Tudung Kepala - Usaha Membasmikannya

 

From: nasribinazhar
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, April 3, 2009 12:17:09 PM
Subject: USAHA MEMBASMI PEMAKAIAN TUDUNG


Salamun alaik, saya seorang pelajar di sebuah IPT terkemuka di Johor. Saya sudah lama buat kajian tentang pemesongan ajaran Islam yang di bawa oleh ustaz-ustaz dinihari. Sebenarnya kepesongan itu boleh dibuktikan menggunakan hadith sendiri. Antara yang menarik minat saya ialah hukum memakai tudung.

Seperti mana yang diketahui dari Al-Quran memang jelas tiada perintah bertudung. Namun begitu, jika kita bertanya kepada kebanyakan orang, mereka akan membacakan hadith berbunyi:

A‘isyah radiallahu ‘anha ceritakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar radiallahu ‘anhuma pernah mengunjungi Rasulullah sallallahu ‘alaihi-wasallam dengan pakaian yang agak nipis. Lalu Rasulullah berpaling darinya seraya bersabda:

"Wahai Asma’ , sesungguhnya wanita apabila telah baligh, tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini: baginda mengisyaratkan wajah dan kedua tangannya, selepas pergelangan tangan." (Riwayat Abu Daud)

Namun begitu, hadith ini diterangkan oleh ustaz-ustaz dengan tidak jujur kerana tidak menerangkan kelemahan hadith ini menurut pakar hadith.

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud, jld 4, ms 521, no: 3945. Berkata Abu Daud: Hadis ini mursal, Khalid bin Duraik belum pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Dalamnya juga terdapat Sa‘id bin Basyir Abu Aburrahaman al-Bashari, tamu Damsyik, maula Bani Nashr, tidak seorang yang membincangkannya.

Dalam hadis terdapat dua kelemahan, pertama kerana Khalid bin Duraik tidak pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Kedua Sa‘id bin Basyir adalah seorang perawi yang daif.[3] Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu‘aib al-Iman, jld 6, ms 165, no: 7796 dan Sunan al-Kubra, jld 7, ms 138, no 13496 melalui jalan yang sama.

Kedaifan hadis ini sebagaimana terang Abu Daud menyebabkan sesetengah pihak, terutamanya di kalangan modernis menolak kewajipan memakai tudung bagi wanita Islam.

Akan tetapi semakan lanjut dapati hadis ini miliki beberapa penguat yang lain. Pertama, hadis yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, no: 13497, al-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath, jld 6, ms 169, no: 8394 dan Mu’jam al-Kabir, jld 24, ms 142, no: 378  melalui jalan isnad yang lain dengan maksud yang sedikit berbeza, iaitu ketika menunjuk ke tangannya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menarik lengan baju sehingga tidak ternampak kecuali jari-jari tangan.

Berkata al-Baihaqi selepas kemukakan riwayat kedua ini: Isnadnya daif. Kedaifan isnad tersebut disebabkan oleh dua perawi, sebagaimana yang diterangkan oleh Mahmud Hasan Ismail, penyemak Mu’jam al-Ausath, iaitu:

[1]        Ibn Luhai‘ah: Dia jujur tetapi terdapat campur aduk dalam riwayat yang disampaikannya.

[2]        ‘Iyadh bin ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahim: Dia longgar, yakni tidak mantap dalam meriwayatkan hadis.

Dengan menggunakan hujah Al-Quran dan kelemahan hadith saya berhujah dengan ramai siswi di universiti saya. Alhamdulillah setakat ini sudah 5 orang buka tudung kerana hujah saya. Gadis pertama adalah teman wanita saya sendiri dan selebihnya adalah kawan-kawannya. Kelihatan begitu mudah untuk sampaikan hujah kepada golongan cerdik pandai kerana mereka sudah dididik dengan cara fikir yang luas di universiti dan disiplin akademik yang memerlukan bukti bagi setiap perkara.

Budaya bertudung yang kian parah dalam masyarakat sudah tidak dapat dibendungkan lagi. Kerana tudung kepala inilah wanita hidup berpuak-puak dan assabiah. Dengan tudung inilah mereka yang bertudung merasa gah lalu mudah mengkafirkan dan memfasiqkan orang lain.

Dengan ini saya menyeru kepada wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang sudah faham mengenai hukum sebenar bertudung, bolehlah menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Selamatkan Malaysia dari berkiblatkan budaya arab dalam masa yang sama 'berkiblatkan" hukum Tuhan yang sebenar.

Jika tudung suatu yang menyalahi agama, perlukah kita biarkan mereka memakai tudung kerana mereka secara tak langsung telah beri contoh yang salah kepada orang lain dan secara tak langsung berkempen untuk tudung. Maka para wanita yang bertaqlid ini mula meniru pemakaian tudung mereka akibat desakan sosial dan tudung sudah jadi pakaian majoriti.

Usaha ini telah dilakukan ketika zaman Tun Dr Mahathir ketika dulu dengan mengharamkan wanita di sebahagian tempat bertudung seperti polis wanita, pelajar sekolah yayasan saad melaka (tudung totally not allowed even for outing), jururawat hospital kerajaan (skaf sahaja dibenarkan). Banyak tempat kerja ketika itu terutama swasta tidak membenarkan pekerja bertudung dan tiada siapa berani jadikannya Isu.

Namun semua usaha itu nampaknya hancur begitu sahaja. Contohilah Tunisia iaitu negara arab yang berjaya menyekat kemaraan budaya bertudung dengan begitu berkesan. Kita tidak jumpa wanita yang bertudung di pejabat kerajaan, hospital, universiti dan pejabat awam.

Renung-renungkanlah. Kita hanya tahu bercakap tentang tudung itu tidak wajib, tapi manakah usaha kita untuk menyebarkannya? Tidakkah kita teringin untuk menjadi seperti tunisia dan turkey?

 

Salamun alaikum,

Terima kasih atas kiriman membawa berita gembira kepada kami - gembira kerana terdapat seorang lagi hamba Allah yang tampil bertujuan membasmi suatu ajaran agama yang palsu.

Amalan palsu yang ingin dibasmikan itu memang tepat sekali disarankan pada masa ini kerana pemakaian tudung kepala kelihatan meningkat di kalangan kaum wanita. Dewasa ini dapat dilihat di kaca TV mereka yang dahulu tidak memakai tetapi kini memakainya pula.

Yang palsu semakin meningkat dipercayai serta diamalkan, atas nama agama yang diredai Allah, iaitu Islam. Perbuatan tersebut mengundang kemurkaan-Nya, dan ia akan mengheret kepada akibat yang buruk, seperti kehancuran bangsa.

Saudara kita yang muda, yang sedang bergiat, sudah buat satu seruan di atas. Bagi sesiapa yang mendengarnya diharap tidak berlengah lagi.

Terima kasih. Salam.

5.4.09

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman