Kelahiran Anak
From: sky 5ire
Date: 2009/7/16
Subject: Kelahiran
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Salam,Saya sekadar berkongsi pengalaman dan untk renungan kita semua
Pade 10th july Jumaat yang lalu tepat pade jam 0436 pagi isteri saya selamat melahirkan anak lelaki kami.
setengah jam kemudiannya saya menghantar sms kepade keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yg rapat akan kelahiran anak kami.
sms saya dibalas dengan tahniah dan syukur namun hanya satu sms yg buat saya merenung jauh sambil akal ligat 'membuka' lembaran-2 al-quran (melalui ingatan)
sms itu berbunyi "azan di telinga kanan dan qamat ditelinga kiri bayi itu"...
secara logikal, bayi sekecil itu tidak akan faham ape itu azan dan qamat ape tah lagi ianya hanyalah sekadar seruan untk memanggil atau mengingatkan manusia untk kerjakan solat.
ianya lazim dilakukan setelah si bayi dilahirkan dan dibersihkan yang mana dngn buat demikian si bayi terselamat dari gangguan syaitan
Sama sekali saya tidak lakukannya namun ape yang saya lakukan ialah merapatkan mulut saya ketelinga kanannya dan hanya ucapan pujian dan sanjungan saya kepade Allah yang telah beri saya seorang anak lelaki dan berterima kasih kepadeNYA kerana isteri dan anak saya selamat.
Dan saya ambil iktibar dari ayat ini;
3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan." Allah sangat-sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
sambil merapatkan mulut ketelinga kiri si bayi saya memohon kepade Allah agar melindungi anak saya dari gangguan syaitan
sesungguhnya Allah adelah sebaik-baik tempat memohon perlindungan
2:257. Allah ialah Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya...
Mungkin para pembaca mempunyai cara yang lebih baik dari ape yang saya lakukan, sila respond.
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas sudi berkongsi pengalaman. Keluarga e-bacaan turut bersyukur, dan ucap tahniah kepada saudara sky5ire atas kurniaan seorang pendingin mata, waris masa depan.
Respond daripada para pembaca, yang diharapkan, mungkin dapat mengembangkan perkara yang dibentang untuk menjadi lebih luas dalam pengetahuan kita semua. Dengan izin Allah.
Selamat menjaga anak! :)
Salam.
17 Julai 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman