Rokok: Batal Puasa?
From: mohdazmel
Date: 2009/8/3
Subject: Rokok: Batal Puasa?
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Salamun alaikum tuan.Apa khabar? Moga tuan sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga.
Bulan Ramadan akan menjelang dalam beberapa hari sahaja lagi. Inilah pertama kali saya akan berpuasa menurut apa yang Allah ajar dalam al-quran.
Di sini saya ingin bertanya pendapat tuan tentang ayat ini.
“Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam” (2:187).
Persoalan saya, adakah 'MEROKOK" juga termasuk kategori 'makan'? atau pun perbuatan Merokok tidak membatalkan puasa?
Maaf kalau saya terlepas pandang artikel berkaitan atau sudah ditanyakan perkara ini oleh sahabat lain.
Terima kasih.
MAL
Salamun
alaikum,
Alhamdulillah. Terima kasih. Semua dalam keadaan baik. Tidak ingat sama ada tajuk sudah dibincang di sini atau tidak, tapi apa yang hendak disampaikan sebagai pendapat di sini sebahagian disyaki sudah disampaikan, mungkin secara peribadi.
Kami tidak fikir ada orang yang menghisap rokok akan merokok sedang dia berpuasa. Bukan sahaja kerana rasanya tidak sedap tetapi mengganggu kesihatannya juga. Rasa yang dimaksudkan adalah di lidah dan tekak serupa rasa atas makanan dan minuman. Lazimnya pula, orang yang menghisap rokok memerlukan air untuk diminum, semasa atau sesudah merokok.
Lagi yang buat kami berpendapat bahawa rokok serupa bahan makanan ialah faktor nikotin, sejenis stimulant atau perangsang, yang melekat padanya, dan menyerap ke dalam saluran darah, sama penyerapan bahan perangsang daripada makanan atau minuman. Sedikit persamaan lagi ialah perbuatan menyedut - rokok disedut, dan sesetengah jenis makanan atau minuman pun disedut.
Lantaran itu, pada pendapat kami, menghisap rokok tidak jadikan penghisapnya berada dalam keadaan berpuasa, kerana tidak menahan diri, seperti menahan daripada makan dan minum, dengan sengaja. Maka, bagi kami, merokok tidak dibolehkan semasa berpuasa. Malah, pada bulan-bulan tidak berpuasa pun, rokok tidak dikira suatu yang baik untuk disedut.
Namun, jika ada pendapat mengatakan hisap rokok dibolehkan semasa berpuasa maka kami menghormati pendapat tersebut, serta berserah kepada Allah atas pengadilannya.
Selanjutnya, sebagai suatu tidak dilupakan ialah bahawa berpuasa bukan setakat menahan daripada kehendak makan dan minum, tetapi kehendak terhadap pasangan hidup juga, kecuali pada waktu malam.
Turut tidak dilupakan untuk bulan al-Qur'an diturunkan, ialah ayat-Nya mengenai waktu berpuasa, yang disuratkan di e-mel sahabat mohdazmel di atas. Ayat-ayat lain dapat dibaca di sini.
Pendapat diakhiri dengan ucap Selamat Berpuasa!
Salam.
4 Ogos 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman