecewa akan hal ini kerana tidakah mereka ulama ulama bijakpandai Alquran memikir tindakan ini bertentangan dengan wahyu tuhan!!. Mereka buat buat suatu dusta terhadap Allah atau mendusta ayat ayat Nya? Apakah mereka itu mempunyai sekutu yang adakan agama untuk mereka, sesuatu yang tidak di izinkan Allah?
Secara tidak sedar mereka telah jadi pemuja pemuja riwayat nabi Muhammad!!!
Hudud: Hukum sebat dan rejam diluluskan
Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.
Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati lakukan zina.
Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.
Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman rejam sampai mati.
“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.
Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.
SalamAllah di sanjung
Salamun
alaikum,
Ini e-mel terakhir bulan Ramadan tahun ini. Terima kasih, sahabat.
Ia membawa mesej yang tersirat ayat-ayat Allah, dan mengingatkan kami tentang bencana alam atau malapetaka yang telah merosak, menghancurkan apa yang didirikan manusia, sambil meragut berpuluh ribu nyawa mereka. Tua dan muda. Kesemuanya boleh dikatakan orang Islam.
Sangkaan mungkin telah timbul selepas tragedi, bahawa ia berlaku kerana kemurkaan Allah. Lalu hukum agama, yang telah disuratkan manusia zaman dahulu, dan tidak dipakai sebelum itu, jadi pakian utama bagi kehidupan baru mereka.
Kelihatan penderitaan diganti penderitaan, bukan diganti dengan bencana alam baru, tetapi dengan hukum agama manusia yang tidak menuruti hukum yang Allah telah tetapkan, lama sebelum diadakan hukum manusia tersebut. Tentang penderitaan, ayat berikut adalah berkaitan,
"Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang zalim." (5:45)
Penderitaan pasti tidak dapat dijauhkan akibat kezaliman yang wujud dalam kehidupan tidak menurut hukum Allah.
Semoga kita terus hidup tanpa kezaliman serupa itu. Allah disanjung!
Sekian terima kasih.
Salam.
19 Sept 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim
Sudut Pelajar Senarai Penulis
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman