Judi dan Arak - pertanyaan
From: tj.tokjanggut
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Tuesday, April 28, 2009 1:09:56 PM
Subject: Judi dan Arak
Salam,
Berhubung tajuk judi dan arak memang jelas dalam Quran mengetakan bahawa ianya adalah dosa besar walaupun ada sedikit kebaikan. Cuma yang menimbulkan tanda tanya semua ialah jenis yang bagaimanakah yang dikatakan judi dan arak itu?
Adakah permainan yang saya jelaskan dibawah ini tergolong dalam judi?
1.loteri
2.magnum/ toto
3.pertaruhan bola sepak dan sebagainya.
4.main saham
5.beli sijil simpanan premium.
Arak pula dikaitkan dengan benda yang memabukkan. Tapi ada juga yang mengatakan, dengan meminum arak boleh menyembuhkan penyakit. Ada juga yang minum segelas arak tak mabuk, jadi ianya tak haram. Boleh diterimakah pendapat-pendapat itu?
Sekian
Tok Janggut
Salamun alaikum,
Terima kasih Tok! Benar, menurut pandangan kami juga apa yang ditanya itu merupakan yang lazim ditanya, termasuk daripada orang-orang yang mengamalkannya.
Mengenai judi, pendapat orang-orang diberi ilmu mengenainya dirujuk untuk mendapatkan maksud. Maka Kamus Dewan dipetik, yang beri maksud judi seperti berikut:
"permainan dgn memakai wang dll sebagai taruhan"
Justeru, daripada senarai di atas didapati permainan ke-3 yang disebut iaitu pertaruhan bola sepak dan sebagainya sangat cucuk dengan maksud judi.
Dalam penjelasan selanjutnya, Kamus tersebut beri beberapa contoh judi, seperti di bawah:
judi karan sj permainan judi yg memakai kuasa ekektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi);
judi tikam ekor taruhan yg ditikan pada tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor lotteri lumba kuda;
judi wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang:
Kami tidak tahu sama ada permainan magnum/toto itu jenis judi tikam ekor atau bukan. Tetapi pada mereka terdapat wang pertaruhan, lalu dikategorikan sebagai judi.
Bagi loteri pula mungkin ia tergolong dalam judi karan, di mana nombor-nombor yang menang ditentukan oleh alat elektronik. Kemudian terdapat pula loteri kebajikan, untuk mengisi tabung kebajikan. Ia dijadikan loteri mungkin kerana terdapat golongan tidak akan menyumbang selagi tidak ada habuan.
Keempat disebut ialah main saham. Ada golongan yang mengambilnya sebagai judi dan ada pula yang tidak, tetapi mengambilnya sebagai simpanan sahaja. Jatuh naik harga sahamnya tidak dipedulikan, atau tidak mudaratkannya sedikit pun. Kekadang saham dikurniakan sebagai ganjaran setelah bekerja dengan syarikat dalam suatu jangka waktu. Tidak mungkin penerimaannya boleh diterangkan sebagai dosa besar. Pada hemat kami, saham jadi judi apabila sifat tamak memain peranan penting.
Mengenai yang terakhir disebut, beli sijil simpanan premium, adalah sukar untuk mengatakannya sebagai judi, sebab ia dianggap sebagai simpanan yang tidak memudaratkan. Dan simpanan itu bukan taruhan, yang hilang jika kalah.
Apapun, terpulang pada diri sendiri untuk menilai perbuatannya setelah mengetahui daripada Allah - "Pada keduanya (arak dan judi) dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya." (2:219)
Seperti itu juga dengan arak, terdapat golongan yang mengatakan ada kebaikan padanya. Memang ada, menurut kata Tuhan tadi, tetapi sedikit sahaja.
Tentang kata orang tidak mengapa minum arak, atau tidak haram jika tidak mabuk, atau boleh meminumnya pula hingga mabuk sebab Allah tidak menyebut perkataan haram baginya, maka kami akan berkata yang sama, iaitu terpulang pada diri sendiri untuk buat keputusan. Bukan hak kami menjatuhkan hukum. Fikirkan sendiri. Ayat-ayat-Nya sudah dijelaskan, dan satu daripadanya berbunyi,
"Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (5:3)
Ayat menyentuh benda-benda yang diharamkan, yang boleh pula dimakan dengan syarat, tetapi memohon ampun setelah memakankannya. Pengampunan dimohon kerana hukum bagi benda-benda itu tetap jadi haram, walaupun dibolehkan makan dengan syarat.
Semoga dengan adanya ayat-ayat Allah yang jelas maka orang-orang yang mengamalkan judi atau minum arak dapat buat keputusan yang wajar bagi diri-diri mereka sendiri. Orang lain tidak akan ditanya oleh Allah mengenai apa mereka buat.
(Sila rujuk Judi dan Arak di dalam al-Qur'an.)
Salam.
29 April 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman