Menang

 

 

From: ellyas.kgv
Date: 2009/8/6
Subject: Sokongan kepada laman E-Bacaan
To:
ebacaan114@gmail.com


Salamunalaikum....

 

Di sini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yg bertanggungjawab dalam merangka Laman E-Bacaan.

 

Alhamdulillah syukur kerana saya sudah mengisytiharkan diri saya (dalam hati) TELAH MURTAD DARIPADA 'ISLAM' MAZHAB SUNNAH WAL-JAMAAH (SYAFIE) DAN SAYA TELAH PUN MEMELUK ISLAM AJARAN ALLAH melalui Kitab Al-QURAN sebenar. Sebelum ni saya masa kecil dulu saya kena 'BRAINWASHED' dek 'Ustaz-Ustazah' dengan menerima Sunah Hadith. Dulu mereka ajar saya untuk mencaci golongan 'Pro-Quran'. Setelah saya benar2 berakal, Saya kembali merujuk kepada Al-Quran dalam menyelesaikan segala kesulitan dan bukannya sumber Hadith tulisan imam. Saya sudah MERDEKA daripada beban ajaran palsu rekaan imam. Saya berazam untuk ikut ajaran Allah 100% dengan memahami ayat2 AQ. Satu lagi kesedaran yang saya dapat melalui laman ini ialah saya bertambah Kusyuk (Fokus) dalam solat dengan memuji Allah, dan meminta ampun dan memohon pertolonganNYA. Dalam solat saya hanya berbahasa Melayu & Inggeris kerana saya tidak mengerti bahasa Arab. Baru saya dapat mengetahui bahwa Allah mengerti apa yang kita perkatakan dalam apa sahaja bahasa yg kita gunakan.

 

PLEASE CARRY ON, BERUSAHA, JANGAN MENGALAH! Bawa-bawalah sabar apabila berhadapan dengan golongan degil! TQ

 

From Ellyas
 

Salamun alaikum,

Sekali lagi kita dipilih-Nya untuk menjadi saksi atas kebenaran bahawa Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Orang yang Dia hendaki itu kelihatan gembira, dan beliau harus tahu bahawa ramai orang turut berasa gembira termasuk diri kami. Segala puji bagi Allah!

Gembira kerana bilangan orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah ditambah satu, sementara bilangan golongan yang mencaci 'Pro-Quran' disurutkan dengan satu jua. Macam bercakap tentang menang dan kalah pulak! Tentang orang-orang yang menang pula, mereka adalah sebenarnya terdiri daripada yang disebut di dalam ayat-ayat berikut:

"Dan tentera Kami, merekalah yang menang." (37:173)

 

"Dan bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , Pemelihara masukkan mereka ke dalam pengasihan-Nya; itulah kemenangan yang nyata." (45:30)

 

"Orang-orang yang percaya dan bertakwa,

Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan dunia, dan di akhirat. Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah; itulah kemenangan yang besar." (10:62-64)

Tahniah kepada sahabat ellyas.kgv atas kemurtadannya dan pilihan untuk menjadi seorang yang menang, dengan izin Allah! Dan terima kasih atas sokongan yang diberi.

 

Semoga dapat membaca lagi kiriman daripada beliau.

 

 

Salam.

 

8 Ogos 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman