Perlindungan daripada Syaitan
From: achedeen
To: e_bacaan@yahoo.com
Cc: <dipadam>
Sent: Thursday, June 11, 2009 3:21:27 AM
Subject: Satu Pendapat
Salamun alaikum.
Sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah.
Apabila kita membaca artikel-artikel dalam e-bacaan ini, kita dengan mudah akan temui banyak ajaran yang diamalkan oleh umat Islam ASWJ menyimpang jauh dari ajaran Al-Quran yang sebenarnya. Mereka mengadakan amalan-amalan dan ucapan-ucapan yang tak terdapat pun dalilnya dalam Al-Quran.
Maka pada tulisan saya pada kali ini, saya akan menambahkan lagi koleksi kekeliruan mereka itu.
Saya akan nampakkan lafaz yang mereka ada-adakan sendiri tanpa merujuk kepada Al-Quran.
Di dalam Al-Quran Allah perintah kita agar memohon perlindungan kepada-Nya dari gangguan-gangguan (provokasi-provokasi) syaitan.
7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
16:98. Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
Maka Allah Yang Perkasa, Yang Bijaksana , Pemelihara kita Yang Mulia sudah tentu ajar manusia bagaimana memohon perlindungan kepada-Nya dari provokasi-provokasi syaitan tersebut. Oleh itu bacalah dari Al-Quran, pasti kita akan dapat jawapannya;
96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,
96:4. Yang mengajar dengan pena,
96:5. Dia ajar manusia apa yang dia tidak tahu.
Dengan itu Allah ajar cara meminta perlindungan kepada-Nya dengan cara yang benar.
23:97. dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
Lafaz arabnya:
RABBI A’NGU ZUBIKA MIN HAMAZAA TISHSYAYAATHIN.
WA A ’NGU ZU BIKA RABBI ANYAH DHURUN.
tetapi yang diajar oleh tok guru mereka (mungkin Iblis - agar permohonan mereka tidak dimakbulkan oleh Allah) ialah
'NGAA NGUU ZUBILLAH HIMINASHSYAITONNIRROJIM'
maksudnya lebih kurang: 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang di rejam'.
Lafaz ini biasanya disebut Lafaz Ta'wuz atau Lafaz 'Ngaa nguu'.
Mungkin lafaz ini diceduk dari ayat 16/98 (sila baca arabnya - masih tak sama dengan yang mereka lafazkan), malahan ayat 16/98 merupakan ayat arahan, bukan ayat 'katakanlah' maka lafaz yang sebenarnya untuk memohon perlindungan kepada Allah adalah ayat 23/97-98.
Inilah antara kejahilan ulama-ulama mereka, tok-tok guru mereka apabila perkara yang sebegitu mudahpun mereka tidak nampak dan tidak faham padahal di kalangan mereka ramai yang 'Hafiz'.
Hal ini samalah seperti ucapan Salamun alaikum.
Mungkin mereka akan menjawab mana-manapun boleh.
Jawapan kita, susah sangat ke nak ikut Al-Quran?, Susah sangat ke nak ikut apa yang Allah ajarkan?
Mana lebih baik, ucapan yang Allah ajar atau ucapan yang tidak diajarkan-Nya?
7:28. Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
Sebenarnya mereka tidak diberi ilmu oleh Allah.
Selepas ayat 16/98, Allah letak kaedahnya pada 23/97-98, itu menyebabkan mereka buta mata hati walaupun seorang 'Hafiz'.
16:101. Dan apabila Kami tukar satu ayat pada tempat ayat yang lain, dan Allah sangat-sangat tahu apa yang Dia turunkan, mereka berkata, "Kamu hanya mengada-adakan!" Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
Sekian dari saya untuk kali ini.
Jika salah tolong betulkan. Terima kasih.
Alhamdulillah hirabil 'ngaalamin.
Salam.
Che Deen.
Salamun alaikum,
Terima kasih, kerana sudi menulis lagi dan beri penjelasan yang cukup jelas. Diharap dapat meneruskan beri sumbangan yang bermanfaat seperti di atas.
Salam.
14 Jun 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman