Mengaji pada bulan Puasa
From: rajamaca
Date: 2009/8/4
Subject: Bacaan SeBenarnya
To: ebacaan114@gmail.com
Salam.Selamat berpuasa dan semuga tuan dan sahabat sahabat semua di rahmati. Berjumpa lagi di laman yang di berkati hendak NYA.
Setiap kali musim Ramadan ramai umat islam seluruh dunia mengaji, bertadarus atau membaca al-Quran.. Satu amalan yang baik. Menurut kefahaman kebanyakan umat islam.
Mereka juga lebih mengutamakan pembacaan mengikut tajwid yang betul tanpa banyak beri tumpuan kepada kefahaman mesej mesej ayat.
Kadang kala sebahagian mereka membaca al quran dengan secepat mungkin agar cepat khatam dan sebahagian yang lain pula mereka melagukan seolah- olah mereka sedang membaca bait bait syair arab. Yang lebih hebat lagi ada sebahagian mereka membaca setiap juzuk Al-Quran dalam solat.
Mereka seperti burung tiong yang hanya berucap berulang ulang.Tanpa pengertian. Tidakah mereka terpikir bahawa mereka telah mengwujud satu keadaan terpedaya yang lebih dari itu?
Seterusnya mereka sangka jadikan hal tersebut sesuatu amalan yang baik dan datangkan pahala pada bulan Ramadan. Sedangkan Allah hendak sebalik nya.Tidakah mereka terpikir hal sepenting isi mesej mesej NYA.
Umat islam perlu memahami dan mengkaji mesej mesej Al Quran dengan sebenar nya,Apa yang hendak di sampai kan oleh Allah, tidak kira waktu dan bulan.Apabila mesej dapat difahami dengan betul,barulah penghayatan akan dapat dilaksanakan dengan baik.
Persoalanya,
"Siapakah mereka mereka yang sebenarnya membaca al-Quran di menurut Allah?"
Allah telah beri kita ALQuran,maka DIA lah yang menjelaskannya.
“Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (2:121)
Dalam ayat diatas Allah menegaskan bahawa mereka yang benar-benar baca Kitab Allah ialah mereka yang membacanya dengan bacaan yang sebenarnya iaitu Beriman yakni percaya pada ayat ayat NYA. ikut apa yang di peturunkanNYA. Tidak ingkar atau membantah dalam seperti menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya dan tidak mengubah ayat ayat NYA dari tempatnya.
Ketika menerangkan maksud ayat itu Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.
Allah di sanjung.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi bertemu lagi untuk "berbual" mengenai amalan pada bulan Ramadan yang dikerjakan oleh golongan tertentu. Amalan dimaksudkan ialah membaca al-Qur'an.
Ia bukan berbual kosong, daripadanya dapat difahamkan iaitu mereka membaca al-Qur'an hanya untuk menyebut kalimat-kalimatnya, dengan bunyi yang betul, dan usaha ini dibalas dengan pahala, menurut ajaran ikutan mereka.
Bagi orang yang ikut ajaran Allah pula mereka tidak membaca seperti golongan tersebut. Mereka membaca untuk memahami apa yang telah disuratkan Allah kepada manusia. Sejurus selepas membuka kitab tersebut mereka bertemu dengan ayat kedua surah al-Baqarah, lalu antara mereka menanda dua daripada kalimatnya seperti dikasarkan di bawah:
"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa," (2:2)
Sebab ditanda perkataan-perkataan tersebut supaya mengingati bahawa Kitab dibaca untuk petunjuk yang terkandung di dalamnya. untuk mendapatkan petunjuk Kitab dibaca dengan memahami apa yang dibaca. Kalau tidak, petunjuk yang dicari tidak akan dijumpai, lalu tidak diikuti.
Seperti itu terjadi ke atas golongan yang hanya membunyikan kandungan al-Qur'an. Lantas, mereka menjadi orang-orang tidak kenal petunjuk yang terkandung di dalamnya, terus jadi orang-orang yang tidak dapat petunjuk daripada Allah, walaupun begitu kusyuk membaca Kitab petunjuk-Nya.
Amat menyedihkan! Apa yang menyedihkan lagi ialah apabila mereka ambil kitab-kitab lain yang dibaca dan difahamkan dengan betul untuk dapat petunjuk agama. Walhal, di dalam kitab-kitab itu terdapat banyak perselisihan, tetapi mereka tidak tahu sebab kitab-kitab tersebut tidak beri petunjuk yang benar misalan berbunyi,
"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)
Kitab yang datang daripada selain-Nya, atau yang selain al-Qur'an mengandungi banyak perselisihan, menurut Allah. Adakah antara perselisihan yang dimaksudkan termasuk waktu berpuasa.......
"Dah, cukuplah tu!" hati kami membisik. "Tak usah dipanjangkan lagi!"
Maka kami berhenti membicarakan tajuk mengaji pada bulan Puasa di sini. Terima kasih, dan Salam.
5 Ogos 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman