Membazir, Bahasa Arab, Kebuluran

 

From: tajudin ramli
To: <dipadam>
Cc: <dipadam>; Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>; <dipadam>
Sent: Wednesday, May 27, 2009 8:39:55 AM
Subject:

 





 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Maaf kepada saudara tajudin ramli kerana tidak memuatkan di sini semua gambar yang dikirim; sebab memikirkan masa untuk download bagi sesetengah komputer, dan perkara yang ingin difokus untuk dibincang, serta tidak sanggup melihat lagi gambar-gambar dari "alam lain" yang menunjukkan penderitaan kanak-kanak semasa bencana kebuluran di negara-negara tertentu.

Gambar-gambar di atas menunjukkan satu contoh pembaziran yang dilakukan oleh orang-orang Islam. Mereka yang mengamalkan pembaziran itu terdiri daripada orang-orang yang paling dekat dengan al-Qur'an dari sudut bahasa. Bagi mereka membaca al-Qur'an tidak menimbulkan sebarang kesukaran, seperti membaca surat khabar sahaja. Mereka tidak perlu membaca terjemahan yang sesetengah pihak di negara ini memandang rendah. Dalam pembacaan al-Qur'an tentu mereka telah bertemu dengan doa berbunyi,

"Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya." (3:147)

Atau berjumpa dengan ayat yang melarang dengan keras perbuatan membazir seperti berikut:

"dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir." (6:141)

Tapi mereka terus lakukan pembaziran dengan tidak mempedulikan larangan Allah. Kefasihan bahasa Arab yang dianugerah kepada mereka tidak jadikan mereka orang-orang yang percaya kepada Allah atau ayat-ayat-Nya. Justeru, kefasihan dalam bahasa tersebut bukanlah syarat untuk percayai Allah dan dapat petunjuk-Nya - bertentangan dengan pegangan sesetengah pihak yang fasih bahasa Arab di negara kita. Bagi mereka untuk dapat petunjuk seseorang mesti pandai bahasa Arab.

Terhadap pegangan yang songsang itu Tuhan telah berfirman,

"Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?' Katakanlah, 'Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang tidak percayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh.'" (41:44)

Menurut Allah, jika al-Qur'an diturunkan dalam bahasa asing tentu mereka mahu ia dijelaskan atau diterjemah ke dalam bahasa mereka, iaitu Arab. Demikianlah dalih orang-orang yang tidak mahu percaya. Sebenarnya, al-Qur'an dalam bahasa apa pun adalah hanya untuk orang-orang yang mahu percaya kepadanya dan jadikannya sebagai petunjuk. Bagi mereka yang tidak mahu percaya pula pada telinga mereka terdapat sumbatan, dan mereka jadi buta al-Qur'an.

Sehubungan itu, firman-Nya lagi,

"Jika Kami turunkannya kepada seorang bukan Arab,
Dan dia bacakan kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang percayai) kepadanya.
Begitulah Kami susupkan ia ke dalam hati orang-orang yang berdosa,
Yang tidak akan percayainya, sehingga mereka melihat azab yang pedih," (26:198-201).

Kalau orang yang membacakan ayat-ayat Allah itu bukan Arab tentu mereka tidak akan percayainya! Mungkin kerana itu sesetengah orang Melayu yang fasih bahasa Arab menyarung pakaian Arab untuk meyakinkan orang ramai tentang "kebenaran" yang disampaikannya.

Penyamaran tersebut telah dibuat dengan tidak tahu bahawa orang-orang Arab boleh jadi lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan dan tidak tahu hudud Allah, menurut firman berbunyi,

"Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak tahu had-had (hudud) yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana." (9:97)

Dan sebuah lagi firman mengenai orang Arab bermaksud,

"Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota jadi berani dalam kemunafikan." (9:101)

Orang-orang yang di sekeliling Nabi itu adalah nenek moyang sesetengah orang Arab hari ini. Kelihatan seperti tidak ada perbezaan yang jauh di antara orang Arab hari ini dengan orang Arab zaman Nabi. Namun, sesetengah orang Melayu ingin jadi seperti mereka sehingga pakaian dan perkataan-perkataan dalam bahasa sendiri pun sanggup ditanggal dan dibuang.

Telah disebut tadi mengenai gambar-gambar yang bertentangan dengan di atas iaitu mengenai kebuluran yang tidak sanggup dilihat lagi. Satu daripadanya, yang dipaparkan di bawah, telah diambil di Sudan (sebuah negara Islam juga):
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terjemahan:

Gambar foto di mel adalah pemenang anugerah Pulitzer yang diambil pada tahun 1994 semasa bencana kebuluran di Sudan. Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak mangsa bencana sedang merangkak menuju ke khemah makanan Bangsa-Bangsa Bersatu terletak satu kilometer jauhnya.

Burung hering sedang menunggu kematian kanak-kanak itu supaya ia dapat memakannya. Gambar ini memeranjatkan seluruh dunia. Tiada siapa yang tahu apa terjadi pada dia, termasuk jurugambar Kevin Carter yang tinggalkan tempat itu sejurus selepas gambar diambil.

Tiga bulan kemudian beliau membunuh diri disebabkan kemurungan.


Kebuluran atau kelaparan disebut di dalam al-Qur'an. Beberapa ayat berkaitan diturunkan di bawah, yang dapat beri penjelasan lanjut mengenai bencana tersebut:

"Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar," (2:155)

"Allah buat satu persamaan: sebuah bandaraya yang aman, tenteram, rezekinya datang kepadanya dengan senang dari tiap-tiap tempat, kemudian ia tidak percaya (kafir) akan rahmat-rahmat Allah; maka Allah merasakannya pakaian kelaparan dan ketakutan kerana apa yang mereka kerjakan." (16:112)

"Dan tahukah kamu apakah ia pendakian?
merdekakan seorang hamba,
Atau memberi makan pada hari kelaparan,
Kepada anak yatim kerabat yang dekat,
Atau seorang miskin dalam penderitaan.
Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk sabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan.
Mereka itulah Teman Kanan.
Dan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, merekalah Teman Kiri,
Di atas mereka, Api yang menudungi." (90:12-20)

"Maka hendaklah mereka sembah Pemelihara Rumah ini,
Yang beri mereka makan daripada kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan." (106:3-4)


Allah disembah! Dia yang beri makan dan Dia juga yang melarang pembaziran ke atasnya.

Salam.


7 Jun 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman