Bahirah, Saaibah, Wasilah dan Haam

 

From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, March 22, 2009 8:29:55 PM
Subject: Al-Qur'an.


Salamun 'alaikum sahabat.

 

Ingin bertanya tentang ayat ini; 

5:103. Allah tidak tentukan Bahirah, dan tidak juga Saaibah, dan tidak juga Wasilah, dan tidak juga Haam, tetapi orang-orang tidak percaya ada-adakan dusta terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak faham.

Apakah dia Bahirah, Saaibah, Wasilah dan Haam ? Adakah ianya nama-nama berhala seperti Al-Latta dan Al-Uzza ?

Semoga sahabat dapat menjelaskan, terima kasih :) .
 

Salamun alaikum,

Terima kasih sahabat. Satu soalan baik. Untuk menjawabnya tulisan Abdullah Yusuf Ali dirujuk.

Nama-nama tersebut adalah amalan dalam superstitons (kepercayaan-kepercayaan karut) Arab Jahiliyah. Mereka anggap sesuatu  fenomena adalah kerana kemurkaan tuhan dan ketakutan menghantui mereka dalam kehidupan akibat kepercayaan karut mereka.

Jika unta betina atau haiwan lain yang dibela mempunyai banyak anak, telinganya (atau telinga seekor daripada anak-anaknya) akan dipotong dan ia dibaktikan kepada suatu tuhan: haiwan tersebut adalah seekor Bahirah.

Setelah pulang dengan selamat dari suatu perjalanan, atau setelah sembuh daripada sesuatu penyakit, seekor unta betina juga dibaktikan dan dilepaskan untuk mencari makan di mana saja: ia dipanggil Saaibah.

Apabila seekor haiwan melahirkan anak kembar, sesuatu pengorbanan atau pembaktian akan dilakukan untuk berhala: haiwan yang dibaktikan itu adalah Wasilah.

Seekor unta jantan yang dibaktikan kepada tuhan-tuhan dengan upacara tertentu dipanggil Haam. (Sila lihat nota kaki #809 di halaman 275, The Holy Qur'an © 1946).

Dalam masyrakat kita pun dipercayai terdapat kepercayaan-kepercayaan karut. Misalan, kepercayaan bahawa jika tidak buat sesuatu nanti sesuatu musibah akan berlaku. Mungkin sahabat abumuslim dapat beri contoh dengan jelas.

Terima kasih. Salam.

24.3.09

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman