Dua Tahun Mencari Makna Bulan Ramadan (2)

 


From: Mohammad Taufiq
Date: 2009/9/13
Subject: [Tanggapan] Dua Tahun Mencari Makna Bulan Ramadan
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>

 

Salamun alaykum,

saya tergerak untuk menanggapi salah satu bagian dari email Dua Tahun Mencari Makna Bulan Ramadan mengenai jumlah hari puasa di bulan Ramadhan. Saya kutipkan tanggapan pengurus laman dari email tersebut :

 

--------------------------------------------

 

Tentang frasa "hari yang terhitung" (2:184 dan 2:203 - kedua-dua ayat ini tidak menyebut 10 hari) yang diguna sebagai dalil untuk mengiakan pendapat atas puasa 10 hari, kami dapati ia juga digunakan di dalam ayat-ayat berikut dan bilangannya tidak juga disebut:

 

 

---------------------------------------

 

Saya dapatkan ayat berikut :

 

20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan memikul beban,

20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!

20:102. Pada hari trompet ditiup; dan Kami kumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat,

20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain, "Kamu tinggal hanya sepuluh."

20:104. Kami sangat-sangat tahu apa mereka kata, apabila yang terutama daripada mereka pada tarekat (jalan) berkata, "Kamu tinggal hanya sehari."

 

Saya melihat "mereka" di 2:80 dan 3:24 ada kesamaan dengan "mereka" yang tertulis di 20:103, yakni mereka menduga bahwa hanya akan berada pada "beberapa hari yang terhitung" atau mereka berbisik hanya tinggal selama 10 <dipadam>.

 

Saya minta pendapatnya, terima kasih atas perhatiannya.

 

Salam
 

Salamun alaikum,

Terima kasih kepada saudara Taufiq kerana sudi bertemu lagi. Untuk kami berselisih pendapat dengannya lagi? Bergurau saja. Sesungguhnya kami tidak suka berselisih pendapat dan menulisnya.

Terus kepada buah fikiran saudara Taufiq. Beliau menyatakan mereka yang disebut di 3:24 (untuk menyebut satu sahaja daripada dua ayat yang kami aju dalam e-mel berkenaan dan disebut di atas) berbunyi, "Itu kerana mereka kata, 'Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.' Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama mereka" (3:24) adalah sama dengan mereka disebut di dalam ayat berikut (untuk menunjukkan kami silap apabila berkata bilangan hari tidak disebut pada ayat tersebut):

20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain, "Kamu tinggal hanya sepuluh (hari)."

Perkataan hari diselitkan di dalam kurungan kerana ia, pada hemat kami, adalah maksud atau konteksnya yang sebenar, berdasarkan kandungan ayat yang menyusul, berbunyi "20:104. Kami sangat-sangat tahu apa mereka kata, apabila yang terutama daripada mereka pada tarekat (jalan) berkata, "Kamu tinggal hanya sehari."

 

Sebelum meneruskan hujah, ingin diingatkan iaitu perkara yang dibangkitkan adalah respon kepada tulisan kami yang tidak bersetuju dengan pendapat berpuasa Ramadan hanya selama 10 hari seperti diutarakan dalam e-mel berkenaan bertajuk "Dua Tahun Mencari Makna Bulan Ramadan".

 

Balik kepada perkara yang dibincangkan. Sila lihat ayat-ayat yang diutarakan beliau untuk buktikan bahawa 10 yang disebut bermaksud 10 hari di dalam Api. Kami turunkan mereka sekali lagi supaya jelas:

20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari Kiamat, dia akan memikul beban,

20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!

20:102. Pada hari trompet ditiup; dan Kami kumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat,

20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain, "Kamu tinggal hanya sepuluh."

20:104. Kami sangat-sangat tahu apa yang mereka kata, apabila yang terutama daripada mereka pada tarekat (jalan) berkata, "Kamu tinggal hanya sehari."

Sekali pandang kelihatan bilangan 10 yang disebut itu tidak tepat kerana telah dibetulkan oleh orang terutama antara mereka dengan angka satu, atau sehari.

 

Selain itu, bagi kami, konteksnya tidak bermula dari 20:100 tetapi dari dua ayat kemudian, iaitu 20:102, yang bermula dengan "Pada hari trompet ditiup". Daripada ayat-ayat al-Qur'an lain dapat difahamkan bahawa orang-orang yang bersalah tidak terus dimasukkan ke dalam Api atau Jahanam sejurus selepas trompet ditiup yang menyebabkan mereka bangkit sesudah mati. Mereka berurus dahulu dengan Tuhan sebelum dimasukkan ke dalam Api atau Jahanam. Contoh urusan tersebut terdapat di dalam ayat-ayat berikut:

"Dan trompet ditiup; itulah Hari Ancaman.

Dan tiap-tiap jiwa datang, bersamanya satu pemandu, dan satu saksi.

'Kamu adalah dalam kelalaian daripada yang ini; maka Kami hilangkan daripada kamu penudung kamu, lalu penglihatan kamu pada hari ini jadi tajam.'

Dan teman yang dipercayainya akan berkata, 'Inilah apa yang aku ada, tersedia.'

'Lemparlah, kamu berdua, ke dalam Jahanam tiap-tiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang degil,'" (50:20-24)

Justeru perbualan mereka bukan yang berkait dengan Api. Malah tidak mungkin mereka, ketika berada di sana, akan mengetahui bilangan hari berada di Api. Kerana Api bukan hukuman sementara waktu.

 

Apa yang sebenarnya dibisik-bisikan itu ialah mengenai tempoh mereka tinggal di bumi. Cerita mengenai pertanyaan mengenai tempoh tersebut diulang beberapa kali di dalam al-Qur'an. Dan manusia didapati merasakan tempoh itu amat singkat. Sila lihat ayat-ayat di bawah:

"Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, 'Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, 'Berapa lamakah kamu tinggal?' Dia berkata, 'Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari.' Berkatalah Dia, 'Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun....'" (2:259),

 

"Dan pada hari Dia kumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka;" (10:45),

 

"Dan demikian Kami bangkitkan mereka (pemuda-pemuda al-Kafi) supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, 'Berapa lamakah kamu tinggal?' Mereka berkata, 'Kami tinggal selama sehari atau sebahagian hari.' Mereka berkata, "Pemelihara kamu sangat-sangat tahu berapa lama kamu tinggal" (18:19), dan

 

"Maka pada hari ini, Aku balas mereka kerana kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.

Berkata, 'Berapa lamakah kamu tinggal di bumi, dengan bilangan tahun?'

Mereka berkata, 'Kami telah tinggal sehari, atau sebahagian hari; tanyalah orang-orang yang menghitung!'

Berkata, 'Tidaklah kamu tinggal melainkan sebentar, sekiranya kamu tahu.'" (23:111-114)

Dengan itu kami tetap mengatakan bahawa dua ayat yang kami petik tentang sentuhan Api tidak menyebut bilangan harinya. Dan tentu tidak 10, untuk disamakan dengan pendapat hanya 10 hari berpuasa dalam bulan Ramadan.

 

Terima kasih.

Salam.

 

15 Sept 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman