Qur'an Emas dan Kulit Kambing, Kulit Kayu
From: aziz.etiqa
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, February 8, 2009 9:04:58 PM
Subject: KEMUSKILAN
assalamualaikum...
Nama saya <dipadam>, saya mempunyai kemuskilan berkenaan dengan naskhah ALqran..
Saya telah dimaklumkan olh seorang Guru saya bahawa memang terdapat alquran yang lama ...dimana saiznya adalah 24 inci panjang.dan 18 inci Lebar..dan tebalnya dalam 3 - 4 inci ..
kandungannya Ayat suci tersebut tiada HARAQAT...dan digunakan olh para TAHFIZ....
kulitnya adalah kulit Kambing dan didalamnya adalah Kulit kayu (nipis)..
difahamkan Kitab suci ini memang ada terdapat di mesir...di mekah..dan terbaru di ABU DHABI..
persoalan saya...adakah memang wujud Alquran besar (saiz spt disebut diatas) diperbuat drpd kulit kambing...dan tiada haraqat ?..
sekiranya ada..dimana kah alquran ini berada ?..
wasalam..
Salamun
alaikum,
Terima kasih, dan maaf lewat membalas e-mel saudara.
Tentang kewujudan naskhah Qur'an gergasi itu kami tidak tahu. Tidak pernah dengar cerita mengenainya. Kalau kami dengar mengenainya tentu kami akan minta tunjukkan bukti, seperti gambar dan sebagainya. Atau tanya orang lain, seperti saudara lakukan.
Akan tetapi, tentang naskhah Qur'an yang lebih hebat, iaitu diperbuat daripada emas, kami tahu. Ia diketahui setelah kami taip quran in gold di Google. Terdapat beberapa naskhah, tetapi paling hebat adalah di Russia di mana tiap-tiap halaman naskhah Qur'an Uthmaniah disalin dan diukir di atas kepingan-kepingan emas. Sila layari link di bawah untuk menonton video berkaitan, yang turut menunjukkan Islam di sana pada hari ini dan bagaimana Qur'an tersebut dibuat:
Namun begitu, kami lebih suka mendengar cerita Kitab Allah diamalkan atau melihat bagaimana orang-orang mengamalkannya (contoh, cara beri salam). Yang suci pada Kitab itu adalah mesej-Nya, bukan daripada bahan apa ia dibukukan.
Salam.
25.3.09
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman