Doa Iftitah

 

From: achedeen
Date: 2009/8/14
Subject: Doa Iftitah
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>
Cc: <dipadam>

Salamun alaikum.

 

Sahabatku yang aku kasihi,

dan juga semua sahabat-sahabatku yang diredhoi Allah (yang mengikut ajaran-Nya),

Semoga Allah sentiasa melimpahkan pengasihan-Nya kepada kita semua.

Doa dari saya yang di ajar-Nya:

"Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan." (7:151)

Selamat bertemu kembali, kini saya sambung lagi penulisan saya dari apa yang “saya difahamkan” (semoga kefahaman saya ini adalah dari Allah).

 

Pada kali ini, sekali lagi saya akan nampakkan kesilapan dan kelemahan mereka yang tidak mengikut ajaran Al-Qur’an.   

Pada kali ini saya akan menyentuh berkenaan dengan doa Iftitah yang biasa dibaca di awal solat. (sebelum dapat kefahaman Al-Quran, saya juga lakukannya)

 

Lafaz arabnya seperti berikut;

 

Allahu Akbar kabiro

walhamdulillahikasiro

wasubhanallahibukratawwa asila

 

wajjahtu wajhialillazi fathorassamawatiwal ard

hanifan Musliman wama anaminal musyrikin.

 

innasolati wanusuki wamahyaya wamamati

lillahirrobbil ngaalamin

 

la sharikalahu wabizalika umirtu

wa ana minal muslimin.  

 

Seperti kebanyakan pendapat kita yang berAl-Qur'an, kalimat “Allahu Akbar” bukanlah dari nama-nama Allah yang paling baik, Asma Ul Husna. Maka pada pandangan saya kalimat ini perlu ditinggalkan, seperti mana Allah perintah kita tinggalkan mereka yang mencerca nama-nama Allah.

 

20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama paling baik.

 

7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.

 

Saya teruskan lagi;

sebahagian doa iftitah ini sebenarnya di ambil dari Surah 6/79, 6/162 dan 6/163

 

6/79 :

Inni wajjahtu wajhialillazi fathorassamawatiwal ard

hanifa wama anaminal musyrikin.

 

Maknanya;  6:79. Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan."

 

Mereka baca:

wajjahtu wajhialillazi fathorassamawatiwal ard

hanifan Musliman wama anaminal musyrikin.

 

Perhatikan dan sila buat perbandingan:

  1. mereka tinggalkan perkataan Inni  (perkataan penegasan yang boleh diertikan sebagai “Sesungguhnya”)
  2. mereka menambah perkataan Musliman yang tidak terdapatpun pada ayat tersebut.

 

Apabila sahabat usrah saya bertanyakan kepada seorang ustaz (yang tak mengikut ajaran Al-Qur’an), kenapa kalimat  Musliman itu ditambah, ustaz itu jawab supaya lebih sedap bacaannya.

 

Sahabat-sahabat fikirkanlah, apakah ayat-ayat Allah ini tidak cukup sedap sehingga perlu manusia menambah-nambahnya? Mereka lebih pandai dari Dia? 

 

Walaubagaimanapun perkataan hanifan musliman itu memang terdapat dalam Al-Quran pada ayat lain  iaitu ayat 3/67, tetapi ayat itu merupakan ayat pernyataan bukan ayat pengucapan.

 

3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang Yahudi, dan bukan juga seorang Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan. (baca arabnya)

 

Seterusnya; Ayat 6/162-163.

Ayat 6/162 tak ada masalah, mereka masih sama ikutinya tanpa perubahan, tetapi pada ayat 6/163 mereka sekali lagi mengubahnya; 

 

6/163: (ayat sebenar dalam bahasa arab)

la sharikalahu wabizalika umirtu

wa ana awalul muslimin.

 

6:163. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama muslim."

Tetapi mereka membacanya;

la sharikalahu wabizalika umirtu

wa ana minal muslimin.

 

Perhatikan dan sila buat perbandingan dengan apa yang mereka baca:

-          mereka menanggalkan perkataan awalul muslimin dan mengantikannya dengan perkataan minal muslimin.

 

Awalul muslimin bermaksud yang pertama muslim, itulah perkataan yang Allah mahu kita menyebutkannya bagi merujuk kepada kita agar bersegera kepada keimanan, bersegera berserah diri kepada-Nya.     

 

Antara ayat dalam Al-Quran yang menyebut awalul muslimin ialah:

 

ayat-ayat 39/10-14, yang merupakan ucapan orang-orang yang Ikhlas/Mukhlis, :

 

39:12. Dan aku diperintah supaya jadi yang pertama antara orang-orang yang muslim."  

 

Sekali lagi apabila bertanya kepada mereka yang tak ber Al-Qur'an, mereka menjawab kita bukanlah orang yang pertama-tama muslim, yang pertama muslim adalah Rasulullah dan para sahabatnya.

 

Jawapan kita;

Kalau begitu bukan juga Nabi Muhammad dan sahabatnya yang pertama muslim, ini kerana kalimat ini telah disebut oleh nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Ibrahim;

 

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.

 

Hakikatnya mereka memang suka mengadakan dalam ibadah mereka.

 

Pada pandangan saya awalul muslimin membawa maksud supaya kita bersegera berserah diri kepada-Nya (pertama-tama berserah diri), bersegera beriman, bersegera berhijrah dan bersegera berjuang di Jalan Allah bukan jadi orang yang berlambat-lambat atau bermalas-malas untuk beriman, berhiijrah dan berjihad di Jalan Allah.

 

Perkataan yang tepat berbunyi wa ana minal muslimin” ini memang terdapat dalam Al-Quran iaitu 10/90 (baca lafaz arabnya, ayat-ayat lain tidak sebegini bunyinya walaupun membawa maksud yang hampir sama)

 

10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim." (“wa ana minal muslimin”)

 

Cuba kita lihat,

ayat ini ialah perkataan yang diucapkan oleh Firaun ketika hampir tenggelam dan lafaz ini jugalah yang digunakan oleh mereka (yang ingkar ajaran Al-Qur’an) dalam solat mereka.

Firaun amat lambat sekali ingin beriman kepada Allah sehinggalah nyawa tinggal di leher barulah hendak beriman, maka imannya itu tidak diterima oleh Allah.

 

10:91. "Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

 

10:92. Maka pada hari ini Kami selamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu jadi satu ayat bagi orang-orang yang sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ayat-ayat Kami."

 

Apa sudah jadi?

Saya dahulupun seperti mereka, membaca ungkapan Firaun dalam solat. Semoga Allah mengampuni saya dan kita semua jika itu yang kita lafazkan sebelum ini..

 

Sebutan yang lain ada yang lebih kurang sama bunyi lafaz dan maksudnya seperti   

Wa umirtu an aku naminal muslimin,:

 

“Dan aku diperintah untuk menjadi antara orang-orang yang muslim”;

 

Yang diajar oleh Allah dan disebut oleh nabi dan orang-orang beriman;  Ayat 10/72 (Nabi Nuh) dan ayat  27/91.

 

Tetapi perkataan “wa ana minal musliminpada ayat 10/90 yang ditiru oleh mereka itu jelas sekali adalah ucapan Firaun yang keimanannya di tolak oleh Allah kerana berlambat-lambat untuk beriman kepada Allah, apabila telah hampir tenggelam barulah hendak beriman, itulah gambaran maksud ucapan “wa ana minal muslimin seperti yang dijelaskan oleh Allah pada ayat 40/83-85.    

 

40:83. Maka apabila Rasul-Rasul mereka datang kepada mereka, dengan bukti-bukti yang jelas, mereka gembira dengan pengetahuan yang mereka ada, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan

 

40:84. Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, "Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya." 

 

40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.

(pada waktu Rasul-Rasul datang menjelaskan kepada mereka).

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah;

  1. Mereka yang tidak mengikut ajaran Allah yang sebenarnya berdasarkan Al-Qur’an, akan sering lakukan kesilapan dan kesalahan yang mereka sendiri tidak sedarnya, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka beriman kepada Allah.
  1. Mereka sering mengadakan pelbagai syariat baru dalam ibadah mereka dan mendakwanya semua dari Allah, mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman padahal mereka menipu diri mereka sendiri.

Mari kita lihat penjelasan Allah tentang mereka yang engkar akan ajaran-Nya;

 

2:7. Allah letak penutup pada hati mereka dan pada pendengaran mereka, dan penudung pada penglihatan mereka, dan bagi mereka, azab yang besar.

 

2:8. Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).

 

2:9. Mereka hendak tipu Allah dan orang-orang yang percaya, tapi hanya diri-diri mereka sendiri mereka tipu, dan mereka tidak sedar.

 

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka, dan bagi mereka azab yang pedih kerana mereka dustakan.

 

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu buat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."

 

2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

 

2:13. Apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah sebagaimana manusia percaya", mereka berkata, "Adakah kami akan percayai sebagaimana orang-orang bodoh percaya?" Sesungguhnya, merekalah orang-orang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.

 

Alhamdulillahirabbil’alamin, dengan petunjuk-Nya, satu persatu dapat kita perbaiki kesilapan dan kelemahan kita.

 

Sekian terima kasih,

 

Jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan, harap sahabat dapat beri teguran.

 

Alhamdulillahirrabbil’alamin

 

Salam. 

Che Deen


Salamun alaikum,

Terima kasih kepada sahabat Che Deen atas kiriman terhasil daripada pengamatan ayat-ayat al-Qur'an yang mampu menimbulkan kesedaran. Syabas! Tajuk dipilihnya adalah berkaitan dengan solat, iaitu suatu yang amat sensitif untuk ditegur. Namun teguran harus dilakukan, walaupun pahit tapi ditelan jua. Tentu sekali tujuannya supaya solat dapat diterima Allah, dan tidak jadi sia-sia. Contoh solat yang sia-sia ialah seperti mulut yang hanya keluarkan bunyi lagu, atau tangan digerakkan mengikut rentak atau pergerakan badan. Demikianlah antara iktibar yang difahamkan daripada ayat berbunyi,

"Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan (sahaja);" (8:35)

Terima kasih. Sehingga bertemu lagi,

Salam.

15 Ogos 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman