Solat, ketidakcekapan dan imej palsu
From: nadzri
To: "e_bacaan@yahoo.com" <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, July 8, 2009 5:48:49 PM
Subject: satu peristiwa di sekolah
Salamun alaikum
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman yang diceritakan kepada saya oleh seorang rakan sepejabat yang bukan beragama Islam. (Dia beragama Kristian)
Pada minggu lepas dia telah pergi ke sekolah anaknya bagi tujuan kaunselling & ambil kad laporan yang dijadualkan pada pukul 2pm.
Malangnya dia telah menunggu guru kelas berkenaan, sekian lama hingga menghampiri pukul 245pm..Bila ditanya kepada kaunter, kakitangan tersebut mengatakan guru tersebut sedang menunaikan solat.
Rentetan dari pengalaman tersebut rakan saya itu bertanyakan kepada saya pada keesokan harinya:
Antara pertanyaannya:
- Kenapa dia (guru wanita) solat terlalu lama sedangkan dia tahu tanggugjawabnya pada pukul 2pm.
- Adalah tidak seiring orang yg beribadah tetapi lewat utk temujanji dgn jadikan solat sebagai alasan.
- Amat memalukan lebih2 lagi dia merupakan seorang yang bertudung litup- imej palsu yg melabelkan secara umumnya mereka ini perempuan solehah
Daripada cerita di atas jelaslah si guru itu tidak menurut Al Quran sepenuhnya. Justeru itu tindakannya itu telah beri persepsi negatif bukan Islam terhadap agama yang mulia ini. Cuma saya beri respon yg berorientasikan “public relation” kepada rakan Kristian tersebut dgn mengatakan “tidak semua org Islam begitu”….
Sebenarnya ini adalah satu punca ketidakcekapan kebanyakan sector awam dlm menjalankan amanah terhadap pelanggan.
Saya amat malu dan dukacita terhadap apa yg berlaku terhadap rakan tersebut.
“how I wish I could change them….-refer back to Al-Quran”
Sekian utk kali ini
Nadzri
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi untuk hiasi laman web ini, bukan dengan pertanyaan seperti yang selalu dibuat, tetapi untuk berkongsi pengalaman pula.
Kami pilih solat, ketidakcekapan, dan frasa imej palsu untuk menjadi tiga kata kunci bagi surat sahabat di atas.
Ketidakcekapan telah cuba dialas dengan ibadah solat dan imej palsu. Sekiranya al-Qur'an jadi ikutan dalam peraturan kerja di situ maka percubaan untuk menutup ketidakcekapan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan dua yang disebut pasti tidak akan berlaku. Dengan ini, jelas iaitu ajaran agama palsu mampu menyumbang ke arah perkhidmatan yang tidak disenangi oleh orang awam.
Satu lagi kata yang kami dikejutkan ialah sekolah di mana anak-anak dan cucu-cucu kita dididik. Walaupun pembelajaran yang diterima daripada amalan tadi bersifat tidak formal namun kekadang, kalau tidak selalu, didikan yang diterima secara tidak formal itulah yang jadi amat, atau paling berkesan sekali. Lalu gejala ketidakcekapan dirangsang untuk merebak seperti kanser di mana-mana sahaja.
Kesukaran tidak difikirkan kerana ia tetap ada. Kalau dapat tukar seorang sahaja pun sudah dikira dapat kejayaan besar sebab kebanyakan manusia tidak akan berubah kerana tidak percaya kepada al-Qur'an. Kejayaan tetap jadi kejayaan walaupun bilangan mereka (yang tidak cekap) dapat dikurangkan dengan hanya satu!
Sekian, terima kasih.
Salam
10 Julai 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman