Kalimat anutan di dalam al-Qur’an
From: ulul_albab6236
Date: Fri, Aug 28, 2009 at 12:56 AM
Subject: kalimah anutan
To: ebacaan114@gmail.com
Kalimat anutan di dalam al-Qur’anSalamunalaikum,
Tuan, terlebih dahulu saya ingin ucapkan syukur kepada Allah kerana telah beroleh bimbingan dan pimpinan untuk kembali ke jalan-Nya dan kemudian dipertemukan dengan laman web ini. Saya berdoa agar dapat bersama dengan insan yang hanya mencari mardotillah seperti disebut dalam ayat 2:207.
2:207. Dan antara manusia ada yang jual diri-diri mereka kerana inginkan kepuasan hati Allah; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.
Dalam usaha mengkaji tentang kalimah agama dalam Al-Quran, saya difahamkan bahawa ianya diterjemah daripada kalimah din (ﺩﯾﻦ ). Namun saya agak keliru pada mulanya apabila membaca kitab terjemahan lain yang juga menterjemah kalimah millati (EnƯ) sebagai agama. Jadi apakah beza antara kalimah din dan millati?
Kalimah Din hanya digunakan untuk merujuk kepada islam (lihat 3:19) dan tidak pula digunakan kepada kristian dan yahudi yang juga disebut dalam Al-Quran. Dan saya melihat kalimah millati yang diterjemah sebagai anutan dalam bacaan merujuk kepada ajaran ibrahim dan agama selain islam iaitu yahudi dan nasrani (lihat 2:120).
Diturunkan di sini kesemua ayat al-Qur'an mengandungi kalimat millati, yang diterjemah kepada anutan.
2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.
2:130. Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik).
2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan."
3:95. Katakanlah, "Allah berkata benar, maka ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukanlah dia orang yang sekutukan."
4:125. Dan siapakah lebih baik anutannya daripada orang yang tundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang buat baik, dan yang ikut agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah ambil Ibrahim sebagai seorang sahabat.
6:161. Katakanlah, "Bagiku, Pemeliharaku telah beri aku petunjuk pada jalan lurus, agama yang betul, anutan Ibrahim, seorang yang lurus; dia bukanlah orang yang sekutukan."
7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang sombong, "Sungguh, kami akan usir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandaraya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?
7:89. Sungguh, kami akan ada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah selamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, hendak. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami tawakal. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan."
12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.
12:38. Dan aku ikut anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.
14:13. Orang-orang tidak percaya berkata kepada Rasul-Rasul mereka, "Sungguh, kami akan usir kamu daripada bumi kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Kemudian Pemelihara mereka wahyukan mereka, "Sungguh, Kami akan musnahkan orang-orang zalim,
16:123. Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan."
18:20. Jika mereka tahu mengenai kamu, mereka akan rejam kamu, atau kembalikan kamu kepada anutan mereka, kemudian kamu tidak akan beruntung selama-lamanya."
22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.
38:7. Kami belum dengar hal ini dalam anutan yang akhir; sungguh, ini adalah satu rekaan.
Harap dapat teguran untuk sebarang kesilapan.
Salam.
ashab kahfi
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Sahabat tertinggal satu ayat, iaitu 18:20, yang kami selitkan di atas. Ayatnya berwarna biru. Sumbangan sahabat amat dihargai.
Selamat meneruskan puasa. Allah disanjung!
Salam.
28 Ogos 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman