Liduluuki -sysyamsi dan ibadah Ibrahim
From: Syah Far
Date: 2009/8/30
Subject: Re: Salamun'alaikum
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Salamun alaikum,
Terima kasih tuan pengurus laman atas contoh artikel dan nasihat yang telah diberi. Di sini saya ingin berkongsi sediikit pendapat dengan tuan pengurus laman mengenai solat. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana bangkitkan lagi isu sensitif iaitu solat. Daripada artikel artikel yang saya telah saya baca dari laman web tuan, saya dapati solat merangkumi 3 waktu solat sahaja. (2:238) dan menurut artikel ' Solat menurut Al-quran' lagi, solat wusta adalah dari terbenam matahari hingga kegelapan malam (17:78), iaitu di tepi siang yang kedua. Kemudian saya telah merujuk Edward William Lane's Arabic-English Lexicon (Dictionary) dan telah mencari makna perkataan ظ„ظگط¯ظڈظ„ظڈظˆظƒظگ yang terkandung dalam surah Bani Israil (17:78) dan apa tertulis di situ ialah the 'sun declined form the meredian' (10 baris dari ayat ini pula ada tertulis 'sun set' dan buatkan saya keliru yang mana satu maksudnya yang sebenar).
Kemudian saya melayari pula laman web http://www.submission.org dan saya dapati dari salah satu artikelnya mengenai solat (http://www.submission.org/salat-where.html) solat terdiri daripada 5 waktu dan menurutnya lagi (saya copy paste dari website tersebut):
Those who are knowledgeable of the Quran know that there are two sources for the religion of Islam (Submission in English).
1. The Quran which is COMPLETE, PERFECT and fully details all religious LAW.
2. Religious practices given to Prophet Abraham and passed on to us generation after generation since the time of Abraham.
Quran teaches us in no uncertain terms that Abraham is the founder of Islam as it is practiced today. As such, what did Abraham contribute to our daily life as Muslims?
Quran teaches us that ALL RELIGIOUS PRACTICES IN ISLAM, (Salat, Zakat, Fasting, & Hajj) came to us from Abraham, generation after generation.
Jadi saya ingin meminta pandangan dari pihak pengurus laman berkenaan masalah ini. Sekalai lagi saya ingin memohon maaf jika soalan ini membebankan pihak tuan.
Sekian terima kasih.
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menulis kepada kami bertujuan bertanya, menurut pendapat kami, mengenai frasa liduluuki -sysyamsi pada ayat 17:78 dan perkara berkaitan dengannya.
Lexicon berbeza sedikit berbanding dictionary (kamus) kerana ia bukan sahaja beri makna bagi sesuatu perkataan tetapi mencatatkan pelbagai pendapat daripada tokoh-tokoh yang dirujuk atas makna tersebut. Kekadang ia didapati selanjutnya menjelaskan asal usul sesuatu perkataan.
Perkataan sunset, seperti dinyatakan di atas, tidak terhad disebut di "10 baris dari ayat ini" sahaja, tetapi dari mula dal lam kaf dijelaskan, iaitu di lajur pertama lagi. Maka ada pihak berkata liduluuki -sysyamsi itu sunset dan yang lain, "sun declined form the meredian". Apa yang menarik ialah kenyataan tertulis "if you make the dal lam wau kaf to be the setting, the command is restricted to three prayers:" (halaman 906, lajur kedua, baris 35, dan kami kasarkan perkataan "three" di sini untuk ketegasan).
Kamus Hans Wehr (1960) pula, di halaman 290, lajur kedua, dan baris ke-8 dari bawah, mencatatkan penjelasan berbunyi "duluk as-sams sunset".
Salinan Lexicon Lane yang kami miliki bertarikh 1863, dan dengan kenyataan tersebut, dapat difahamkan iaitu solat tiga kali sehari sudah pun diketahui sebelum tahun tersebut.
Menyentuh mengenai penjelasan di laman web submission, kami rasa penulisnya agak sukar beri bukti kukuh kepada dua kenyataan berbunyi,
"2. Religious practices given to Prophet Abraham and passed on to us generation after generation since the time of Abraham." dan
"Quran teaches us that ALL RELIGIOUS PRACTICES IN ISLAM, (Salat, Zakat, Fasting, & Hajj) came to us from Abraham, generation after generation."
Pada hemat kami, kenyataan-kenyataan cuba membayangkan agama yang dianuti harus ikut orang zaman dulu atau bapa-bapa kita. Walhal, al-Qur'an tidak suruh buat begitu. Serta cuba membayangkan bahawa ibadah-ibadah tersebut tidak dijelaskan di dalam al-Qur'an di samping penulis buat penegasan berbunyi "1. The Quran which is COMPLETE, PERFECT and fully details all religious LAW."
Untuk memendekkan hujah, izinkan kami buat andaian iaitu sekiranya Nabi Ibrahim hidup pada hari ini tentu baginda akan hanya ikut ajaran al-Qur'an, seperti Nabi Muhammad.
Sekian pendapat kami.
Salam.
2 Sept 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman