Berdiri di Kubur

 

From: mohdazmel
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, March 12, 2009 12:24:20 AM
Subject: Salam


Salamun Alaikum sahabat.

Semoga anda dan sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah sentiasa.

Semenjak kebelakangan ini, saya sering melawat laman ini. Sudah banyak artikel yang jadi santapan minda saya. Tahniah saya ucapkan kerana laman ini bukan sahaja menyajikan artikel-artikel hebat tapi inilah satu-satunya laman web yang saya kira tidak berteraskan keuntungan wang ringgit kerana tidak ada satu pun iklan bergambar mahupun iklan teks yang dipaparkan. Pada pandangan saya,  penulis hanya mahu sampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka yang mendambakan ajaran Al-Quran yang sebenar.

Alhamdulillah, saya banyak dapat manfaat dan ilmu yang berguna dalam usaha mendalami ajaran Al-Quran yang sebenar. Semoga laman ini akan terus kekal di alam maya demi mengajak orang lain supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang terkandung dalam Al-Quran.

Cuma, saya ingin bertanya kerana ada kemusykilan di sini. Saudara ada menulis di ruangan Artikel bertajuk "Solat menurut Al-Quran". Di bawah sub-topik 'Larangan', saudara menulis seperti ini;


Larangan

Satu lagi larangan yang ketara dalam solat (selain ucapan yang tidak difahami) yang termaktub di dalam al-Qur’an ialah menyeru, atau menyebut, mana-mana nama yang selain daripada Nama-Nya. Hanya Nama Allah disebut di dalam solat. Ini difahamkan daripada ayat yang berikut berbunyi:

"Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun." (72:18)

Dan di bawah sub-topik 'Laku' di perenggan ke-3:

Apa yang ingin dibaca semasa tunduk (rukuk) misalnya, bolehlah ambil teladan daripada Nabi Daud yang memohon ampun semasa tunduk: 

“Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan” (38:24).

Soalan saya, bolehkah kita membaca ayat di bawah ini yang mengandungi nama nabi Daud;

“Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan” (38:24).

 Sedangkan semasa bersolat, kita dilarang menyeru, atau menyebut, mana-mana nama yang selain daripada Nama-Nya.

 Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email ini.

 -sekadar bertanya.

 Salam.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Semoga sahabat terus membaca dan memahami serta mentaati ajaran Allah demi kebahagian sahabat dan keluarga, di dunia dan akhirat. Dan jangan lupa sampaikan ayat-ayat-Nya kepada orang lain.

Terus kepada soalan yang ditampilkan. Bagi kami, ayat tersebut (yang menyebut nama Nabi Daud) tidak dibaca ketika bersolat. Kerana ia bukan sahaja mengandungi nama yang selain daripada Allah tetapi merupakan sebuah "cerita", yang jika dibaca, seolah kita ceritakan semula cerita-Nya kepada-Nya. Carilah ayat lain sebagai ganti seperti ayat-ayat yang memuji-Nya atau yang memohon pertolongan.

Beralih kepada e-mel sahabat yang kedua, seperti berikut:


From: mohdazmel
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Cc: mohdazmel@yahoo.com
Sent: Saturday, March 14, 2009 11:38:47 AM
Subject: Surah 9:84


Salamun Alaikum sahabat.

Semoga anda dan sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah sentiasa.

Saya ingin bertanya tentang Surah 9, ayat 84. Begini bunyinya yang diambil daripada terjemahan Bacaan.

9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.

Sahabat ada mengatakan di kandungan laman "Soalan Lazim" di bawah tajuk "Pengurusan Jenazah, Puasa dll." di perenggan akhir seperti berikut;

 "Jenazah diuruskan atas dasar kasih sayang dan hormat. Maka ia haruslah, umpamanya berbau wangi atau berwajah dan berpakaian kemas, supaya orang-orang yang menziarahi dapat menghormati dan tidak menghinanya. Satu cara untuk menghormati orang yang meninggal dunia telah diajar Tuhan di dalam al-Qur'an (9:84), iaitu dengan berdiri di kuburnya. Bukan duduk."

 Dalam (9:84) "...jangan juga berdiri di kuburnya..."

 Dalam pernyataan sahabat ditulis "iaitu dengan berdiri di kuburnya. Bukan duduk."

 Mohon kiranya sahabat menerangkan kepada saya kerana pada hemah saya ada percanggahan (9:84) dengan penjelasan sahabat. Maaf, kalau saya tersilap.

 Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email tak seberapa ini.  

 Teruskan perjuangan mendaulatkan Al-Quran.

 Salam.


Salam. Soalan di atas sering ditanya kepada kami dan jawapan telah diberi secara peribadi kepada para penanya, tidak diterbitkan di laman web ini. Diharap soalan itu tidak ditanya lagi oleh orang lain selepas jawapan diberi di sini.

Ayat 9:84 tersebut melarang rahmati dan berdiri di kubur orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan). Justeru, bagi orang-orang mukmin yang meninggal dunia pula mereka harus dirahmati dan orang-orang yang hadir harus berdiri di kuburnya. Kelihatan berdiri di situ seolah beri penghormatan kepadanya.

Demikianlah hanya pendapat kami. Terima kasih.

Salam.

22.3.09

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman