Mengapa boleh berlaku

 

From: rijal66
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, June 12, 2009 2:50:09 PM
Subject: tanya

salamun alaikum

tuan, pengorbanan, usaha,masa , tenaga dan apa yg tuan usahakan dalam ebacaan amat besar maknanya pada semua  hamba Allah diseluruh dunia. Saya nak tanya adakah tuan mempunyai jemaah dan kalau ada bagaimanakah caranya saya utk menjumpainya

rijal
 

From: rijal66
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, June 13, 2009 1:04:54 AM
Subject: Re: sabtu

Tuan,

apa kah motivasi tuan sehingga sanggup melangkah sejauh ini dalam beralquran. Sanggup menggunakan masa dan harta dan diri secara penuh masa pulak tu.

Bagi saya, semua orang mahukan islam dan petunjuk. Tp  mereka suka mendapatkannya dari sumber lain, seolah-olah AQ sebagai rujukan tambahan je. Mereka tak faham dan tak mahu memahami AQ.

Saya dulupun macam tu, tp selepas 40 tahun hidup, saya rasa tertipu oleh ustaz kat masjid tu. Banyak yg didengar tak sama dgn AQ yg sebenar. Kita kena tipu oleh ahli kitab kita sendiri. Kata mereka Solat dapat cegah mungkar,  tapi  sebaliknya dan masjid jadi tmp hilang selipar dan tempat buang bayi, tmpt penagih. Kata mereka pokok tunduk pd mlm Lailatur qadar tapi tak pernah jumpa walau tak tidur bermalam2. Kata mereka baca ayat qursi 7 kali hantu lari, tp bila baca pd budak yg histeria makin jadi.  Kata mereka ayat Aq 6666 ayat tp saya kira cuma 6236 je. Macam-macam lagi  benda yg  saya rasa tertipu dan  di permain2kan.

Mengapa perkara ini boleh berlaku tuan?. Mengapa ahli kita kita memeningkan kita dalam ber AQ?

Akhir sekali, teruskan usaha tuan yg suci ini. Sesungguhnya ramai yg dapat manfaat dari hasil kerja buat tuan ini.

muga sentiasa dapat bimbingan dr tuan

warga bumi dan langit menyanjung tinggi usaha tuan

sekian
rijal
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Segala puji bagi Allah yang telah membuka hati sahabat untuk ikut petunjuk-Nya. Pintu hati dibuka setelah menemui dan percaya kepada ayat-ayat-Nya.

Sekarang orang Melayu sudah tahu tentang kewujudan golongan yang berpegang pada hanya al-Qur'an, setelah kempen melawan mereka selama lebih 20 tahun dijalankan oleh pihak tertentu. Dalam tempoh yang lama itu banyak ayat al-Qur'an telah disampaikan kepada pihak tersebut. Namun begitu, kempen diteruskan, kalau tidak diperhebatkan lagi. Apa yang berlaku dapat difahamkan daripada ayat berikut:

"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk," (43:36-37).

Bukan sahaja mereka yang berkempen, malah orang-orang yang termakan dengan kempen tersebut juga sangka mereka dapat petunjuk. Lalu pembohongan seperti yang disebut, iaitu pokok tunduk pada malam tertentu, atau jumlah ayat sebanyak 6666, atau peristiwa israk mikraj, untuk menyebut contoh lain, terus jadi kebenaran dalam kehidupan berulamkan mistis, ketakutan, dan berangan-angan tentang pahala, dan sebagainya. Allah tidak beri petunjuk kepada mereka kerana tidak percaya kepada ayat-ayat-Nya. Firman Allah, "Orang-orang tidak percayai ayat-ayat Allah, Allah tidak beri petunjuk; bagi mereka, azab yang pedih" (16:104) dan ayat yang menyusul berbunyi, "Mereka hanya ada-adakan dusta, yang tidak percayai ayat-ayat Allah, dan mereka itu, merekalah pendusta-pendusta" (16:105).

Tidak bagi golongan yang menggunakan akal, walaupun kegunaannya dilarang oleh pihak tersebut; bagi golongan itu, mereka membuka minda dengan meluaskan pembacaan kerana ingin tahu, dan guna kuasa memilih yang diberi Allah untuk memilih hujah paling baik, sehingga akhirnya jadi orang-orang yang membaca, memahami, dan ikut petunjuk yang diturunkan Allah.

Selepas itu, setelah meberasa aman dengan petunjuk yang baru diterima, dengan secara otomatis, mereka sampaikan pula ayat-ayat Allah kepada orang lain. Ada yang sampaikan dengan berkumpulan dan ada yang tidak, seperti kami.

Orang-orang yang menyampaikan hanya mampu menyampaikan sahaja. Yang sebenarnya beri petunjuk ialah Allah. Nabi pun sama, baginda tidak dapat beri petunjuk termasuk kepada siapa jua yang dicintainya, kecuali jika Allah hendaki. Firman-Nya,

"Bukanlah atas kamu jadikan mereka dapat petunjuk, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki." (2:272)

"Kamu (Muhammad) tidak dapat beri petunjuk kepada siapa yang kamu cintai, tetapi Allah beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk." (28:56)

Justeru, dampingilah Dia melalui aya-ayat-Nya, bukan kami atau manusia lain, untuk dapat petunjuk yang benar. Kerana kami dan manusia lain adalah hanya manusia belaka, bukan Tuhan mahupun malaikat.

Terima kasih. Salam.
 

16 Jun 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman