Ziarah Pusara
From: nadzri@
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, June 1, 2009 1:24:59 PM
Subject: Ziarah PusaraSalamun alaikum
Saya telah menyoroti email & halaman yang beri kupasan yang menarik terhadap alam barzakh, siksa kubur, tahlil, talkin& yg berkaitan dengannya. Persoalan saya kali ini adalah :-
-apakah hukum menziarahi kubur menurut Al Quran (contohnya menziarahi pusara arwah ibubapa serta sanak saudara)
-memandangkan kita tiada lagi hubungan lagi dgn para arwah, apakah yang harus dilakukan ketika berdiri di pusara mereke? (dgn andaian kita dibenarkan menziarahi pusara).
Harap Tuan serta para sahabat dapat beri pandangan berpandukan AlQuran mengenai persoalan di atas.
Nadzri
Salamun
alaikum,
Allah telah menyebut banyak kali di dalam al-Qur'an mengenai mengembara di bumi dan melihat kesudahan orang-orang dahulu yang berdosa terhadap-Nya. Antara ayat-ayat yang banyak itu empat dipilih untuk diturunkan di sini, dan mereka adalah:
"Berbagai-bagai sunnah (resam) telah berlalu sebelum kamu, maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan." (3:137)
"Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan yang dalam keadaan zalim, dan ia roboh di atas junjung-junjungnya! Berapa banyaknya telaga yang menjadi runtuhan, dan istana yang tinggi!
Apa, tidakkah mereka mengembara di bumi, supaya mereka ada hati untuk memahami dengannya, atau telinga untuk mendengar dengannya? Ia bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (22:45-46)
"Katakanlah (Muhammad), 'Mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.'" (27:69)
"Katakanlah (Muhammad), 'Mengembaralah di bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka; kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang sekutukan.'" (30:42)
Peninggalan mereka seperti tempat tinggal adalah juga tempat mereka dikuburkan setelah, misalan, ditimpa gempa bumi. Atau dikambus dengan zaman. Kunjungan ke kubur-kubur tersebut tentu dapat beri peringatan dan pelajaran. Seperti itu juga, pada hemat kami, kunjungan ke tempat-tempat persemadian pahlawan-pahlawan Islam masa lampau, yang berjuang mempertahankan agama atau tanah air mereka. Kunjungan ke kubur-kubur mereka juga dapat datangkan peringatan dan pelajaran.
Oleh yang demikian, lawatan ke "pusara arwah ibubapa serta sanak saudara" tidak mungkin boleh dilarang. Tidak juga kami berani tetapkan sesuatu hukum ke atasnya kecuali terangkannya sebagai optional.
Kerana adanya barzakh, dan bahawa orang-orang mati tidak dapat mendengar seruan orang hidup, lantas segala usaha untuk menolong mereka adalah hanya membazir. Sekiranya terdapat pihak yang menganjur sesuatu bentuk "peribadatan" ketika berada di kubur maka ia jadi amalan bersifat berlebih-lebihan dalam agama. Tiada satu ayat pun di dalam al-Qur'an yang mengajar amalan di kubur, kecuali dilarang berdiri di kubur orang-orang yang tidak mempedulikan perintah Tuhan, atau fasiq, semasa mereka dikebumikan (9:84).
Telah pun ada beberapa perbincangan mengenai tajuk kali ini, yang dapat dibaca melalui ruangan Perpustakaan, seperti disebut pengirim e-mel di atas. Kepadanya diucapkan ribuan terima kasih. Semoga dapat mendengar daripadanya lagi atas perkara lain pula sekiranya penjelasan di sini memuaskan hatinya.
Salam.
4 Jun 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman